Aku melihat emak sebagai satu figura yang mengongkong, menyebabkan keterbatasan pergerakanku. Imaginasiku membuat aku nampak emak sebagai raksasa yang mempunyai mata di belakang kepala, di lutut, di kaki, di tangan dan di mana-mana saja di tubuhnya yang sentiasa mengawasi gerak geri aku ke mana-mana.
Emak akan berada di tepi sungai dengan ranting di tangan ketika aku sedang seronok bercempera bermain rakit bersama kawan.
Emak akan berada di bawah pokok berteriak menyuruh aku turun ketika aku sedang bergayut hingga ke hujung dahan apabila cuba memetik buah rambutan dan buah manggis yang masak ranum.
Emak akan memekik memarahi aku ketika aku mengejar ayam keliling rumah dan cuba membalingnya dengan bola tenis ataupun batu ataupun buah kelapa busuk.
Emak akan datang mencari aku di rumah ongah jarah atau rumah cik som atau rumah wancik yah bila aku tak balik-balik dari pagi hingga ke petang.
Pernah juga aku menyuarakan ketidak-puasan hati aku;
Omak ni somo tak buleh. Ni tak buleh, tu tak buleh.
Hasilnya mak akan memarahi aku lagi. Kocik la'i dah pandai molawan.
Aku akan menyeringai kesakitan bila jari ketam emak hinggap di peha. Kemudian bila aku merajuk emak akan datang membawa sepinggan nasi dengan lauk kegemaran aku. Dan rajukku terlerai.
Herannya, sebagaimana aku melihat emak begitu, aku tetap memerlukan emak. Aku tetap mencari emak untuk mendapatkan perhatian.
Mak, kopalo poning.
Mak akan memicit-micit kepala aku sehingga aku terlelap.
Mak, nak makan lauk ayam.
Mak akan menangkap ayam di reban dan menyuruh abah menyembelihnya. Dua ketul peha ayam akan dikhaskan untuk aku.
Mak, nak baju sekolah baru.
Walaupun baju sekolah aku masih elok dan tak ada cacat celanya, mak tetap akan ke Pilah membeli kain dan aku akan tercanguk memerhatikan emak menggunting dan menjahit baju sekolah aku.
Bila aku masuk ke sekolah berasrama, aku menjadi benar-benar rindu akan emak dan aku tahu emak juga rindu pada aku. Pernah sekali dan itulah sekali dalam seumur hidup aku, emak menulis surat kepada aku bersama rendang yang dikirimkan. Emak menyatakan sayang dan rindunya pada aku. Dan dengan pemikiran yang semakin waras aku tahu bahawa emak bukanlah raksasa yang bermata seribu ataupun figura yang mengongkong segala pergerakan aku. Apa yang dibuat emak adalah kerana sayangnya. Kedegilan aku yang membutakan perasaan.
Menjadi ibu adalah satu pekerjaan yang paling berat di dunia, tanpa ganjaran berbentuk material. Tugas bermula sebaik mencelikkan mata dan berakhir sebelum masuk tidur pada waktu malam. Itu tidak termasuk bersengkang mata apabila anak sakit dan bangun di tengah malam untuk menyusukan mereka.
Apabila menjadi ibu barulah aku menjadi faham benar akan sifat mak semasa aku kecil. Mungkinkah anak-anak melihat aku sebagaimana aku melihat emak dulu-dulu? Sebagai seseorang yang mengongkong pergerakan mereka?
Mak, nak pergi kuantan, ada kawan bertunang.
Takyah lah. Jauh.
Mereka tak tahu di sebalik penolakan itu aku sebenarnya risau akan keselamatan mereka. Memandu kenderaan sejauh itu.
Mak, nak pergi genting highland.
Nak buat apa
Memain kat theme park
Takyah lah.
Ala..
Walaupun sedikit demi sedikit aku meleraikan diri daripada menjadi batu penghalang kepada anak-anak aku, hati ibu yang ada pada aku tetap mengatakan bahawa tugas aku terhadap mereka masih belum selesai. Walaupun mereka sudah berumur duapuluhan.
Kepada emak yang sudah tiga tahun 'berpindah rumah', aku cukup berterima kasih kerana mengajar aku akan kasih sayang Dan aku pindahkan kasih sayang itu kepada anak-anakku dan keturunanku.
Kepada anak-anakku, ehmmm..ehmmm.. wink wink.. ehmm... Ish.. dah penat bagi signal ni. Hari ibu berapa haribulan ek?
kakpah
30 comments:
takyah wink wink do k.pah. kasik list terus sonang. hahaha. sodap eh mengasut kannnn???
wiii. fes la...jarang dapek nih
nak 3rd la plak...
tijah tamak no lah...
tapi betul suggestion dia tu kak, kasi list je, hehe :)
hahaha.... signal baiiikkkk nampak kak pah... print entry ni tampal kat peti ais.. takpon buat wall paper kat screen computer.. kalau diorang tak nampak gak... buat game carik harta karun dgn kata kunci "FIGURA.. tak paham gak.. bukan *wink wink* dh.. mmg nak kena ketuk daaa... kehkehkeh...
