Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, May 31, 2010

TEACHER'S TRIP

Salam.


Hari Jumaat lebih kurang jam 7.30 pagi kami sama-sama bersesak menuju ke utara, Cameron Highland. Guru-guru yang kebanyakannya masih bujang, menaiki bas sementara aku sekeluarga naik kereta kerana tidak tahan pening bila naik bas.



Sebelum pergi, aku siapkan rendang kira-kira boleh tahan untuk dua hari untuk abah dan anak-anak yang tinggal. Adik yang pada mulanya mahu ikut sama, kensel saat terakhir kerana hari isnin ada exam. Usen yang mulanya nak ikut juga, kensel. Basyir asek tanya apa ada kat CH. Aku cakap yang lain-lain boleh dapat di sini tapi cuaca nyaman ada di atas sana. Apa-apa pun ada juga orang yang nak menemankan abah (atau abah yang menemankan diorang?).


Walaupun kenderaan banyak, perjalanan lancar dan kami tiba di CH sebelum solat jumaat. Setelah checked ini di apartment, kami rehat-rehat melakukan aktiviti bebas sebelum keluar meronda pada sebelah petang. Kami cuma ke Brinchang menjamu mata di pasar malamnya.



Yang sorang anak aku, sorang lagi bibik aku si ros.

Bibik aku siti di sebelah kiri dan dua orang kawannya(juga bibik) yang nak ikut serta.



Dan juga menjamu perut. Makanan yang dijual agak menyelerakan.





Mestilah ada strawberry.



Hari kedua, pagi-pagi lagi ke Mardi.



Kirin dan Man. Man masih amatur, baru cuba belajar...
Aku juga banyak lagi nak belajar dalam hal ambil gambar ni.
Ada sesiapa nak bagi kursus?




Banyak juga bunga yang terdapat di Mardi. Ini di antaranya:





Kemudian naik bas menuju ke Taman ros. Dari Brinchang ke Taman ros cuma beberapa kilometer tapi kami terperangkap dalam kesesakan yang teruk. Setelah beberapa jam menahan pundi-pundi yang hampir pecah, semua meluru menuju ke taman ros tetapi terpaksa melalui halangan dengan membayar 4 ringgit. Mahalnya untuk ke tandas (sebenarnya entrance fee ke taman).

Bunga-bunga yang ada di Taman Ros:




Cantik-cantiknya bunga ros ini. Kenapa bila aku tanam bunga tak secantik yang aku lihat di sini.



Oleh kerana masa banyak terbazir di dalam bas (jem pergi, jem balik) kami akhirnya balik ke bilik saja dan ke pasar untuk membeli sayur-sayur pada hari ke tiga.



Lebih kurang jam 12.30 tengahari semalam, kami bertolak balik dan kumpulan yang menaiki bas singgah di Bharat tea, Tapah dan terperangkap dalam jem yang panjang kerana ada accident.

Aku dan keluarga singgah lagi di tanah rata dan sampai di rumah jam 5.50 petang. Alhamdulillah.

21 comments:

Ms.Lilies said...

nama bas tu...hahaha...xbleh tahan punya...

sejuk sana kak??

kakngah said...

lps baca komen mimi, saya skrol blk ats. tgk nama bas.. hahaha!! ingt mmg yg pegi tu sume masih bujang..

Guru said...

memang pandai kak pah cari bas yang sesuai

*bab mengambil gambar ni, kak pah pun dahboleh buat tutorial untuk orang macam saya yang memang tak tau langsung..
tau on, petik je

Dr Singa said...

cantik shot sunflower dan lebah tu!!!
(mesti gabra..takut gak kan!!!)

aNIe said...

Kak pah...cantik2 shot gambar bunga2 itu diambil...

Anie dah lama banget nak ke CH...tapi masih belum kesampaian...

Kaktiny said...

akak takyah nk jadi photographer kak.. nanti abis bebudak jadik model akak.. kehkehkeh...

beli kobis segar dari Ch tak?.. kalau ada kobis, bleh buat bakso.. hahahaha... (tetiba!!..)

wokeh.. meh nk bagi resipi bakso.. bak email please.. hihihi...

ibundo said...

lilies, dreba mmasih bujang. budak engin kat MMU tapi india haha..
CH sejuk jugak lah kalau banding ngan kat bawah ni.. tapi ada kurang sejuk..

kakngah, memang nama takj leh tahan..

cikgu, tak pilih pun wakaka..
bab ambil gambar ni kena trial n error. banyak jugak yang tak jadi. Kpah belum pandai nak bg tutorial kat orang.

drsinga. kakpah teragak-agak juga. takut dia terbang hinggap kat muka hehe

anie, kalau nak pergi CH jangan pergi masa cuti panjang. jemm tu yang tak tahan.

ibundo said...

tiny, memang budak tadika selalu jadi korban aku hehe..
kubis? takyah pegi CH pun boeh beli kobis per.
email: hah.. nanti akak gi blog ko lah.

KTS said...

kakpah, pasni bolela kakpah jadi fotografer den... errr.. ms den kawin nanti

.
.

err... calon pun takde ada ati nak citer pasal kawin.. hikhikhik


.
.

eh... komen lari tajuk plak.. geram sgt tgk gambar2 yg kakpah amik tu.. cantik! macam profesional.. err.. dah puji ni bole la bg diskaun besar2an nanti ya

hihihi

tasekM said...

gambar makanan tu mmg tak bulih tahan. tergoda.

kirin syantek mcm mak dia...

:)




.

Mak Su said...

tergoda tgk gambar bunga2 yang kakpah paparkan di sini, saya pun tgh berminat ni :)

tambah tergoda memikirkan seronoknya gi cuti2 ke CH :)

lupekanje said...

takkan tu je gambar2 kak pah? letak lagi laaa...hehe..

sambil ngunyah jagung gebus nih...heheh..

ibundo said...

kts, wakaka.. puji ada udang sebalik batu. pegi carik calon dulu.. diskaun belakang kira.

TM, nampak memang sedap tapi berminyak2. akak takut nak makan.

maksu, tu baru gambar. tengok yang real lagi tergoda.

acik, yang ado ni pun bopoluh kotiak nak lotak.
jagung manih tak cik..

ckLah @xiiinam said...

kakPah;
eskrem stoberi kakPah yg tertinggal dulu....ada lagi tak?
:)

ibundo said...

cklah!!!!
ada. tapi dah dipindahkan kat freezer kedai tu balik huwakaka..

en_me said...

ammvoiii.. masih bujang ghitewww.. ehehe

ibundo said...

en-me.
err... jangan mudah terpedaya hehe..

Tie said...

Salam Kakpah,

Alhamdulillah... seronoknya berehat di sana.. Tie belum berpeluang lagi, laa...

lupekanje said...

kak...jagung sodap....borobut dongan anak....hahah..
*tk borobut, tk sedap nnt..

Pelangi cinta said...

jalan-jalan cari makan..hehhe :) best jln ramai2 ni kan

Pelangi cinta said...

jalan-jalan cari makan..hehhe :) best jln ramai2 ni kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...