Salam.
Sudah beberapa kali yahoo menghantar notis supaya mengemaskinikan akaun. Aku buat tidak tahu. Akhirnya aku mendapat notis 'warning' mengatakan kalau aku tidak berbuat demikian, akaun aku akan ditutup. Terus aku membalasnya dengan memberikan apa yang dikehendaki. Sudahnya aku juga yang menanggung azab.
Akaun email aku sudah diambil-alih. Aku tidak boleh memasukinya lagi kerana mungkin password aku telah ditukar. Mengadu kepada customer service, macam itu juga. Sebenarnya yang buat aku sedih bukanlah sebab kehilangan satu akaun email. Melambak-lambak yang lain kalau nak dan aku bukanlah bisnes woman macamana pun yang akan kerugian berjuta-juta. Tapi aku sayangkan beberapa email address yang ada di situ. Hilang.
Begitulah kalau hidup tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Dengan sewenang-wenangnya mengambil yang bukannya hak dan kemudiannya menggunakan yang bukan hak itu untuk tujuan yang tidak baik. Aku malu bila ada orang meminta-minta wang atas nama aku.
Aku selalu memberi nasihat kepada anak-anak; macamana susah pun kita jangan biasakan diri meminta-minta dari orang. Jangan sekali-kali meminjam wang orang kerana sekali meminjam ia akan menjadi satu ketagihan. Aku memang tidak suka meminta-minta. Dengan suami pun aku tidak meminta-minta. Walaupun untuk meminta 50 ringgit sekiranya aku tidak membawa wang bersama aku, mulut aku terasa berat untuk mengucapkannya. Padahal memang jelas kita mempunyai hak untuk meminta daripada suami. Mungkin dari kecil aku sudah diasuh untuk tidak menyusahkan orang, tidak meminta-minta daripada orang.
Janganlah kita mencari kesenangan di atas kepayahan orang lain.
kakpah
19 comments:
sha selalu terfikir kalaulah senang nak mintak kat org macam separuh org suka buat.
kadang2 puas berfikir mana diorg dpt confidence tuh:)
janganla hendaknya ada yg percaya email tu dr akak..
saya dpt je aritu terus delete...
style tulisan pun tau dah bukan akak punya
salam kak pah,
Harap2 segalanya makin baik,kak. Saya pun seram jugak bila dgar orang hack e-mail ni. maklumlah, kita guna yg free je. nak2 bila ada byk email customer..huhu
tu la.. harap2 xder sape yg percaya emel tu.
tapi kan... mggu lepas sy tgk YM kakpah on tau. tp, tak teragak pulak saya nk roger2 kakpah masa tu. masa tu akk blh bukak lg tak emel akk??
Salam Kak Pah ..
pB ada satu akaun email Yahoo. Tapi punyalah lama tak tengok. Baru - baru ni pB buka , tu diaaaa ada 18 ribu email ...
kuang kuang kuang
Janganlah kita mencari kesenangan di atas kepayahan orang lain.
betul ayat k.pah ni. saya pn muhasabah diri sesungguhnya. harap2 tak tergolong dlm org yg menganiaya insan lain secara sengaja mahupun tak sengaja, amin...
Kat pasar malam sekarang ni ramai betul orang yang meminta2, kalau tgk fizikalnya sihat walafiat.
sha, ada orang jenis yang tersangat pemurah. kalau kita mintak dia akan bagi. Orang jahat ni ambil kesempatan kat orang seperti inilah.
lilies, akak dah tengok dah email tu. dia hantar kat anak kakpah. Nak tegelak pun ada. Sapalah yang nak pecaya yang akak ni pegi merayap kat london nun..
indahhouse, tu yang sayang tu..nak dapat email address tu bukan senang.
kakngah, ym pun tak leh masuk. ntah sapa hantu lah tu.
pb, umangai.. banyak nyer..
wan, supaya kita dielakkan daripada menjadi beban kepada orang lain.
juliet, tu yang maleh nak tengok tu. Buat2 tak nampak jer..
Ustaz tempat saya kata org yg meminta2 ni kat Akhirat esok muka dia takde daging.
kak pah,
betul tu kak pah... biar kite susah sket asalkan jgn meminta²...
yb, jauhilah kita dari perkara seperti itu.
ita, kena tahu nilai diri kita..
Kita pun tengah pening ni, ada hamba Allah merayu-rayu nak pinjam duit. Mcm biasa.. berkali-kali pinjam tapi tak pernah bayar balik. Akhirnya kita halalkan jer dunia akhirat.
Masalahnya tak serik dan segan silu plak nam meminjam lagi. Tak bg kesian..dah bagi buat tak reti bahasa jer dia.
sy x brp phm masalah yahoo sbb tak dak pc.... huhuhu
anyway, betul kata2 kakpah tu
salam kak pah......hah itu lah yg mimieloma wat bulan lepas...konon nye tk nk akaun kena tutp......tapi kite pulak yg kena akhir nye.
Derang siap tukarkan password yg ade ...pastu saya tk leh nk bukak da email saya.
Saya pn cam kak pah sayangkan email address kemgkawan sume ilang begitu saje.
Pastu kan kak pah org tu siap antar email kat teman2 saya mengatakan konon nye saya tgh dlm kesusahan dan memerlukan pinjaman wang.
Kak pah berhati2 tau....die akan guna kan email kite utk tipu kengkawan kite.
Saya nasib la kengkawan yg dpt email tu kontek saya utk mengesah kan nya.Derang siap fwd kan lagi email yg derang dpt tuuuuuu..
Berhati2 kak pah.....ini strategik derang nk dpt kan perhatian.
Salam kakpah
Memang ramai yang ambil kesempatan kalau kita selalu memberi.
Dari kecil dah dididik jangan meminta-minta.
ckLah akun Yahoo pun tak ada...
gmail tu lah satu2nya...
yati, ada hamba allah ni datang ke rumah mintak duit. bertahun2 tak bayar. jumpa kat pasar dia buat derk je.
maksu, orang lain yg menyamar. dalam pandai2 aku(hikhik..) ada juga bodohnya.
mimi, haha.. samo2 la kito. tekono. osah bangang e.
zaitun, susah payah pun biarlah kita sendiri yang tanggung tanpa melibatkan orang luar.
cklah, apasal kakpah pegi rumah cklah dah kena kunci..
Post a Comment