Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, April 9, 2010

SinYaPaWauTa BaAlifBaYa

Salam Jumaat.





Gambar ni aku ambil beberapa jumaat lepas di tadika. Ya.. aku bawak D60 kulu kilir.

Ummu!!! ada siput ba alif ba ya..

Ummu!! Danish usik.

Nanti dia kena basuh tangan dengan tanah ek ummu ek..


Ya Allah, kenapalah ada insan yang tergamak meletakkan bayi yang bakal menjadi anak-anak comel seperti ini bersama sampah-sampah sarap.

Aku berlari menerkam dengan senjata di tangan.

Tepi.. tepi... ummu nak ambil gambar.

Beberapa orang anak sudah siap sedia berposing. Setelah siap aku snap snap snap masing-masing riuh;

Nak tengok, ummu. Nak tengok!!!!

Laa.. gambar siput je.

.
.
.

Semalam semasa aku menjenguk-jenguk tanaman di keliling rumah aku terjumpa beberapa ekor spesis ini. Daun-daun anak terung yang baru mula nak membesar dirobek-robek. Begitu juga dengan daun-daun pokok bunga aku yang melebar, habis di cacatkan. Di antara sampai hati dengan tidak, aku mengambil batu dan memenyekkannya sampai keluar isi perut. Bukankah ia makhluk perosak?

Semalam juga aku mendapat tahu ada seseorang yang amat aku kenali mahu menjadi seperti siput babi ini. Malah lebih teruk. Kalau siput ini hanya merosakkan tanaman tetapi seseorang ini menjadi perosak rumah tangga orang dan bakal menghiris perasaan seorang wanita bergelar isteri dan menghancurkan perasaan beberapa orang anaknya.

Patutkah aku penyekkan dia dengan batu sungai yang ada di rumah aku ini.......

28 comments:

SYANI said...

kalau orang camtu tembak dengan senapang gajah jer...

ejaMaria said...

patut...patut...patut... penyekkan je... biar jadi mcm ayam penyet...

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Siasat dulu...pas tu penyek-penyekkan sampai lumat. Pelek, ramai yang masih solo, kenapa nak dikejar hak orang???

Pasal siput perosak tu, ada orang cakap, untuk menghindarkan dia daripada menyibuk kat tanaman Kak Pah tu, tabur saja garam di sekeliling tanaman/pokok, nanti dia seriau nak datang...tak tahulah betul ke tidak.Cuba lah try... :-)

indahhouse said...

salam kak pah,
saya dah lama tak baca jawi, lambat skit tangkap sinyapawauta. haha.
terang n jelas gambar siput tu. pasal nak penyekkan kan tu, penyek jer siput tu ganti orang tu. huhu. tumbuk2 buat kue, kasi kat lelaki yg sibuk nak kawen lagi tu. :)

lupekanje said...

sian kat siput tu kak pah...rugi klu penyet2 je...apa kta buat research, blh komersialkan makhluk tuh. errr...ke mmg dah dikomersialkan? Maka, blh ujudkan pusat pengumpulan siput ini. Cengkerang dan isinya, blh digunapakai dalam industri pemakanan dan pembinaan....heheh

Tijah said...

patut kak. mmg patuuut. meh sey tolong penyet'an skalik

kakngah said...

dulu ada msk dlm rancangan bersamamu.. 1 family tu diorg buat siput bab* ni lauk.... sian...

Ena said...

owyh.. dasyat nyerr...
k gak tu kak.. org camtu x leh simpan abis punah ranah nanti..

ita cutevirus said...

orang gitu kan kak memang patut dipenyekkan... bahaya betul.. ish ish ish...
pasat siput tu, akak tabur garam je kak... takde la die naik kat pokok tu nanti..

Normi Hj Mat Yusof said...

betul kata auntie yan....guna garam, maka akan innalillah le siput ba alif ba ya tu...-tak leh sebut babi...oppss,nnt kene samak mulut-hehe.

budak2 cukup rasa BERDOSE sebut ba alif ba ya kan kakpah...keh keh

teringat mase ngandung ameen byk betul siput ni kat rumput rumah saya...gelinya Allah saja yg tahu...

