Salam.
Sebaik pintu dikuak, aku lihat banyak mata mata yang menoleh ke arah kami. Aku dapat tafsirkan pandangan keheranan melihat seorang makcik tua yang sama-sama meramaikan bilik menunggu pakar sakit puan itu. Setelah mendaftar nama, kami duduk di kerusi yang masih kosong. Suasana bingit dengan suara anak-anak kecil dan laungan perempuan berpakaian ungu memanggil nama-nama pesakit. Seorang demi seorang perempuan berperut membusung dan tak kurang juga yang kempis hilang ke dalam bilik doktor.
Aku menunggu. Kami menunggu. Semasa mula melabuhkan punggung aku kerling jarum jam yang ketika itu menunjukkan waktu 3.15 petang dan terus mengerling sehinggalah ke jarum 4.30 apabila nama dipanggil.
Sakit belakang doc, terus merayap ke depan.
Sudah ke klinik semalam tetapi belum berkurangan.
Ada bawa ubat klinik?
Ubat dihulur.
Dah buat scanning?
Belum doc.
Baring di katil sana ya.
Kain dilondehkan dan alat scanner di letak di atas perut. Aku perhatikan gambar yang terpapar. Tidak nampak apa-apa.
Tak boleh nampak ya. Saya terpaksa masukkan alat dari bawah.
Pengalaman aku yang dulu-dulu, pengalaman kaklong kehilangan janin yang berumur dua tiga minggu membuatkan debaran kehilangan itu datang semula.
Mungkinkah? Tetapi sebaik melihat degupan jantung yang jelas dakduk dakduknya, kerisauan itu hilang lenyap.
Baby normal ya. Baby okay. Kencing pun okay. Sakit belakang perkara biasa. Banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 10 gelas sehari... bla..bla..
Aku, seorang makcik tua dibuntuti dua orang anaknya, keluar dari bilik doktor. Kegirangan terpapar di wajah kami.
Kakngah mengandung lapan minggu. Aku menyuruhnya pulang ke bangi supaya dapat aku pantau kesihatannya untuk sebulan dua ini.
Hehe.. takkanlah aku pulak yang mengandung. Dah lama dah tutup kedai.
kakpah
40 comments:
alhamdulillah rezeki..tp buat suspen jer entry ni.
Salam kak pah! sihat ke akak? tahniah n doa kita untuk ibu n bb semoga sihat sehingga waktunyer insyaAllah.. akak ni sajerr jer taw! manalah ada rejeki lg hihihii...
Laaa..buek suspen yo kak pah..ingatkan dah nak panggil adik pah tadi..hehehe
Hahaha...dah tau ni mesti anak Kak Pah...sebab tgk tajuk dah tau Kak Pah dah tutup kedai...:D
ratna, acik ni memang suka buat saspen
ika, salam. alhamdulillah sehat. mintak2 mcm tu lah. akak? dah pencen lama dah..
anim, wakaka.. ko nak panggil adik pun apo salah e...
anie, pandai ko haha.. alamak, nak tukar tajuklah ...
Orang Laki tumpang nyebok bulih? Ada perubahan besar tak jika dah tutup kedai.. adakah ia mempengaruhi kehidupan seharian? ermm..
Tahniah opah Pah!!! Tambah lagi cucu...
Takkan nak tutup kedai dah kak Pah...Modal pusingan belum habis...muahahaha
tahniah kak pah..tambah cucu sorang lagi..ee..jeles la...nak tambah anak dah tutup kodai..nak cucu..belum ado menantu....camano ni..dah rindu nak belai budak kecik..cucu sedara dah balik kelantan pulak...cuti sekolah ni...
seram sejuk..
kihkihkih...terperanjat aiii...
ramai dah cucu kakpah ek...saya baru sorang...manja komain, sikit2 tokma, tapi bila tak nampak depan mata mulalah mengelintau cari mana dak Afif nih...!!! bukannya 1 hari, 1 jam jer tak dengar suara dia.
macam tu pun bila nakal, kena sesah gak.....malam tido nak berkepit ngan tokma. Tahun depan dah nak masuk standard 1.
wahhh :)))
tk boley ke bukak kodai balik kak??? heheh...tahniah pd kak long...
bikin saspen je kak pah ni... tahniah!!
xaturen, keuntungan dah berlipat ganda. sekarang tengah ngutip dividen je.