IBU mmg yang TERBAIK di dunia.. sebab tu Rasullullah pun bagi 3 darjat lebih si ibu daripada si bapa... hihihi..
p/s: oooo... tijah gila kuasa babe..
Note: Tij.. naper ko tak taruk terus 10 list nama ko.. baru DIVA babe.. kehkehkeh...
hari ibu dan hari guru juga :P
Ha,ha, hajah, very good 'cerita wink-wink' kepada anak-anak hajah n to other readers (children, I mean). Here's a very Happy Hari Ibu to you from me, just a Nek Lang.
hujaaaannnnn... astro tak clear, siaran terganggu.. jd signal x sampaiiiii
kat atas2 kemain feeling saya baca ha...kat bawah ada wink2 dah
hahahaa....
ko punya signal mmg terbaek kak...
.
adam, kalau mintak sesuatu @ kebenaran.. belum saya bagi jwpn dia dh jwp dulu.. 'tak blh pn tak pe..'
mana tak cair hati ni..
dia dh fhm sgt, pemintaan dia tu jarang dpt persetujuan saya..
bkn sy nk mengongkong cuma saya belum bersesia lepaskan dia...
Alamak ! Permulaan entri tu macam perangai Tie terhadap sibujang tu..adoi laa... memang tertekan bila anak asyik nak lari je. Susah nak suruh duduk diam-diam di rumah.. Err.. kakpah dulu kreatif jugak !
anak anak sekarang tak macam anak anak dulu
doa terbaik buat emak :)
Fuh!! Haiperaktif juga ada org tu masa kecik ek. Kalau kita sebaya masa tu mesti boleh jadi bestfriend sbb satu kepala. Tak reti dok diam, ada jer akal..
Bg kita yg dah kehilangan mak, rindu sgt kan k.pah. Rindu nak dengar suara mak, belaian tgn mak, bebelan nasihat mak, masakan mak dan semua tentang mak menjadi sgt manis bila dia tlh tiada di samping kita.
Hu,hu..rindu mak..al fatihah.
Err... KakPah masa kecik-kecik manja ropa-ropanya, mesti comel giler... hahaha
tijah, sungguh kuek hasutan kau. hasutan membawa kebaikan takper hikhik..
tijah lai, ala.. kalau rumah aku ni stakat duo tigo korek yo masuk apo ado hal kahkah..
tijah lai, gasak kau lah.
kog, ada dua tiga hari lagi ni nak siapkan list panjang2 hehe
tiny akak dah hint2 cukup hebat ni takkan dorang tak paham2. nanti ar nak print pastu tampal kat pintu bilik dorang..
juliet, sama2 selebret.. sama2 penting..
kaknora, same goes to you. Ni ucapan in advance ni.
nazatimsuria, hah? hujan? mana hujan... takde pun..
lilies, dua dalam satu
tasek, haha.. takkan tak paham2 juga kan?
kakngah, setiap omak melalui tu dan setiap anak jugak melalui situasi tu. Kono samo2 tolak ansur.
tie, hehe.. tu antara kekereatifan kakpah. ada banyak lagi.
pb, anak sekarang banyak habiskan masa depan pc. Anak2 dulu banyak guna tenaga.
maksu, amin..
yati, kita selalu rindu kepada yang telah tiada. Semuga aruah mak mak kita berada di dalam perlindunganNya. AlFatehah..
Nizam, aku sengsorang.. Abang dan kakak dah besar, bekerja dan merantau.. Ya.. memang aku comel hiiiiii...
Kak.. raso2 den nnti adolah suprise gift tuh kang hehehehe.. :) anak2 jek kak?? mo atok takdo ko??
alahai kak pah..rupanya signal untuk anak2..nanti ado lah tu kak pah..
Salam,
Ooohhh...patutlah buat n3 pengorbanan ibu, ada udang di sebalik mee hihihik.....
alahai.. beria2 bace n3 nie.. sampa terbuai2 dek kesyahduan ayat2 kak pah bercerita.. sekali lastu wink wink la pulak!!. hik hik hik.. pandai ye kak pah!
Rindu nye ena d mak di kg.. dah 2 bulan tak balik.. huhu..
Kasih ibu, sepanjang hayat...
ina, atuk nak bg aku hadiah? kirim salam je la.
erna, haha.. saja je nak menyakat bebudak tu.
zaitun, salam. udang bukan sebarang udang. Udang harimau tu yang nyorok hehe
ena, lama dah tak balik kampung tu. pegi balik.
cklah, betullll..
salam buat kak pah...
kitaran ibu sama jer iramanya..cuma seni tarinya jer yg berbeza..
Paklong, bukan senang nak jadi ibu mithali..
bergenang-genang airmata dok baca pasal ibu nieh...sebab dok ingat kat arwah ibu...
sekali kat bawah2..ada wink wink pulak...
setiap mak memang terbaik laah kan kak pah..insyaallah cubelah saya menjadi antara yang terbaik, tak dapat terbaik close to terbaik pun dah ok...
semoga panjang umur dan sihat walafiat sentiasa to kak pah..
azimah, memang teringatkan masa lampau bersama emak.
sierra, insyaAllah kalau kita mahu jadi terbaik.. kita akan menjadi yang terbaik
Post a Comment