Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, April 15, 2010

STREKA

Salam.

Aku melalui hari-hari yang agak membosankan. Pergelangan kaki yang sakit ketika tapak kaki mencecah lantai dan tanah mematikan mood aku untuk membuat banyak benda. Atas desakan anak-anak aku bertemu tuan tabib yang aku bayar duapuluh lima ringgit semata-mata untuk diberikan dadah menahan sakit yang tak berfaedah langsung.

Apa-apa pun hidup mesti diteruskan.

Pagi sebelum ke tadika aku masuk ke bilik kirin untuk 'menyenerika' baju. Cikgu tadika pun mesti kelihatan kemas. Tak boleh pakai baju main belasah sahaja sebab mata-mata kecik itu lagi tajam lidah mereka mengomen. Jangan tak tahu. Mereka ini lebih profesyenal.

'Ummu kenapa pakai tudung hitam. Tak matching lah dengan baju'
'Kenapa harini ummu pakai baju kurung'
'Baju ummu kenapa labuh sangat. Guntinglah sikit kat bawah'

Sabau je lah aku nak menjawab.
Banyak benar kata-kata yang keluar dari mulut-mulut mongel. Kata-kata yang menjadi halwa telinga yang semestinya akan membuat kami ketawa sakan.
Bukan seperti kata-kata yang keluar dari setengah mulut orang dewasa yang patut diseterika.

Dulu-dulu aku seterika baju tak pakai ironing board. Aku pakai cara lama. Cara nenek aku selalu pakai. Cara emak aku selalu guna. Aku hamparkan cadar yang dilipat secukupnya dan alas beberapa helai lagi dengan kain pelikat. Aku seterika sambil bersila, sambil tengok Mitun di tv. Penat bersila aku melunjur. Penat melunjur aku bersila balik. Begitulah.

Bila selesai, aku sorokkan seterika belakang pintu supaya anak-anak aku yang semuanya masih kecil-kecil lagi tidak memegangnya. Panas. Bahaya. Tapi satu hari kirin dan imah main nyorok-nyorok dan telinga aku mendengar jeritan kirin dari belakang pintu bilik aku. Manalah aku tahu yang dia akan menyorok belakang pintu. Nasib baik seterika itu tidak panas membara lagi tetapi panas secukupnya untuk menggigit peha kirin yang berskirt sahaja ketika itu.



Sekembalinya aku dari tadika tadi, aku lebih banyak relek di bilik sambil melayan pergelangan kaki aku yang agak berkurangan sakitnya. Sebelum asar aku turun ke dapur. Aku lihat bag bekal tupperware yang hari-hari dibawa kirin ke opis sudah terletak di atas kabinet. Tahulah aku yang dia sudah balik dari opis. Kaklong ada di dapur.

Mak, kirin masuk bilik dia tadi dia tengok seterika berasap. Mak yang last iron pagi tadi kan...

H'a?... mak tak tutup setereka ke.

Ye lah tu. Tak ada sapa yang iron baju lepas mak.

Ya Allah pelupanya..... Nasib baik tak terbakar.



Aku mengadu pada suami perihal keterlupaan aku. Nasib baik dia tak kata kalau buat lagi nanti apak e streka tangan tu. Aku tak mahu jadi seperti nirmala bonat.


28 comments:

ckLah @xiiinam said...

kakPah..
Baru dengar dalam Berita tadi satu rumah hangus sebab tak tutup seterika...






Errr.....esok pastikan tudung matching ya Ummi!

Ena said...

ena pun penah juge terlupe tutup strka camtu.. nasib baik x jd apa2.. kalo tak? tak yau la nak dokk maner.. nauzubillah..

.:cEmmAh:. said...

huhu..penah suruh member iron pwot masa senggungut..bekesan jugak..hehe

annie said...

ishhh kak pah, careless whisper botul !!! Nasib baik tak apo2..osahlah

Guru said...

kak pah...

banyak dah tanda2 tu...
sakit kaki, terlupa tutup sterika...

tanda2..
suruh gi bercuti lah tu

pB said...

kdg kdg kita bukan sengaja nak lupa ....

dak gitu , Kak PaH ?

pak long said...

salam...
semuanya nasib kan kak...
kalau tidak tebakor umah

kakngah said...

bahoyo eh kak..
boto kato cklah.. br yo mlm td msk bito rmh tbakar psl lupo tutup streka...

Unknown said...

salam kak pah..

