Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, April 28, 2010

Hati Mesti Cantik






Salam.

Manusia tersangat suka kepada yang cantik-cantik.

paras yang cantik
body yang cantik
anak-anak yang cantik
cucu-cucu yang cantik
baju yang cantik
kasut yang cantik
henbeg yang cantik
rumah yang cantik
kereta yang cantik
duit yang cantik
macam-macam lagi yang cantik





Kenapa mak beli baju warna ni. Tak cantik la....


Kecantikan itu bukankah pada mata yang memandang. Cantik pada kita tak semestinya cantik pada orang. Cantik pada orang tak semestinya cantik pada kita.

Tapi kan.....

Kenapa bila kita ke dapur kita cari yang buruk?

Mak!!! kain buruk mana. Nak lap meja ni...




Janganlah kita pandang rendah pada yang buruk.

kakpah




26 comments:

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Kata orang cantik itu subjektif.

Tak cantik dimata orang tapi cantik dimata kita.

Itulah adilnya Allah pada kita.

kucingorengemok said...

hati mesti cantik - macam tag filem atau novel... :)

fzi said...

Salam kak pah...
Bila hati cantik, yang lain2 InsyaAllah ikut sama cantik...tak gitu kak pah..

indahhouse said...

salam kak pah,
saya pun suka benda2 cantik. kalu boleh, tak nak jadi yg buruk. Cantik itu pun sunnah nabi.kemas, bersih dan berhias, kan kak?

Kak Nora said...

Hajah,
Nak nyanyi untuk hajah lah...

'Kain yang buruk, kainlah yang buruk berikan kami,
Buat menyapu, buat menyapu, si air mata'

Yunus Badawi said...

Cantik n3 ni.....

kakngah said...

arwah moyang saya nama dia 'buruk'.
sungguh!

KAKTINY said...

cantik atau buruk.. semua ada fungsinya..

isi durian yang cantik boleh di makan begitu saja.. sedap..
isi durian yang buruk disimpan buat tempoyak.. laaagggiiii sedap... dan tempoyak buleh buat pelbagai masakan termasuk ikan patin masak tempoyaaak.. laagiiii banyak kegunaannya... hihihi..

kain cantik, buleh dibuat baju dan dipakai ke majlis..
kain buruk buleh buat lap meja, alas periuk, alas utk angkat periuk panas, lapik pinggan basah..

... hmm... lagi banyak kegunaan yang buruk ni daripada yg cantik.. andai kita tahu menilai dan menghargainya...

betul tak kak pah?.. hihihihi...

TOKMA said...

Betul tu tiny....pompuan cantik lelaki takut nak dekat, kueh cantik hanya buat hiasan, kek cantik sayang nak potong, rumah cantik masuk dek pencuri, kereta cantik kena kebas penyamun, pingganmangkuk cantik simpan dlm almari, dunia yang cantik nih pun telah dimusnahkan oleh manusia jugak.

Moral of the story...kita yg BURUK nih gak org berkenan, cepat kawin anak berderet2, rezki tak putus2 - InsyaAllah dan kita sentiasa ingat sopan santun juga sentiasa menjaga kehormatan diri

Ena said...

betul tu.. yg buruk tu tetap ade peranan yg besar.. jd tak leh nak amik mudah kan kak pah.. :)

mamarempit said...

baju cantik tu..kalo dh buruk...tetap dicarik orang... hehe

Ummi Humaira said...

salam kak pah..

ummi dah jumpa kak pah , dah kenal kak pah ,

ummi tahu kak pah bkn yg jenis sombong , maknanya kak pah tak pandang rendah pada yang buruk.

semoga ukhuwah berpanjangan

Ku Tak Sempurna said...

ibu, kain BARU mana?? nak lap minyak kat dapur ni??

.
.
.


memang nak kena piat telinga lah jawabnya... :D

iina said...

Ye kak pah.. den nak ulang lagik.. pada mata den kan.. kak pah totap cantik wakakakah.. yo kak den ngaku dengan jujur ikhlas den nak bodek kak.. hehehe

Yolah kak.. benda cantik semua org suka.. beli brg makan pun mesti yg elok2 cantik2.. tapi kan kak.. kain lap kat umah den semuanya baru2.. tapi bila dah lama guna jadik kain buruk ler hehehehe..

ok kak.. jom kito poei lepak pantai batu buruk.. leh makan kopok leko

Nizam.Ariff said...

Hakikatnya, kita penat menjaga kain yang cantik agar tak rosak... satu kerja pulak

Dan kain yang buruk pula, dia yang penat bekerja untuk kegunaan kita sehari-hari...

kakpah said...

kunang-kunang, betul betul.. kdg2 benda yang kita pilih tu dah betul2 cantik dah. Lepastu ada pulak yang kata tak cantik .. alahai..

kog, hehe.. bole buat filem kot

fzi, hati yang cantik main banyak peranan. Dia kontrol yang lain2..

kakpah said...

indahouse, benda yang buruk boleh bertukar menjadi cantik kalau kita pandai mencantikkannya. Begitu juga sebaliknya

kaknora, haha.. lagu tu.. Hampir2 saya terlupa.

yb, dah memang tentang cantik..

kakngah. Haah, nama tu glemer. kat kampung kakpah pun ada. Ada juga nama timangan 'buruk' yang telah diglemjerkan menjadi 'uwok'. kan?

kakpah said...

tiny, cakap pasal tempoyak ni teringat ikan patin masak tempoyak. Durian kat kampung tengah berbunga. tak lama lagi bolehlah buat tempoyak banyak2. Kain buruk? Memang banyak gunanya..

tokma, yang cantik yang buruk semua ciptaanNya. Rezki masing-masing dapat yang buruk atau yang cantik. InsyaAllah kalau kena caranya, cantik hatinya kita dapat keuntungan daripada kedua-duanya.

ena, betul. Orang yang berparas buruk belum tentu buruk juga hatinya.

kakpah said...

mamarempit, baju buruk tu dah banyak berjasa.

ummi, salam. terima kasih kerana berpandangan begitu. Kakpah hanya manusia biasa.

kts, towel dapur yang baru kita beli pun kita panggil kain buruk jugak haha..

iina, kau memang suka bodek den. Kain lap baru pun den panggil kain buruk gak.
Pegi batu buruk makan kuih batang buruk heee..

nizam, banyak jasa kain buruk tu.. Nak jaga kain cantik supaya tak buruk senang je. gantung dalam almari jangan pakai pakai.

julietchun said...

kadang2 kita rasa baju kita sangat cantik, tapi bila orang kata tak cantik mulalah nak tilik sana, belek sini :P

kakpah said...

juliet, tu maknanya orang jeles kau pakai baju tu..

kak Erna said...

ha ha ha,..memang gelak dibuatnya.tak sangka kesitu pulak kak pah..

Zaitun said...

salam,

Cantik kalau ada nur, dari mata turun kehati....

AZANI said...

salam hajjah
cantik entri kali ni......

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

K.Pah, jom kita lunch kat Restoran Telaga Buruk Sec 7 nak, K.pah belanja..ngeee..

kakpah said...

erna, kita cari kain buruk kan? hehe..

zaitun, salam.. nur itu yang sering kita cari.

azani,lama ko tak betandang

yati, ada sekali aku gi sana. Boleh tahan gak.. Jommm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...