Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, July 18, 2010

Pagi Yang Hening

Menerusi cahaya pagi yang masih samar kelihatan seekor anak katak terlompat-lompat di atas rumput yang masih basah. Titis-titis embun bergayutan di hujung-hujung daun pokok terung yang sudah tua dan hampir mati. Sesekali embun itu menitis ke bawah dan bersatu dengan kelembapan rumput yang baru dua hari dimesen.

Siti sudah beberapa minit menghilang di biliknya sebaik menghidangkan nasi lemak yang dimasaknya sejak awal pagi. Mungkin melunaskan tugasnya kepada yang SATU. Semenjak Ros balik ke Jakarta dan balik tanpa kembali lagi ke sini, Siti lah yang memikul tugas. Aku yang menjadi pembantunya bukan dia yang membantu aku sebab kebanyakan tugas dilakukan olehnya.

Kedengaran mesen basuh berputar. Anak-anak aku masih ada yang sedang bersarapan di meja makan. Adik dan Man sudah kembali merebahkan badan mereka di bawah kain selimut di tempat tidur. Mungkin. Dan aku yang sedang berdiri di tepi sinki mencuci sisa-sisa sarapan di pinggan terus berpikir-pikir tentang apakah yang hendak aku masak untuk menjamu tekak dan perut tengahari ini.

Sampai sekarang aku masih belum menemui jawapan.


Hari-hari mesti tanya diri nak masak apa nak masak apa. Pening maa...


kakpah

24 comments:

kak long said...

kekadang tu,byk lauk dlm poti ais tuh...
tonung dulu...
nak masak apo yo...?

ado brg2 eh tp tak tau nak masak apo?
cam ni la jadi omak kan kakpah?
poning ...

anymz said...

goreng berlado ikan bilih dgn ubi kontang,goreng ayam berompah,masak lomak kobis atau tumis air sayur yo kakpah..hehe..ese cakp yo..tapi se pun tgh poning2 lalat memikir nih...muaahhhhaa

Ms.Lilies said...

paling best bila tanya org kat umah nk mkn apa semua pakat jwb..

"apa2 jela"

laie poning

kakcikseroja said...

Samalah kita.. hari-hari fikir nak masak apa. Lagi sedih, bila masak tak ada yang makan.. :(

a kl citizen said...

cuba masak... 'apa pun'.
memang best....


selalu itu yang dijawab , kalau tanya orang di rumah, nak masak apa arini

terbaru dari saya : persoalan berat yang perlu ditangani

Ena said...

ehehhe..
camtu la kan tugas ibu..
hari2 nak kena pk nak masak apa..
dulu masa ena dok ngan mak, mak akan tanya.. korang nak makan apa esok mak dah tak tau dah nak masak apa nie.. heheh.. dah adik beradik ramai semua mintak macam2.. sudahnya mak pilih anatara yg mintak tu senang nak buat dan ada stok.. hehehe

kak Erna said...

kak pah..kalau monung dan fikir2 mau sampai potang tak masak kak pah..tak yah menong2 kak pah..keluarkan yo apo yang ado tu masak..kok tak pun poi boli telur masin..buek gulai cili api...saya dah masak dah kak pah..ikan masin sepat goreng cili api..dan rendang itik..untuk lauk..sokali goreng sukun dengan bubur sukun..rebus pulak ketupat segera nak makan ngan rondang..dah kekonyangan...lawat blog..sonang e ati..hari minggu ni kak pah...

kakngah said...

dh pkl 1 lobeh ni..
dh msk lun??

tasekM said...

hari ni aku makan ikan parang masak pindang kak. bukan aku yg masak. mak mer yg masak. solehah, kan aku...? he he.



.

Ku Tak Sempurna said...

tu soalan wajib ibu den,

arini nak masak apa??

.
.

masak je la apa2 bu...

..
.


apa2 tu apa? nak masak apa arini?? pening ibu


.
.

err... tu yg den kurang gemar nak masak.. alasan yg kukuh.. hihihi

ashley said...

