Followers
jom klik
Saturday, April 17, 2010
MENJAGA TEPI KAIN ORANG
Salam.
Banyak sangat berlaku perkara yang menyayat hati kebelakangan ini. Baru-baru ini berlaku lagi kematian kanak-kanak kecil akibat penderaan. Agaknya masyarakat malaysia sudah terlalu stress sehingga tidak dapat berfikir dengan waras. Yang menjadi mangsa bukan sahaja anak-anak kecil yang tak mengerti apa-apa. Orang dewasa juga.
Baru-baru ini rumah aku didatangi pembantu rumah jiran. Aku di atas ketika gate berbunyi ting tong. Aku mengintai dari celah tingkap tetapi tidak nampak kelibat siapa kerana cahaya lampu yang malap. Bibik aku membuka gate dan bila aku menuruni tangga kedengaran bunyi esakan tangis.
Aku ke dapur dan aku lihat bibik jiran tersandar di tepi peti ais teresak-esak sambil menekup muka. Ala ala polis penyiasat aku bertanya bertubi-tubi dan jawapan yang aku terima membuat otak aku terhenti untuk berfikir seketika.
Mer pukul saya dua kali di sini, sambil telapak tangannya menggosok-gosok pipi.
Saya baru selesai solat maghrib. Anaknya baru bangun tidur. Terus dia mendapatkan daddynya. Daddynya lihat pipi anaknya merah. Mungkin kerana lama tidur dan pipinya terkena bantal gitu. Terus bila ditanya, anaknya bilang saya yang pukul. Mer terus datang ke billik saya dan pukul saya. Tangannya besar buk. Sakit....
Ibuk kamu mana.
Ibuk ke surau. Belum pulang.
Masalah jiran berpindah menjadi masalah aku. Aku memberi nasihat supaya dia menghubungi agennya dan minta diambil semula. Bukan aku mengapi-apikan tetapi sebelum perkara lebih buruk berlaku, lebih baik dia berhenti sahaja.
Lewat malam itu dia kembali ke rumah majikannya setelah disuruh pulang.
.
.
Aku lihat dia masih ada menyidai baju dan membersihkan keliling rumah. Sesekali dia sms aku mengatakan dia akan berhenti tetapi menunggu sehingga majikannya mendapat pembantu baru. Ada juga sekali dia memberitahu yang dia dipukul lagi.
Jiran aku baik orangnya. Cuma anak lelakinya itu yang bermasalah. Aku mahu menjadi orang yang sesekali 'menjaga tepi kain orang' tetapi tidak sanggup pula memalukan jiran.
p/s gambar tak ada kena mengena.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
ssh nk kata yer kak..
ada pembantu yg baik.. tp, majikan yg bermasalah..
bila majikan baik, pembantu pulak buat hal..
alahai.... simpati..
.
.
jiran kak pah tu mesti percaya dgn anak dia.. nak2 skrg ni byk kes pembantu rumah yg 'teruk'
.
.
baik2 jg tepi kain org kak pah...
kak pah..bl perkara mcm ni berlaku tu yg bt kite risau..majikan baik pembantu bt hal..pembantu baik majikan pula ambil kesempatan..ni lah dunia.. ;)
Tengok gambar teringat lagu "ROSE, ROSE, I LOVE YOU......" yang ada pelbagai bahasa.
kak pah..kalau dah kes dera..kena juga kak pah..jaga tepi kain orang kan..tapi..bila kak pah masih lagi nampak dia membuat kerja..maknanya dia masih lagi bolih bertahan..
kadang2 kena bagi 'pssst'2 kat Ibuk tu, sbb jgn nnt bia bibik yg baik ni behenti dpt bibik melawan lagi haru, sekali kena pukul 2 kali dia balas, lagi la tension
kesina pulak kan!.. biler pembantu baik.. tuan rumah pulak buat al,, tak usul periksa sesuatu terus buat hukuman.. mrmm.. mcm2 hal la..
kak...akak ado mesin jait topi kain tk kak?
errr..masuk tajuk tk nih?
Eloklah kakpah kepoh sikit.. bukan apa, takut terjadi perkara macam Nirmala Bonet tu.. nyesal pulak nanti.. huhu.. Tie pulak yang takut!
aduhaiii..simpatinyaaa...
kesian kat maid tu..
kenapalah tak usul periksa...
kalau betul maid tu tak bersalah, elok report aje kat polis... biar di dakwa di bawah akta 'keganasan rumah tangga'...
eh! boleh ke di bawah akta itu ek?
hehehehe
Kesian dia... keluarga jauh... nak ngadu pun susah.
Adakalanya kena gak jaga tepi kain org.. klu dah sampai tahap membahayakan tubuh badan.. kenalah ambil tindakan
Salam Kak Pah,
Ada masa kita terpaksa jadi busy body... :-)
Auntie simpati dengan majikan bila dapat bibik yang bermasalah. Simpati dengan bibik bila dapat majikan yang bermasalah.
wah... tricky, harap endingnya bagus untuk semua
assalammualaikum kak pah
susah juga ya
masalah dengan jiran pun kena jaga jugakkan
kakngah, itulah pasal. Orang kata nasib2 lah.
kts,anak dia yg ni memang bermasalah. Kakak sendiri disepak terajang..
ibuhakimhaikal, masalahnya terpalit kat semua orang. Sekarang ni nak ambil maid dari indon susah..
kaknora, haha.. sentimentol tu..
erna, mungkin takde kena lagi sebab senyap je.
ejamaria, berlaku jugak kes pembantu mendera majikan kan?
acik, kelua tajuk langsung. takdo. Kakngah dah dibawak e poi kodah.
tie, takut jugak nak kepoh tie. mintak2 okay lah.
maza, husband akak suruh repot polis je tapi akak suruh cool dulu.. Teruk dia kalau kena repot..
nizam, akak boleh bagi pinjam telinga je la.
ina, betul tu. Peribahasa jangan jaga tepi kain orang tu dah tak releven..
Yan, nakk dapat majikan dan pembantu yang perfect ni teramatlah susah.
kog, kakpah harap macam tu gak
cikgu normah, tu lah pasal. macam telan mati emak, luah mati bapak.
Post a Comment