Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, July 17, 2010

Jangan Percaya

Salam.


Aku kurang gemar kalau ada yang berperasangka buruk terhadap seseorang. Hati budi belum diketahui tetapi sudah ditetapkan nilai ke atasnya. Tetapi suami aku selalu menyangkal kerana katanya kalau hendak percaya pada seseorang jangan letakkan kepercayaan seratus peratus. Mesti ada reserve sebanyak lima puluh peratus sebab walaupun seseorang itu sudah kita kenali dan berkawan rapat dengan kita tetapi tidak bermakna orang itu tidak sanggup melakukan perkara yang tidak baik terhadap kita.

Aku selalu memandang remeh pandangannya dan akibatnya keremehan itu melantun ke muka aku semula. Ada kalanya suami sendiri terlepas pandang akan pandangannya sendiri dan akibatnya ia melantun ke muka kami berdua dan menyebabkan kami sama-sama 'padan muka'.


Kami ada menyewakan rumah pada seseorang dan seseorang itu adalah orang yang kami kenal dengan baik. Oleh kerana kenal dengan baik maka banyaklah kerenah sewa menyewa ini yang kami abaikan sahaja. Contohnya, kalau mahu menyewa rumah, penyewa perlu membayar dua bulan deposit berserta satu bulan sewa, kami cuma minta dia bayar sewa sahaja. Tak ada deposit. Kawan baiklah katakan.

Rumah teres dua tingkat di bandar baru bangi ini sewanya paling kurang pun tujuh lapan ratus tapi kami bagi dia sewa enam ratus sahaja. Ngam-ngam untuk bayar pinjaman bank. Tapi kami tak kesah sebab kami tahu ekonominya pun bukanlah berapa selesa. Memang tak kesah. Kawan baiklah katakan.

Aku katakan padanya, duduklah di rumah itu selama mana dia mahu dan buatlah macam rumah sendiri. Itulah satu lagi kesilapan aku sebab memang dia buat rumah itu macam rumah dia sendiri dan bukan rumah orang. Kalau buat macam rumah orang mestilah kebersihan dan serba serbinya dijaga dengan baik.

Pernah beberapa kali aku ke rumah sewa itu dan aku lihat keadaan di dalamnya memang kurang menyenangkan mata aku yang memandang tetapi aku tidak menegur kerana mahu menjaga hatinya. Kawan baiklah katakan.

Hendak dijadikan cerita, sesuatu berlaku di luar dugaan dan dia sudah tidak menjadi kawan baik aku lagi. Setelah lebih lima tahun menyewa, awal julai haritu dia memulangkan kunci. Baru semalam aku berkesempatan untuk menjenguk keadaan rumah itu. Tiada kata yang boleh menceritakan keadaannya. Kotor. Lebur. Lunyai. Hancur.


Muka siapa yang padan?


kakpah

22 comments:

KTS said...

muka mereka dan keluarga mereka jugak yang padan

.
.


tu la kan kakpah.. kdg2 kita selalu ingat org mcm kita.. padahal, org tu tak mcm kita dan tak mcm org pun

ooopppsss..

kakngah said...

tolan mati omak
luah mati bapak


ms memula sy nk sewakan rmh dulu, sy ingt btl2 pesan sorg rakan
'takyah kesian2 de, mintak je deposit segala. sblm depa kejam, kite kejam dulu'

ckLah @xiiinam said...

ckLah pun....susah mau percaya orang.
Sebab pernah terkena....

Kita kesian orang...
Kita mau jaga itu kawan punya hati...
Tapi...


...takkan pisang berbuah dua kali. Kan kakPah..

Anonymous said...

Hihi... Tie pun dah kena, memang padan muka sendiri!

Dan sebab tu Tie dah tak berapa yakin untuk berperasangka baik. Selalu kena tipu sebab tak pernah fikir yang orang akan khianati kita. Adoi laaa... serik betul.
,
,
Err... penat tak menyental rumah tu ? Tie dulu sampai sakit-sakit pinggang. Tandas dalam bilik mereka tak pernah cuci selama 2 tahun menyewa. Mujur kita tak pitam dalam tu!

miemiey said...

sabar je kak..akak bg sewa kepada yg berkeluarga ke bujang...harap2 diorg tak tingglkn bil tertunggk..lagi sakit hati kak..;(
lepas ni harap akak berhati2 nk bg sewa kepada penyewa lain..sekurg2nya jgn lupa 2 bulan deposit..bbmg kot diorg lari tgh mlm kak...

lupekanje said...

pengajaran kak...pengajaran.

ibundo said...

kts, kita kesiankan orang tapi orang tak kesiankan kita. malah orang ketawakan kita..

kakngah, sebab tak mahu kena cap kejam lah ni punya pasal...

ibundo said...

cklah, bila dah terkena kita cakap pada diri sendiri lain kali tak mahu lah jadi macam ni lagi. taknaklah pecayakan orang lagi.. tapi kadang2 terkena jugak. ni kes pisang berbuah banyak kalilah ni..

tie, pandang lantai, pandang toilet, pandang dapur, pandang dinding... alahai.. takpayah menyental pun dah penat. penat kepala otak. tu belum tengok kat depan yang siminnya penuh berminyak. adui...

miemiey, berkeluarga miemiey oi...tu yang bengkek je tu.
lepas ni anak buah yang nak sewa.

acik, pengajaran... tapi tak pandai-pandai gak. huhu..

