Salam.
Beberapa minggu lalu pergelangan kaki kanan aku sakit. Nak pijak, sakit. Berjalan, sakit. Naik tangga, sakit. Kemudian aku beli ankle guard kat farmasi. Saiz M. Bila aku pakai adalah kurangnya. Imah kemudiannya beri aku satu lagi ankle guard saiz S. Yang ini doktor yang bagi masa dia buat checkup selepas dia jatuh kat tangga UIA dulu. Dua-dua saiz aku boleh pakai.
Kemudian kawan aku perkenalkan aku pada satu makanan supplement, 4Life. Dia bukannya ubat tetapi satu transfer factor yang boleh meningkatkan sistem immune dalam badan. Mula-mula aku telan dua biji pagi dan dua biji petang. Sampai dua botol aku makan macam tu. Masuk botol yang ketiga, aku makan sebiji pagi dan sebiji petang. Sekarang kaki aku dah elok. Dah macam biasa. Dah tak sakit lagi. Sikit pun tak sakit.
Oooops.. ini bukan iklan. Cuma nak cerita tentang kaki aku yang sakit dan sekarang dah baik.
Bila dah baik aku tak pakai lagi ankle guard. Selepas beberapa lama terlepak di meja tepi katil, aku ambil ankle guard itu dan masukkannya ke dalam bakul baju kotor. Besoknya aku lihat ia terletak elok dan bersih di rak baju.
Eh.. mana lagi dua ni.
Aku lepaskan rungutan pada suami aku sambil memegang yang saiz M dan saiz S.
Ni h'a.. dahlah naik dua helai je, tak sama saiz pulak tu. H'a..tengok!!
Aku sambung rungutan bila suami aku cuma jeling-jeling je pada benda yang kat tangan aku.
Cakap dengan abang buat apa. Pergilah tanya diorang.
Macam askar aku terus turun ke bawah sambil bawa juga ankle guard yang saiz M dan saiz S itu.
Ros!!! Lagi dua mana Ros. Yang naik cuma dua ini. Dah tu tak sama saiz pulak tu.
Ngak tau saya buk. Yang saya cuci cuma ituk.
Aku dengar siti dengan ros soksek soksek...cari dalam bakul..soksek soksek..cuma ituk...soksek soksek..tengok dalam mesen basuh..
Aku tinggalkan mereka yang bersoksek-soksek dan masuk ke dalam bilik adik. Imah ada dalam bilik adik, tengah main komputer. Aku tercari-cari dalam bilik adik dan hati dah mula nak menuduh-nuduh yang Man dah ambil angkle guard aku bawak pergi main futsal.
Mak cari apa.
Ni ha, sambil menunjukkan ankle guard yang berlainan saiz itu.
Dua lagi entah mana diorang letak. Entah-entah Man yang amek.
Betullah mak.
Betul apa!
Memang betullah dua tu je. Mak beli satu saiz M. Imah bagi satu saiz S. Dua lah.
Kah..kah..kah.....macamana aku boleh ingat benda tu berpasangan, seperti stokin?
Ibuk mintak maap ros. Ibuk ingatkan ada yang kiri dan ada yang kanan. Almaklumlah.. ibu ni dah sizen.
Ya, ngak apa-apalah buk.
Nasib baik kau paham Ros.
16 comments:
Kak pah ,
pB ajen ...
hi hi hi
salam kak pah..ha ha ha..kak pah..samo lah dah kito ni..he he..jadi golak anak2 yo..
kak pah..4 life tu..betul elok ke kak pah..bolih ke baik kalau sakit belakang ngan sakit lutut..
sungguh dah sizen kanns,
salamm,
kai dah elok... pasni makan kismis byk2 plak kakpah
.
.
hihihi.. elok utk ingatan :D
kak pah 4life tu untuk lutut boleh ke?
hehehe... nasib baik Ros paham...
makin sizen makin comey,kata atuk,ehehehehe
salam kakpah.
entah2 si ros marah sakan ngan kakpah, cuma dia tak tunjukkan aje! klu tunjuk kang, kena buang kerja plak...hehehe
sayanggg kakpah...!
mmg pempuan bila tiba certain age akan sakit kaki ek kak?
mak saya pun camtu...
tapi lepas2 tu baik sendiri...xsakit2 dah
hehehe kak.. Alhamdullilah dah tak sakit kaki.. kaki den pun skrg nie asyik sakit jek.. leh kot pinjam 1 hehehe.. Nasib dah basuh.. kalau kak pah tgh pakai ankle guard tuh.. pastu p tanya lagik haru hehehe ;)
kalau dah tua biasalah sakit kaki. Mujurlah kaki kakpah masih ok lagi. Emak saya terpaksa bergantung pada ubat utk kurangkan sakit kaki dia. Setakat pakai guard tu tak jalan huhuhu
Salam kakpah,
kita dah dihujung....
banyak yang lupa, nasib baik jawabnya ngak apa2..
Salam hajah,
Saya pun ambil juga TF4Life. Suami agen!
pb, wah.. tak aci la macam ni..
erna, dia bukan ubat. cuma naikkan tahap imiun badan. Kakpah nak cakap pun tak berani tapi bila kakpah makan, badan rasa sehat. Sabtu ahad kalau pegi joging kat stadium bangi ni, kakpah boleh pusing stadium sampai 45 minit. Dulu, 20 menet je dah mengah dan penat. nak terai ke. harga seratus lebih dekat2 masuk dua ratus. tapi bebaloi la..
thun, haha.. memang dah sizen dah. Tapi benda2 sizen banyak orang suka kan?
kts, wakaka... kau kenakan aku ek.
cikgu, hehe.. tak tau la pulak. tapi kalau orang keliling kena selsema, kita susah nak dapat. kalau dapat pun sikit2 je. kejap dah baik.
maria, dia terpaksa paham maria oi hehe
juliet, aku tengok atuk jeling-jeling aku tu
ita, tau tak per. kena bodek bos kehkeh
lilies, ntah.. kaki ni macam tau2 je bila dia nak sakit.
iina, macam abah kakpah haritu. Kulu kilir cari jam tapi jam pakai kat tangan. Ina, akak nak jual 4life kek kau ni. nak boli tak.. kihkih
yb, harap mak ko dah sehat betul. Nampaknya camtu lah bila usia dah meningkat ni. sakit situ sini.
zaitun, seram sejuk plak mikirkan pengakhir kita ni..
kaknora, salam. wa..caya la. Agen tu. Okay tak kak nora makan..
Post a Comment