Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, July 1, 2010

Kelasku JannatunNaiim

Salam.





Kelas: Jannatun Naiim
Umur : lima tahun
Teacher: Ummu Latifah






Nama murid: Aqilah
Anak manja yang sering memberikan senyuman paling manis. Semasa mula masuk tadika Aqilah tidak pandai menulis, tidak mengenal huruf dan angka. Pegang pensel pun Aqilah tidak tahu. Tapi dia seorang anak yang cerdik dan rajin. Dia sentiasa mahu belajar.
Sekarang Aqilah sudah pandai menulis dan menyalin daripada whiteboard. Aqilah sudah mengenal kesemua huruf dan angka. Aqilah sudah pandai mengira dan membuat operasi campur. Aqilah sudah boleh membaca dua sukukata dengan lancar dan sekarang sedang membaca perkataan yang lebih susah. Masih membaca Peter n Jane buku 1.

Pencapaian dalam exam penggal 1: nombor 7




Nama murid: Nurun Syafiah.
Semasa masuk ke tadika Syafiah sudah mengenal banyak huruf dan angka 1-10 tetapi tidak berapa pandai menulis. Syafiah juga anak yang rajin dan cerdik. Di dalam kelas Syafiah banyak memberi tumpuan kepada guru yang mengajar. Hasilnya, syafiah sudah pandai membaca dua sukukata dengan baik sekali. Seperti juga Aqilah, syafiah sedang belajar membaca perkataan yang lebih susah. Dia juga boleh membuat operasi tambah dengan baik. Syafiah sekarang sedang membaca buku Peter n Jane book 2.

Pencapaian dalam exam penggal 1: nombor 3




Nama murid: Sofia Aina.
Rakan baik Syafiah dan mereka adalah berjiran. Sofia anak yang baik dan mendengar cakap. Dia sentiasa memberi tumpuan di dalam kelas. Semasa masuk ke tadika sofia sudah mengenal huruf dan angka tetapi belum pandai membaca. Sekarang sofia sudah boleh membaca dua sukukata dengan baik dan seperti rakan-rakannya di atas, sofia juga sedang belajar membaca perkataan yang lebih susah. Sofia juga sudah pandai membuat operasi tambah dengan baik.
Dia sedang membaca buku Peter n Jane book 2.

Pencapaian dalam exam penggal 1: nombor 2




Nama : Hajar
Anak yang sangat peramah dan banyak cakap. Cakapnya mengalahkan orang tua. Kalau ada yang tidak dapat membaca, dengan suara yang nyaring ala-ala makcik dia akan berkata : tu pun tak dapat baca ke!!!!
Dia memang suka marahkan orang terutamanya kalau sesiapa yang duduk semeja dengannya tidak membuat kerja yang diarahkan.
Semasa mula masuk dulu, Hajar memang tidak pandai menulis dan sampai sekarang pun dia malas menulis. Tulisan masih belum cantik dan ada huruf yang sering terbalik. Namun begitu Hajar adalah anak yang pandai. Bila diajar dengan mudah dia dapat mengikutnya.
Hajar sekarang boleh membaca dua sukukata dengan baik sekali dan sedang membaca perkataan yang susah. Alhamdulillah, senang mengajarnya. Dia juga sedang membaca Peter n Jane book 2. Hajar juga boleh membuat operasi tambah dengan baik sekali.
Buat kerja lambat dan selalu tidak siap.

Pencapaian dalam exam penggal 1: nombor 5




Nama murid: Farah Maisarah
Anak manis ini mudah tersenyum dan friendly. Farah sangat baik dalam hafalan. