Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, April 27, 2010

Katarak

Salam.




Umur abah dah nak masuk 87 tahun tapi abah masih tegap. Cuma kadang-kadang abah sakit pangkal peha dan lutut bila nak bangun dari solat.

Baru-baru ini abah ke hospital serdang untuk pemeriksaan katarak. Abah disarankan untuk membuat operation mengganti kanta dan untuk tujuan itu abah terpaksa menunggu sebulan atau dua bulan lagi. Menunggu lama itulah yang membuat abah resah sebab pemandangan abah sekarang semakin kabur. Abah sudah tidak boleh membaca surat khabar lagi padahal itulah antara rutin harian abah.

Menonton berita di tv juga sudah tidak begitu jelas. Abah kata dia hanya mendengar suara sahaja dan gambarnya nampak samar-samar.

Kesian abah. Abah minta buat operation di klinik swasta sahaja. Cepat. Tak payah tunggu lama sangat. Aku sarankan excel view, tempat aku buat lasik dulu. Abah okay saja.


Ahad lepas angah timah bersama anak dan cucu-cucunya datang melawat abah. Abah gembira bila ada anak dan saudara mara datang menjenguknya.


Cicit-cicit abah yang comel.


Cicit-cicit sayang abah.
Cucu-cucu sayang abah.
Anak-anak sayang abah.





kakpah

16 comments:

Mak Su said...

sayang abah

take care

ejaMaria said...

selamat buat operation... insyaAllah sume ok nnt :)

Ms.Lilies said...

saya juga sayang abah saya...
ehhh tertaip kat blog org lain lak ekekeke...

kak...yg produk permata hijrah tu x ok ke??

rohaizahabas said...

bertuah nya abah..
dapat mengadap 3 generasi keturunan dia..

moga abah nya cepat melihat semula..

kakngah said...

sampai kn salam kt abah yer...

annie said...

segak abah kak pah, terserlah lagi ketampanannya..rindu kat ayah saya yg dah lama pergi meninggalkan saya.........

Hjh Noralenna Abbas said...

Keluarga bahagia..sayang semuanya..Semoga abah hajah diberi kesihatan yang elok, dapat melihat perkembangan cucu cicit anak-anak .

iina said...

den pun syg ayah den.. abah den pun sayang gak.. oklah kak pah pun den sayang.. tapi mee kari kak pah lagik2 den sayang hehehe..

Guru said...

semoga operation nanti berjalan lancar
insyaAllah

cheryna zamrinor said...

insyaAllah...arwah atok ngan nenek sha dulu dpt baca quran dengan lebih baik lepas ops. harap2 kita semua dpt kelebihan tuh nanti:)

Azita Zain said...

salam kak pah!!! muka kak pah sebiji muka abah kak pah. anak abah!!!!

pak long said...

salam..
moga akak terus berbakti pada abah tersayang

ibundo said...

maksu, tenkiu

ejamaria, insyaallah

lilies, takde mana nya.

ezza, kita ni sempat ke nak jadi moyang?

kakngah, dah sampai dah tapi dio tanyo kakngah mano..

ibundo said...

annie,tahu sangat perasaan rindu tu sebab kakpah pun rindu kat aruah mak.

kaknora, Semuga abah diberi kesihatan yang baik hingga ke akhir hayat

iina, ekau memang tak habih2 nak bodek den. Yolah..yolah.. sok2 den bawaklah mi kari tu.

Sha, harini nak bawak abah pergi cek mata dulu dan buat appmnt utk oprtn.

cikgu normah, insyaAllah

Ita, ko boleh perasan ek. Orang cakap pun macam tu gak.

paklong,Alhamdulillah Allah memberi peluang itu.

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

Beruntungnya kak pah masih ada abah. Seronoknya jika kita masih ada ibubapa.

Kak ani sudah 'yatim piatu'.

Semoga abah kak pah terus dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah.

Dulu-dulu arwah mak kak ani juga ada katerak. Buat pembedahan untuk kedua-dua mata dan gantikan dengan lens. Alhamdulillah dapatlah dia melihat semula sehingga ke akhir hayat.

Anonymous said...

Samalah dengan ayah Tie, suka baca akhbar dari dulu lagi. Mudah-mudahan dia dapat buat pembedahan tu dengan jayanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...