Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, June 26, 2010

Muffin Kulit Durian

Salam.


Dulu

Setiap kali musim durian aku pasti akan bersidai di rumah uwan aku di Jemapoh bersama along dan Jaha sepupu aku. Pokok durian uwan cuma ada sebatang dan pokok itu tumbuh di tepi pagar rumah uwan. Sebelah daripada dahan pokok itu masuk ke dalam kawasan rumah jiran sebelah. Bukan orang lain pun, saudara juga.

Bila durian jatuh ke bumi, kami akan berlari berebut-rebut mendapatkannya. Yang kelakarnya, anak-anak jiran sebelah pun akan berlari juga apabila durian yang jatuh itu masuk ke dalam kawasan rumah mereka. Maka jadilah perang antara kami. Perang mulut siap dengan jelir-jelir lidah, tunjuk penumbuk bagai.

Itu adalah zaman kanak-kanak kami.

Kemudian

Abah tahu sangat yang aku suka makan durian. Berilah aku beberapa biji, pasti aku akan makan sampai perut kembung kekenyangan. Abah kemudiannya menebang semua pokok getah tua di dalam kebun dan menggantikannya dengan pokok durian. Waktu itu aku sudah pun beranak tiga orang, kirin yang paling baby. Semasa acara menanam pokok durian, abah memberi kami sebatang seorang anak durian untuk ditanam. Suami aku, aku, kaklong, kakngah dan kirin. Sampai sekarang pokok durian itu dinamakan sempena nama kami.

Beberapa tahun selepas itu, kami memang mewah dengan buah durian sehingga tidak termakan-makan. Buah yang tidak terhabis makan itu abah akan simpan kemas dalam plastik dan disimpan dalam freezer. Bila teragak mahu makan durian walaupun musim durian sudah tamat, abah cuma perlu keluarkannya dari freezer. Tempoyak tak usah dicakap. Sampai musim tahun depannya pun masih tak habis dimakan.

Peliknya anak aku tidak ada seorang pun yang hantu durian. Dan aku, menginjak tua ini sudah tidak ghairah lagi makan durian seperti dulu. Cukup hanya tiga empat ulas.


Tadi

Aku begitu teragak mahu makan durian. Aku mengajak suami aku ke seksyen lapan. Selalunya ada lori yang menjual durian di tepi jalan. Betul sangkaan aku. Kami berhentikan kereta di sisinya.

Cari sebiji yang baik punya , kata suami. Makan di sini.

Si penjual mengambil sebiji dan menebuknya dengan parang. Kuning isinya. Dan bila di belah ternyata isinya juga tebal.

Berapa ni, tanya suami.

Makan dulu pakcik, kata sipenjual sambil meletakkan durian yang sudah terbelah di atas raga yang diterbalikkan dan dialas dengan kertas surat kabar.Aku makan seulas dan rasanya pun boleh tahan.

Aku dan suami aku makan durian itu sampai habis. Kami makan di tepi jalan bersama habuk yang berterbangan setiap kali kereta berdesup lalu lalang. Selesai makan suami bertanyakan harga. Sipenjual mengeluarkan henfon dan mengira-ngira.

39 ringgit 10 sen pakcik.

Gulp!!!
Aku menelan air liur. Nasib baik sudah selesai makan durian. Kalau tidak pasti tertelan dengan biji-biji sekali. Aku memandang ke arah kulit durian yang bergelimpangan. Hati aku berkata;

Bawak balik kulit durian ni okay gak ni. Kasi blender buat muffin.

kakpah

17 comments:

Ms.Lilies said...

iyo kak...
aritu saya tingin makan durian..
en abg pi beli 3 bijik...
sib baik dah makan br tingat nak tanya...

3 bijik..
RM50++!

ni la kalo bukan musim

anymz said...

hahaha....kayo se pi jual durian kek sanun ni kakpah...sampai ni se sakit perut nahan golak..alahai kakpah..se kek sini asek sedeqah kat jiran dan pencuri yo...
nak buat mcm mana..kebun tak berpagar.

kak long said...

tu la kaklong pun teringin gak nk mkn durian yg org jual topi jln tu,tp bilo abg tanyo yo nk mkn tak?
tak yah la hai,lain kali yo la..
sibaik tak makan...
kok tak sesio yo..tak po la tunggu derian ayah mentuo kaklong la..
kan kakngah?
nti kito serobu reramai...
makan pun pueh...

Ena said...

OoMaaaiahhh!! mahalnya..
bukan setkat kulit kakpah, biji nya pun kena kutip waty balik rebus dan makan panas2 sodap.. baru berbaloi ngan rege.. hehehe... jgn mare kak pah..
Naib baik ena makan tepi jalan last week harganya berpatutan..

Tijah said...

humang aih maha eh. lenkali nak makan dian murah kit pi area dengkil nuna kak. bukan jauh dr bangi tu doh. tak pun mantin dian org asli. osah elok kuning eh.

aNIe said...

Kak pah...sebatang pokok durian tu kalau berbuah puas makan sekeluarga...tu pun kalau buahnya lebat...

kakpah said...

lilies, tak tau la dorang amek peluang ke ataupun memang jenis durian mahal. sebbaik sebijik. kalau pulun dua tiga biji,rasa2nya nak kejamban pun sayang...

anim, duyan ko tongah gahat gugur eh? bulehlah kito melepak2 lam kobun sambil bincang2 resepi ek..

kakpah said...

kaklong, kalau ekau ngan kakngah sorobu kobun duyan tu jangan lupo ajak kakpah sekali ek..

ena, haha.. tak teringat pulak nak bawak balik biji durian tu. bagus gak kan? buat ais blended biji durian..

kakpah said...

tijah, sobona e bukan nak makan banyak pun. nak lopeh gian yo. dulu ado gak poi carik kek dengkel nun tapi tokono yang tak elok. mengigau tido malam tu kek nyosa e.

anie, haah.. dapat pulak yang isi kow.. puas makan.

kak Erna said...

kak pah..len kali tanyo hargo lu..baru makan..kok tau..dio dah bolah pun tinggal kan yo..saya bolum makan durian lagi kak pah..kek rumah ni dah banyak..abang bagi..tak teringin lagi nak raso..suleh pun tak makan lagi..anak2 mo ayah e yo makan...

kakpah said...

erna, sobab dah kemaruk bona. tengok pulak cantik kuning gobu.. torus tangkap ngam jo.

Kak Nora said...

Eeeeh sedapnya ada pokok durian sendiri. Dan sedaaapnya durian bila disejukkan. Macam makan ais krim.

kakpah said...

kaknora, tapi durian melaka sedap lagi...

PALATABLE said...

Salam Kakpah, sedap makan durian ye...itu padahnya tak bertanya dulu berapa harganya...kak pun dah terkena juga...

http://treatntrick.blogspot.com

kakngah said...

saya pn tgh kepingin mkn dian. kodai apek blkg ofs tu dh peraga 2-3 rak dian. besar kepala adief, 2 bijik suploh henget..

kakpah said...

palatable, haha.. tu lah pasal. main ngap je.

kakngah, kaklong kobaan kek kobun di kampung nun tak lamo lagi duyan gugo...

DrSinga said...

sebijik??!!!
derian musang king kah??
.
tapi sedap kannnn??? berbaloi kan??
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...