Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, April 30, 2010

Misteri Terungkai

Salam.

Di dalam kesibukan melaksanakan tugasan harian adakalanya kenangan silam datang menerjah dalam fikiran. Kebanyakannya adalah imbauan memori manis tetapi ada juga kenangan pahit yang sukar untuk dikikis.

Barang-barang lama yang ada dalam simpanan pasti akan mengingatkan kita pada sesuatu peristiwa. Kadang-kadang bukan niat kita untuk menyimpannya tetapi bila dia berada di dalam almari tahun demi tahun jadilah ia satu barang antik.

Abah, ambek ni bawak balik bangi ek.

Ambeklah. Lotak situ pun nak buek apo.

Aku membelek-belek tabung biskut farley yang aku pegang (dulu biskut farley dijual dalam bekas silinder panjang macam bekas pringles) . Di dalamnya tersusun acuan lengkong(agar-agar) emak. Baru aku tahu yang emak menyimpannya di dalam bekas biskut itu.

Tabung biskut itu memang buruk rupanya. Memang patut pun ia buruk seperti itu sebab umurnya hampir sebaya dengan umur anak aku kaklong, emak faris.

Ala.. tabung biskut je kakpah.

Pada orang memang ia tidak ada nilai tapi bagi aku ia mengingatkan aku pada zaman aku membesarkan kaklong dan juga mengingatkan aku pada aruah emak. Ia mempunyai satu nilai sentimental yang tidak dapat aku gambarkan.


Aku membawanya balik ke rumah. Dan aku terlupa tentangnya.

Beberapa hari lepas aku teringatkannya semula dan mencarinya ke luar ke dalam. Apabila tidak menemuinya aku bertanya pada dua orang pembantu rumah aku.

Siti, bekas biskut yang buruk yang ibuk bawak dari kampung, mana..

Tanya Ros buk.

Ros, bekas biskut yang buruk yang ibuk bawak dari kampung, mana..

Saya udah buang buk!!!


Aku bukan setakat menepuk dahi tetapi mengurut dada. Aku menjadi bisu sekejap.


kakpah

22 comments:

kak Erna said...

salam kak pah..kalau lah.."kalau"...kak pah tak bawak balik ke rumah sendiri...dah tentu tak kena buang kan..saya jadi teringat kata2 arwah bapak..'kok tak bolih pakai..kalau pun tak bolih pakai'..selau cakap macam tu..tah apa la maksud arwah...

Ms.Lilies said...

erkkkk...
tekanan kalo kena kat saya camtu kak oiii

kucingorengemok said...

alahaiii, sedihnya...

Kak Nora said...

Apo nak dikato!!

Tijah said...

umang ai. mano nak carik ganti laie tu kan?

kakngah said...

sayangnya...

sebbaik ros x kene pecat.. hihihi!!!

Yunus Badawi said...

Dengan acuan lengkong tu sekali dibuangnya ke?

Saya masa kecik tak mampu nak makan biskut farley. Makan biskut Marie aje huhuhu

Ejamaria said...

hek eleh... ros tak check dulu ke isi dalam dia?

hmmmm hampe... ke hampeh?

KAKTINY said...

errrkkk.... mmg ter'bisu' seketika.. sedih aaarrrr... huhuhu..

tasekM said...

beli lain mesti tak sama nilainya tu kan...?



.

julietchun said...

ada hikmahnya tu, sabarlah.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

tak pe, kak pah.
mesti digantikan dengan yg lebih baik. mungkin yang buruk tu bernilai...tapi nak buat macam mana, ros dah buang. sian kak pah....jgn pecat ros ye kak pah. ros tak sengaja. hehe...

Kak Ezza@makcik blogger said...

moral of the story

Lain kali simpan sendiri dalam lemari ..jangan harap pembantu..asal buruk jer semua nak di buang!!!!

ieda said...

mmm...siannnya kak pah...andai saya kt tempat kak pah mesti dah meleleh air mata..

kakpah said...

erna, memang bermain gak dalam kepala ni.. kalaulah tak bawak..

lilies, dengan dorang ni memang sentiasa ada tekanan. darah aku pun tertekan sama..

kog, alahai.. nakk buat camno.

kak nora, tak leh nak kato apo dah.

tijah, takdo ganti dah. Tapi kok ganti mo banglo sebijik okay gak hehe..

kakpah said...

kakngah, aku plak yang susah nanti hihihi..

Yb, acuan lengkong tu dikeluarkannya masukkan dalam plastik tesco. Apara la punya pandai..

ejamaria, isik dikeluarkan padahal elok je dia duduk dalam tu.

tiny,nasib baik dapat bos yang cuma terbisu. Kalau dapat macam bos nirmala bonat mahu kena streka tangan tu hehe..

kakpah said...

TM, mana sarupa..

juliet, aku sabor la ni. Kalau tak sabor kena streka.

naimatul, walaupun marah tapi pikiran masih waras hiii..

ezza, memang niat tu macam tu tapi sebab pelupa sangat, masukkan dalam kereta lepas tu dah tak ingat dah. Tu yang bila teringat pegi cari tu... nasib lah..

ieda, airmata tak sempat nak meleleh. Betakung je sebab malu plak nak nangis..

Zaitun said...

Salam

Barang yang kita simpan lama ada sentimental value.

AZANI said...

salam hajjah
mujur hajjah , kalau saya tak tahulah panjang mana leteran tu....mskan minggu kalau takpun makan bulan,,,

kakpah said...

zaitun, salam. kena bezakan antara yang ada nilai dengan junk.

azani, naseb baik la akak bukan ko hehe

iina said...

Yolah kak org yang membuangnya takdo nilai sentimental.. sobab tuh dio buang yo.. cam den lah ehehe kalau brg pakwe den tuh.. kalau lotak sano sini.. tgk buruk yo.. mmg copat yo den buang...

Patut kan kak.. ambik gambar tin tuh.. kok kono buang ado gak kenangan ;)

kakpah said...

ina, memang tulah cadangan e. Konon2 nak ambek gambar peh tu buek satu posting .. nak buek camno..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...