Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, April 30, 2010

koma, nokhtah, perenggan.. whateverlah..

Salam.


Beberapa minggu lepas Yan (adik ipar) sekeluarga datang bertandang ke rumah. Semasa menikmati juadah ala kadar yang aku sediakan, Zul suami Yan berkata;

Mata kawan saya, koma.

Koma? Aku bertanya.
Setau aku, orang je yang koma. Tak pernahlah pulak aku dengar mata koma. Aku cakap lagi sebab ceritanya kedengaran pelik.

Betul!!.. Dia tak nampak sebelah atas. Dia nampak bawah je,Sambung Zul. Zul ni di kalangan kami adik beradik ipar duai memang selalu kena belasah secara psaikologi kerana kelurus-bendulannya.

Kalau macam tu, kawan kau tu kalau nak tengok atas kenalah jalan mendongak je. Kami semua ketawa dan Zul sengih-sengih.

Tak baik ketawakan orang yang ditimpa penyakit tapi yang kami ketawakan itu ialah Zul yang beriya-iya menceritakan tentang penyakit kawannya. Cara dia bercerita itu yang mencuit hati kami.

Kemudian cerita itu mati di situ saja bila kami masuk ke topik baru.



Tadi semasa dalam perjalanan ke tesco, suami mencongak-congak benda-benda yang akan dibuat pada hari isnin nanti. Petang isnin nak bawa abah ke excel view untuk operation kataraknya. Sedang bercerita itu sebuah kereta masuk ke simpang yang jelas terpampang sign no entry. Aku cakap pada suami yang mata pemandu tu ada penyakit katarak sebab itu dia belasah je masuk mana simpang dia suka.

Aku beritahu suami aku ada satu lagi penyakit mata yang serius. Glaukoma. Pandangan orang yang berpenyakit glaukoma ni cuma terang di tengah-tengah sahaja manakala di sebelah tepi atau kadang-kadang di sekeliling, gelap.

Macam kawan Zul tu lah.

Ooooo...ha'ah.. kawan Zul tu kena penyakit glaukoma ni lah. Bukan koma. Pandai je si Zul ni mencipta nama baru. Ada ke mata koma...

Kami ketawa sampai masuk tempat parking kereta.

Besok kau datang rumah aku , teruklah kau kena kutuk Zul...

Kakpah.

10 comments:

ejaMaria said...

mesti zul tu comel kan?

pak long said...

salam buat kak pah..
akak....dalam bahasa melayu pun ada koma kak..

Acik Erna said...

kak pah..saya nak tolong bagitau zul ni..sediakan penepis awal2 kalau nak datang mah kak pah nanti..

ckLah @xiiinam said...

....mata. Deria paling berharga.
Dah sarapan kakapah?

mama_sal said...

mata kita pon sesekali kena koma gak,break dr nengok maksiat.kan k pah?

Anonymous said...

Ooo... gitu ke ? Ingat betul-betul koma, ekekeke......

cheryna zamrinor said...

ayah sha kena glaucoma nieh...dah hilang penglihatan mata kiri. tinggal yang kanan dan bakal hilang jugak...

Azita Zain said...

salam kak pah...! saya koma di sini dulu ya.....!

Guru said...

orang lurus bendul ni, jadi penghibur

ibundo said...

ejamaria, comel? ekeke..

paklong, kalau tambah n jadik koman..

erna, dah tak tertapis lagi dah

cklah, kpah sarapan kat tepi stadium lepas joging. Buang lemak tambah lemak..

mamasal, uish...mata kita ni macam2 pandang.

tie, ekeke..

sha, sian bapak sha. sian pada pengidap penyakit ni.

ita, nanti buka perenggan baru ek

cikgu normah, jadik bahan ketawa orang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...