Alhamdulillah semuanya selamat ...

kalu anak yg buat pasti dia dipersalahkan , tp kalu kita yg bersalah , he he he sendiri mau ingat la ..

kucingorengemok said...

biasa la lupa tu, kak pah...

kita pun pernah, dan mendidik diri kalau berenti kejap meng-iron, terus set suhu ke kosong, jadi kalau lupa off karan pun, dia tak panas (selamat sikit kot? entah)

tasekM said...

aku tu hr terlupa tutup suis ubat nyamuk letrik tu. balik2 umah petang tu. dh bau asap. nasib baik la tak terbakar umah..



.

Mak Su said...

alahai kakpah.... posal ee gak eh tolupo tu? tak makan ginkgo biloba ni? ;p

ejaMaria said...

suke bab kak pah kata mulut2 mongel yg suke mengomen tuh... ye la diorg tengok mak bapak diorg pakai lawa2 mesti la nak tengok cikgu pun lawa2... ;)

julietchun said...

kes nirmala bonat tak selesai lagi ada kes kedua plak,haru,haru,ahahahhaha.

Ms.Lilies said...

erkkk...
sama cam saya kak..
saya pi off kat streka je...
kat suis lupo!
sib baik cepat sedar

indahhouse said...

Salam kak pah,
Hu, seb baik ada org nampak sterka tu, kak.
saya pun penah terlupa, set tahap panas no 4-5, tu! Dekat 5 jam lupa. Seb baik atas besi board. Seb baik juga dia asyik bunyi tik..tik... ada safety jugak. Sempat la, diselamatkan. huhu. takut nak bgtau hubby..

ibundo said...

cklah, tu yang takut tu. Ngigil jugaklah kepala lutut jap.
hehe.. arini gi tadika tudung mecing ngan baju ahaks..

ibundo said...

ena, kena cipta satu gajet kalau lupa tutup streka tu menjerit ke hape ke..

cemmah, kau biar betul. Tak tobakar ko...

annie, osah botol e tekau...

cikgu normah, haha.. tang tu dah paham lama dah. nak di cuti? alamak hai..

pb, nama pun terlupa kan.. ampun.. janganlah terlupa selalu bab bab macam ni

ibundo said...

paklong, alhamdulillah, takde apa-apa buruk terjadi.

kakngah, osah botul..

ummi, kalau anak yang buat, satu hari berleter agaknya haha..

KOG, sekarang ni kakpah cakap ngan anak2, len kali jangan suruh mak ngosok lagi. Gosokkan baju mak kehkeh..

tasek, ko tu muda lagi. Lainlah macam aku ni..

ibundo said...

Maksu, haha tu lah sobab e. Ado ginko tak makan plak haha.. (alasan)

Ejamaria, mulut2 mongel tu memang tak berenti bagi komen.

juliet, tangan aku takleh kena streka. nanti camana dorang nak makan. Dah aku tak leh masak...

lilies, beli streka yang pandai menjerit. kalau ada lah..

indahouse, haha.. tau ko takut ek..

Anonymous said...

Adoi laa...

Ayat last tu buat Tie ketawa sorang-sorang ni, ekekeke......

Hjh Noralenna Abbas said...

Tadi ke tesco, terlupa nak switch off seterika.Mujur anak saudara ada rumah!

KTS said...

muahahaha...


takleh tahan gelak aar kak pah.. terbayangkan si kirin blkg pintu dgn seterika panas..

nakal sungguh omak eee.... :P

lupekanje said...

biasa dah tu kak pah...umur dah senja....bnyk na telupo ehh..

banyak makan somut apo..??

ibundo said...

tie, adoi la tie.. pelupa na la sekarang ni..

kaknora, wakakaka... sib baik teringat. Kadang-kadang nak ingat pun terlupa..

kts, haha.. sib baik kat montot. ada parut pun tak nampak hehe..

acik, hehe..bukan sonjo lagi dah cik. Dah malam...
somut sodap buek rondang ko ...

mamawana said...

Salam kak pah..

Nanti gi kodai boli sterika yg ado alarm set timer lepas mengguno eh. Kalu tak pon sterika yg ado suara bleh sergah kito yg pelupo nak tutup suis. ihiik.

maza said...

wakakakka...,

mujur juga dpt suami penyayang kanzz? hehehehe.


maza dulu pun sama, dok bersila menggosok baju.. tapi skrg tidak lagi.

kebanyakkan baju digosok dek mak mertua, tak pun bini sendirik lorr..hehhehe

soffya cik bulan said...

sm mcm sy kak..kdg2 terlupa.risau juga nie...karang ada ank2 pun perngai ni ada lg..:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...