Wei..aku baru perasan gambar baru kat profile mu..
err makan?
..ko masak je lah aper aper..
bilis mentah pun sodap!

ckLah said...

Sedap betul susunan bahasa eksposisi cerpen kakPah ni.....


Sungguh!

iina said...

wah kak pasal nak masak apo pun leh buek entri yo hehehehe.. bagus kak sambil berangan basuh pinggan mangkuk leh dapek idea.. hehehe ;)

kakpah said...

kaklong, solalu duduk mencangkung dopan poti ais, kielebek sanun sini cari apo bondo yang ado untuk dimasak. bonci botullah nak mike mike..

kakpah said...

anymz, kadang kito masak ni ikut solero orang. kang kito masak ikut selero kito ado yang tak goma hehe.. ikut tokak kakpah ni, goreng porio katak hiris mo cili api banyak2 pun jadik.

lilies, akak selalu buek resepi apa-apa yo lah..

kakcik, huhuuuu yang tak berusik tu yang sedih tu. rumah kakpah ni hari hari kena ada sambal..

cikgu normah, bila dorang jawab apa-apa je lah, membantu kita jugak tu dalam erti kata lain. dibuatnya ndak yang bukan2, parah gak hehe..

kakpah said...

ena, mak tanya tu sebenarnya nakkan rough idea je haha.. sebab kalau mintak yang bukan2, baik makan kat kedai je haha..

erna, wuih.. sodap menu ko erna oi. teleleh air lior kakpah kojap..

kakngah, dah makan pun dah kul satu tu. lauk pucuk ubi masak cili api, sambal sadin goreng campur mo torung, budu campur tempoyak. sompek lak tu buek spageti meatballs.

kakpah said...

tm,aku setuju ngan ko dik oi..

kts, memang ko mempunyai alasan yang kukuh untuk tak memeningkan kepala kan?

ashley, bilis mentah tumbuk ngan cili api, taruk bawang kecil sikit, garam sikit, perahkan asam limau. makan ngan nasik panas. pergh...

cklah, er..er.. er.. hilang pulak kata-kata ni hahaha..

iina, takde idea tu satu idea gak kan?

Zaitun said...

Salam kakpah

Masa saya pergi Perak saya terjumpa umbut kelapa,saya ingat nak masak lemak putih.Jarang masak benda ni sebab susah dapat.

ejaMaria said...

mmm... slalu pikir menu nak masak... waktu tengah drive balik dari opis... hehehe

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Delema yang sentiasa dihadapi oleh para ibu yang memasak( yang tak memasak tak de masalah)

Sekarang ni, Kak Yan dah kurang pening memikir pasal memasak ni..sebabnya dah kurang memasak pada hari-hari bekerja. Kami tinggal berdua saja. Anak yang dua orang tu sibuk kerja dan makan ditempat kerja. Balik rumah tido saja.
So, lepas maghrib, buat air, cicah roti, tak pun makan capati, tak pun balik kerja terus cari makan kat kedai....haaaa...senang hidup!!!!
p/s: disampang jaga kesihatan...jimat jugak weh! :-)

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Lama tak singgah kat sini. Bukan lupa tapi jalannya dah hilang. Nak balik rumah sendiri pun tak boleh. Baru semalam internet ok.

kak pah kalau free singgahlah rumah kak ani yer, ambik award.

Ummi Humaira said...

salam kak pah...

ummi datang dah petang nih ...

akhirnya apa yg kak pah masak tengahari td...?????

kakpah said...

zaitun, dah lama tak makan umbut kelapa masak lemakk putih ni. sesekali makan, sedapp..

ejamaria, waktu2 jem ek hehe..

kakpah said...

yan, ala.. senang e kao yan. kakpah pun kalau malas masak, oder mcd ke kfc ke ataupun tapau lauk kat kedai..

kunang-kunang, sebok ye ani.. tenet pun kekadang buat hal tak dapat nak menjenguk2 gak. InsyaAllah.. kakpah pegi.

umi, dah petang? kakpah baca komen ni pun dah hari selasa dah... haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...