>>Patutkah aku penyekkan dia dengan batu sungai yang ada di rumah aku ini.......<<
yer,,penyekkan jer kakpah...huhu jd batu api la pulak..

Unknown said...

salam kakpah. mula-mula baca tajuk kakchik tergelak sakan. ingatkan kak pah nak cerita pasal sains atau biologi tapi ada isu lain rupanya. orang macam tu harus ditegur betul2 biar sampai lenyek kak pah.

Hjh Noralenna Abbas said...

salam hajah,
Ambil ciput ba alif ba ya, terbalikkkan dia, ambil garam kasar, tabur kan badan dia. Pasti kojol!

kucingorengemok said...

kalau nak buat orang tu mcm siput piggy, katanya letak air garam, kan? heh...(kita tak pernah buat tau, dosa, sian siput)

Yunus Badawi said...

Penyetkan aje kakpah. Tijah pun dah sanggup nak tolong tu hehehe

ibundo said...

aisyah, gajah ada simpan senapang ke ngeh..ngeh..

eja, yes.. nanti aku penyetkan

Yan, salam.. tabur garam kiasar ke garam halus.. nak terai ni.

indahhouse, hii.. memandai je ko nak suruh buat kue. Meloya dah tekak akak ni..

acik, orang cakap sadin cap ayam tu ada taruk siput babi. betul ke..

ibundo said...

tijah, ok.. nanti akak bagi alamat e.. oops.. eh alamat takdo plak..

Ena, kalau masuk balai nanti akak cakap ko jadi penghasut ek wakaka...

Ita, haha..
Garam ek. Ha nanti akak cuba. tk.

Normi, waa.. betullah agaknya ni petua ni sebab ramai yang tahu. Apasal akak tak tau?
Ya, nanti akak pilih batu sungai yang besar2..

ibundo said...

kakchik, hehe.. kes kalau dah cinta tu tak nampak dah salah silap..

kaknora, akan ku cuba. Petang ni akan adakan satu misi mencari siput baalifbaya..

KOG, haruskah dimandikan dia dengan air garam? Ataupun benamkan dalam laut je kehkeh..

yB, Akak tengah pikir cara nak memenyetkan dia ni haha..

Acik Erna said...

kak pah..penyetkan siput bolih..orang jangan kak pah..salah macam mano pun dio..sian keluarga kak pah nanti...

Mak Su said...

hhhaaaaa?

KTS said...

penyekken si lelaki tu dulu... :D

Anonymous said...

Ish.. siapa pulak yang teringin nak jadi species siput babi ni ? Nak kena carikan species garam baru sesuai dengannya.

Anonymous said...

sungguh cantik gambar siput,

salamm,

iina said...

Kak.. den tolong tgk akak penyetkan boleh agak2 akak xlarat nnti leh den bg bantuan kecemasan hehehe ;)

Tingat siput buluh yg den masak marin tuh hehehe ;)

ibundo said...

erna, hehe..berani cakap yo.

maksu, ha'ah..

kts, mau aku kena balun dulu.

tie, garam laut mati mesti power.

tun, haha credit pada orang yang mengambil gambar tu..

ina, camano ko nak nolong na oi.. Ko jauh kek sanun tu ha.
Siput buluh tu kek mano nak cari?

aNIe said...

Kak pah...siput babs ni memang banyak kat rumah anie...kadang habis daun2 dimakannya...

Jadi kalau anie dpt tangkap...anie balingkan aje kat semak di belakang rumah tu...banyak rezekinya...heheh

pak long said...

salam buat kak pah...
letakkan garam atau habu dapur...sah kejang sifut khinzir ni...

Dr Singa said...

tabur garam keliling pokok...macam kata pak long tu...
untuk orang ala2 siput tu...hmmmm....

ibundo said...

anie, haha.. nak pegang pun geligeleman.

paklong, salam. Haah, nak cuba taruk garam ni tapi natang ni macam tau2 je kita nak eksperimen kat dia. Tak de pulak dia tu.

Dr, singa. kena tabur garam keliling rumah. Nak bagi power taruk lada hitam sekali. Ada mkhluk yang tak berani masuk.. Elok untuk orang ala-ala siput tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...