Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, June 27, 2010

Masam Manis

Salam.


Cerita buah lagi. Di rumah aku ni buah yang paling laku ialah betik dan pisang. Pelawas. Tapi di antara dua tu, buah betiklah yang selalu dibeli. Boleh dikatakan hari-hari ada saja supply.
Kadang-kadang suami yang beli. Kadang-kadang abah yang beli. Kadang-kadang aku yang beli. Kadang-kadang sekali tiga yang beli. Maka terjadilah terover-supply.

'Bang, betik ni tak manislah!!! Apasallah abang beli yang tak manis. Lenkali bla..bla..bla...'
Si isteri berleter. Contohnyalah. Dan contoh itu bukan aku, tau. Aku ni tak suka berleter.




Ooops.
Tak baik cakap macam tu.

Ustad cakap,
Kita ni tak dapat nak tahu buah itu manis ke tidak sehinggalah kita merasanya.
Bila kita membeli buah mestilah kita mahu membeli yang manis. Takkanlah nak beli yang masam pula.
Si penjual pula bila dia menjual buah itu mestilah dia mahu buah yang dijual itu manis.
Si penanam pula bila dia menanam buah itu mestilah dia mahu menghasilkan buah yang manis juga.


Jadi, bila kita makan buah yang kita beli dan buah itu masam, memang Allah dah jadikan buah itu masam. Maka tak payahlah kita merungut-rungut dan marah-marahkan buah itu kerana ia tidak manis seperti yang kita hendak. Kalau kita tak suka, tak payahlah kita makan.


Macam tu lah.


Salam,
kakpah

29 comments:

lupekanje said...

tanam yo betik dopan rumah tu, tak payah boli dah buah nih. Acik klu balik kampung, ado yo omak acik bokal kan..tak temakan2..hehe.

Ms.Lilies said...

Makan betik kemain banyak...tp uk uk lps sehr makan...tu kalo nasib baik :p tp biasanya xde lucklah hahaha

iina said...

Betul tuh kak den pun ponah donga sorg ustaz tuh ckp gitu gak.. tak baik perlekehkan benda2 yang kita beli.. anugerah Allah kan ;) Den dah lamo tak mkn betik kak.. mahal sungguh kat sini

cheqna said...

salam
betul ape yang kak pah kata tu....
dah lama tak makan betik ni...
salam ziarah =)

cHeRyNa PiReS said...

percayalah...kita mungkin nak buah manis, tp ada org suka buah yang masam:)

kak Erna said...

kak pah..alamak kak pah..saya selalu yo bising2 kalau buah yang patut manis..tapi tawar..lopeh ni..nak diam yo lah kak pah..bukan kita tau kan...

Nizam.Ariff said...

Boleh tanam pisang dalam pasu tak?

Aku rasa macam nak tanam sebatang la... senang nak guna daun, sayur jantung, buat pengat dan akhirnya buat tali pisang... kalau boleh la...

kayteeze said...

Betul tu, dah rezeki kita dapat yang manis atau yang masam. Lagi satu, tak baik kita kritik makanan yang kita makan... kena terima je walau rasa tak sedap. Tie pulak selalu lupa.

ckLah said...

ckLah suka manis-manis buah....

Tijah said...

sbb tu sey salu boli pisang. kok temasam ko...lenyek, boh gulo buek lempeng daun pisang. osah sodap eh...

AZANI said...

salam hajjah
betik dan pisang, bagus untk sembelit, kalau tak jalan juga makan prune...kalau tak jadi juga....

kak long said...

ada sorng kengkawan kaklong ni,tp dio cino,dulu kaklong boli teombikai tp tak manih,dio koba..
lain kali aaa..klu lu mau tau manis ka taklak manis itu buah tembikai,lu kasi tgk dia punya tangkai,ada kering ka takda kering..klu sudah kering itu manyak manis punya...
klu takda lu jgn bili...
tp boto la kakpah,itu sumo kejadian tuhan kan?