cklah, modal dah habis pusing dah ngehngeh..
erna, muahaha..copek carik monantu.
ashley, ko soram sojuk. aku ni dah menggeletar dah ni..
tijah, manolah tau kok tososek sorang la'i wakakah..
tokma, baru sorang je. nak tambah lagi sorang lah ni. nampak gayanya tahun depan si faris ni dah ada geng nak menyepahkan rumah kakpah. pintu lemari pun dah kena ikat sekarang ni..
little diary, sediakan hadiah ek.. hehe
cik, dah kono pasang tembok bosi. takleh bukak lagi dah.
bukan kaklong la cik. kakngah.
syani,memang ada unsur seram sejuk hehe..
ekekekke..
memg saspen.. tu la tadi dok terpk takkan la kot! hehehe
haa.. kan betul! bukan!!!.. hahahha.. nak juga tu..
best la baca n3 kakpah ni.. mesti ending nya buat rasa terhibur.. :)
hahaha..ingtakan kedai jualan dah tutup ke last2 lain pula cternya..heheh..
adeh den dah terkena..
Salam kakpah...bakal menerima cucu lagi lah ni...
Tp kakpah buat lawak lah...suspen gak...manalah tau kot2 ada rezeki nak tambah bilangan anak...
Alhamdulillah.. bertambah meriah lah nanti :)
saspennnn.... alhamdulillah + tahniah
mmg saspen... aku dh ingat ko je yg ngandung ni kak...
:)
.
hah! mati2 saya ingat kakpah pregnant... kalau tak boleh masuk paper SEORANG NENEK MENGANDUNG LAGI....
gurau kakpah aa..
tahniah utk kakpah sekeluarga.
kaklong, huwaaa.. mana der. takleh nak kalau kalau lagi dah.
kakcik, bertambah meriah dan bertambah lintang pukang le rumah dibuatnya.
kog, nanti akak sampaikan pada yang punya badan.
TM, kalau aku, konfem aku tak nulis blog lagi dah..
normi, haha.. tambah femes lah nenek blogger ni.
mula-mula baca tajuk tu tadi
terkejut gak ..
hehehe.. manalah tawuuuu
papepon .. tahniah wat akak
dah dapat gelaran mak tok ..
tahniah utk kakngah. kalo kakpah ngandung pun apa salahnya,kan atuk ada penguat semangat, :P
Congratulations to 'The happy family' (refer to picture all in red). The more the merrier!
hidup2 kuingat makcik tua tu yg mengandung... hihihi
tahniah kakpah... takkan dah tutup kedai kot.. awal lagi ni
:P
akak sekarang dok menghitung cucu le plak yer.. hihihi...
hehehehhee...klu ada apa salahnya...rezeki tuhan nak bagi...alhamdulillah..tahniah kakpah bergelar nenek tak lama lagi...
kak pah, pandai amek nak suspen an orang, osah lah....klu kak pah pun ok yo kann......hehehe
'scan ikut bawah'
hisyyyy.....tak sukaaaaa.......
.
.
tahniah KakPah!!!
tambah meriahlah raya tahun depan!!
uji, mana ko menghilang. lama tak nampak..
juliet, tak salah ko kata? muahaha...
kaknora, tenkiu. makin bertambahlah tangan kecil yang nak menyelongkar kabinet dapur saya..
kts, dah hujung dah.. mana ada awal lagi.
tiny, macam tu lah nampak gayanya tiny. dan menghitung uban2 di atas kepala ni jugak..
smm, maluuuuu...
annie, ko jangan.. dah tuo cam ni.. ish..
dr.singa, kakpah pun tak suka yang tu. Raya tahun depan? insyaAllah...
nebes ai.. ingat uwan yg check-up td.. hahaha!!
first time tau scan ikut bwh ni. jakun jap. free kang nk cr info la..
alhamdulillah.. tahniah buat kakngah jugak kakpah. rasa.. cam baru jek mkn nasi beriyani yg mabeles hrtu hiks! lps ni.. faris ada kawan la...
haih k.pah ni bikin saspen je. hehe... tahniah k.pah. bakal timang cucu baru ^^
Tahniah,bila ada orang baru bertambah lagi meriah keluarga.
he..he..he...ingatkan k Pah yang mengandung!
Post a Comment