Catwoman said...

Salam Kak Pah......

Learn from the lesson!!

Susah nak meneka hati manusia di s`kitar kita, Kak. Rambut sama hitam, hati b`lainan.

:)

Hati2 ye.....

Ena said...

betul tu kakpah..
ena pun pernah terkna lebih kurang macam tu..sangat bersangka baik sbb iyerla.. makan sepinggan tido sebantal.. sudahnay dia menikam sy dari belakang.. lepas tu dia bukan lagi teman baik.. uhuhu..

ibundo said...

catwoman, sekarang lagi susah nak teka sebab rambut dah macam2 kaler haha..

ena, yang tikam dari belakang ni lagilah syusyah... memang tak boleh dibuat kawan.

SHAFIDA said...

salam, k.pah, takutnya saya dengar..kamipun ada 1 rumah sewa...suami sewakan kpd org baru kawin....tapi belum ada anak lagi..risau ugaktu...
apa kita nak buta yer untuk elakkan mereka menjahanamkan rumah kitatu...perlika kita buat lawatan setiap 5 bulan sekali..kang dikata tuan rumah cerewet...taik idung masin....dan dll....risaulaaaa

NenetPenne (NP) said...

bukan padan muka kita tapi mereka tu jenis yang tak mengenang budi...

tapi yelah, kita pun jgn percaya orang tu baik 100% walaupun kawan baik..selalunya kawan baiklah yang suka buat hal...

secangkir madu merah said...

itulah dia kakpah....kawan baiklah katakan...

inilah namanya kawan makan kawan...

secangkir madu merah said...
This comment has been removed by the author.
DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Saya pernah duduk rmh sewa dan puas duduk kuaters di PD dan Bangi, tp kami menjaga rmh mereka seperti kami sayangkan rmh sendiri.

Setiap kali berpindah kami pastikan rumah yg akan ditinggalkan dibersihkan sebaik mungkin demi menjaga hak org dan maruah serta nama baik kami.

Hati dan pembawaan diri setiap org ni lain2 k.pah. Kami pun pernah menyewakan rmh sendiri waktu di PD maka faham sgt situasi begini. Sabor jer le jawabnya...

ibundo said...

shafida, bila kita sewakan rumah, resiko rumah kita tu tak dijaga dengan baik, memang ada. kita tak boleh nak buat spot check sebab rumah tu dah jadi hak dia dan kita tak boleh nak invade privacy dia. itulah gunanya wang deposit. wang tu boleh digunakan untuk membaiki apa-apa yang rosak bila dia keluar. sekarang ni ada yang ambil 3 bulan deposit..

nenek penne, kawan senang nak kenakan kawan sebab kita memang selalunya percaya pada kawan.

iina said...

Den raso kan kak.. muko faris gak yang padan hensem yo hehehehe...

ibundo said...

smm, betul cakap ko tu yati.

yati s, kau selalu tanya aku kan dah gi tengok rumah ke belum. aku ni manjang bizi. hari jumaat tu lah baru sempat nak pegi. terperanjat beruk aku ti. lantai mainhall berdaki dekat seinci agaknya. sampah dia bungkus dalam plastik hitam berbungkus2 kat luar pagar. dengan tilam buruk sekali. lori sampah mana nak kutip. dialah yang kena hangkut pergi buang. van dua tiga bijik tu guna apa.
takkan aku plak yang nak punggah kasi buang. hotak tak de ke.....

ibundo said...

iina, kau memang pandai nak nyojukkan hati den.

kanaye said...

Assalamualaikum..klu setakat pkai tudung labuh tp prangai buruk baik buang jew la tudung tu rumah yg kakpah cite tu sy tngok sndiri brsih jew dan smpah pown trsusun baik jew mmg la byk smpah kat dpn rumah tu tp xkn la lori smpah nk angkat sume smpah tu dye kena la angkat sikit2 klu tak cmne dye nk buang smpah pnduduk2 lain klu da pnuh dgn smpah rumah tu dan sy dgr trnsit yg kat no 5,jln 3/6J tu bknnya ade lesen kalau ade buktikn la..Sy nie bkn brpihak pd mane2 pown tp kakpah cermin la diri dulu bru mngata org lain..

Cik Azz said...

Sian Kak Pah... Kes yg sama jadi kat sepupu saya.. Dah la org tu tak byr sewa, tunggakan bil letrik dgn bil air je hampir mencecah 2 ribu ringgit... Belom lg masok dgn kerosakan kt rumah tu..

Sabar je la Kak Pah yaa... Apo nak dikato...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...