Salam.
Sabtu 8 Mei adalah hari lawatan tadika aulad ke zoo negara. Beberapa hari sebelum hari lawatan, anak-anak begitu ghairah dan asek bertanya bila nak pergi bila nak pergi dan guru-guru pun terpaksalah tak henti -henti menjawab sabarlah, tunggulah, hari sabtu lah...
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Jumlah murid-murid, guru, beberapa orang ibu, bapa dan juga bibik-bibik yang menyertai lawatan ini adalah seramai 200 orang. Sebanyak 5 buah bas disediakan untuk mengangkut kami ke destinasi.
Kami membahagikan murid kepada banyak kumpulan dan setiap kumpulan seramai 5 atau enam murid dijaga oleh seorang guru. Imah dan Basyir membantu aku mengawal murid di bawah jagaanku yang seramai 7 orang.
Oleh kerana kami berjalan ikut kumpulan, maka aku lebih banyak mengambil gambar anak-anak dalam kumpulan aku saja.
Antara gambar-gambar yang sempat aku rakam.
Tak sahlah kalau pergi zoo tak ambil gambar binatang kan? Aku letak sikit je lah.
Lihatlah betapa riangnya kedua bibik aku.
Faris pun pergi sama.
Tariq yang kepenatan, tertidur di dalam bas dalam perjalanan balik.
Kami sampai semula di tempat berkumpul sebelum pukul dua petang. Penat jangan dikira. Memang penat. Selesai tugas, aku meluru balik ke rumah. Mandi, solat zohor dan berehat.
sekian. Salam.
Kakpah
14 comments:
thn ni lom g zoo lg.. :-)
waaah, sampai 5 bas kak... besar-besaran ni.. bangga kita kalau jadi rimau
wah hebat nye... berpeluh-peluh ha budak2 tu... basah2 rambut... mlm ni sure diorg tido lena... tak pun ngigau kena kejar harimau... hehehe...
suka banget bebudak tu ya..bermandi peluh masing2
Firzan Shamil seronok kat zoo tadi. Tp takde gambar sbb papa tak ikut. Shamil pinjam gambar dari blog teacher yer...
Jom tengok blog shamil kat ; http://firzanshamil.blogspot.com/
best nyer kak....dlm reramai tu, acik konal lagi kek badak berendam tu.... dah tuo roper ehh....tpi masih maintain..ahaks..
Salam kakpah
Lama tak pegi Zoo Negara tapi Zoo Taiping hujung tahun lepas.
salam, k pah. seronok tgk gambar ni...anak saya belum skolah lg...
nak minta pendapat k pah, blh?
anak sy thn dpn bln 7 br masuk 5 tahun...cadangnya saya nak hantar dia ke pra-sekolah thn dpnlah....saya berbelah bahagi sbb anak saya(setakat ni lah)cakap pun tak berapa terus lagi, pegang pensel pun tak betul lagi...nak pee & poo dia blh bgtau cuma tak pandai cuci sendiri(utk poo)...
patutkah dia ke pra-sekolah thn dpn?
salam kak pah
kepala lutut ok ???
Salam Kak Pah,
Seronok habis ni nampaknya.
Meriah sungguh.
kakngah, ekau tiap2 tahun poi zoo ko.
kog, rimau dalam kandang.. kena kurung
ejamaria, bukan bebudak je yang bepeluh. cikgu2 pun habis semua hangit hehe..
cikgunormah, samalah denngan cikgu ..
syamil, waa.. ada blog ek.
acik, kue badak borondam sodap cik..
zaitun, kakpah ada sekali tersesat masuk zoo tepeng
cikgu ina, Memang ada pro dan kontra. Kalau masuk umur 6 tahun, dia tak bosan sebab lama di tadika. Tapi dia akan ketinggalan dalam banyak benda banding dgn budak yg masuk umur 5 tahun.
Kalau tak pandai pegang pensel, boleh latih mulai sekrng. No problemo. Kalau cakap pelat pun, insyaallah lama2 dia pandailah tu..
Masuk je masa umur 5 tahun.
Kalau poo nanti kat sekolah adalah cikgu yang tolong tu..
pb, lutut dah grease siap-siap..
kunang-kunang, memang seronok..
salam. TQ k pah atas pandanganmu itu...
hantar ke Tadika Aulad, boleh?
(ishhh.....laluan ke sana tak sehala dgn skolahku...hu..hu..hu..)
lama dh tak pi zoo kl.
selamat hr ibu ye kak...
:)
.
ina, haha.. jauh nau..
TM, sama lah sini..
Post a Comment