Ena said...

ops!!.. macam terkena pulak!.. hoho.. yer la.. kdg2 bila beli memg ada gak merugnut camtu.. tapi sangat jawang la sbb sy suka manis2 buah.. kecuali bila makan tu lgsung tak rasa.. huhu.. Insaf ngan n3 kak pah nie.. hehe

a kl citizen said...

betul kata ustaz tu kak pah... terima kasih ingatkan. sebab kekadang memang bercakap juga

secangkir madu merah said...

buah betik memang sodap dimakan waktu sejukkkkkk...

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Bila baca cerita Kak Pah tentang buah yang manis ni, saya sebenarnya pernah terfikir tentang perkataan 'madu'.

Bila beli buah semua nak yang bermadu, 'nangka madu', jambu madu, limau madu, salak madu', pendek kata semua yang ada dihujungnya perkataan 'madu', InsyaAllah mesti kita anggap manis. Lakulah.

Cuma 'madu' yang lagi satu orang kurang suka terutama kaum hawalah.

kakpah said...

acik, dulu ado dah tanam botek kek bolakang. dah bosa dah. tapi ado plak orang tu disuruh e tobang.monyomak yo kato e. ciss...

lilies, haha.. ko kena tambah ngan julap.

kakpah said...

iina, tanam kek bolakang rumah tak leh ko na. kok tak pun kek balkoni. hiiii....

cheqna, tak suka makan betik ke hehe..

sha, eee... bayangkan yang masam je dah kecur air liur. tapi yang masam ni kalau cicah ngan kicap+gula+cili api yang ditenyeh2, sodappp gak.

kakpah said...

erna, haha.. tu lah pasal. selalu kito boli manih tapi kali tu boli tak manih pulak. camno kan?

nizam, ko kena beli pasu yang besar gedabak. gerenti pisang ko hidup subur.

tie, memang kita selalu terlupa. kena diingat2kan.

cklah, yes.. sama lah kita. dah balik ke cklah..

kakpah said...

tijah, cubo buek cekodok botik. kalau dah buek sok, bagitu ek..hehe

azani, oo prune pun akay ye. Kalau tak jadik, makan julap je.

kaklong, wa.. tak tau plak petuo tu. lenkali kalau boli tombikai konolah tengok tangkai. er.. kalau takdo tangkai camno plak.

ena, kalau dah dapat yang tak manis, camne kan.. sabau je la.

kakpah said...

cikgu, mulut kita ni selagi boleh tebukak tekatup, ada-ada je yang tak sepatutnya kita cakap tapi kita cakap.

smm, oleh kerana itu kenalah masukkan dalam peti ais dulu sebelum dimakan hehe..

kunang-kunang, hehe.. awas dengan perkataan madu. tapi kakpah pulak tak suka makan ayam madu. tak kena dengan tekak..

pB said...

Salam Kak Pah


pernah dengar satu ustaz ni kata

kalau kita marah sebab buah yg kita beli tu tidak menepati selera kita (masam) , itu macam kita marah kat Allah ....


alahaiiiii

Kak Nora said...

Di sebalik cerita buah masam dan manis, ada maknya...

tasekM said...

ustad aku dulu pun bilang gitu...



.

kakngah said...

kalau masam
makan sikit

kalau manis
mkn bnyk

julietchun said...

betik hawai ada lagi ke sekarang ni? kecik2 dulu ayah selalu beli betik hawai,kecik tapi manis.

kakpah said...

pb, haah.. betullah tu

kaknora, kita je kekadang yang tak paham

tm, dari sumber yang serupa

kakngah, kalau tak goma tak usah makan langsung

juliet, tunggu kakpah pegi hawai dulu.

mamawana said...

salam kakpah

pelawas...betul betul betul. My feberet tu.

DrSinga said...

dua2 pelawas...
:)
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...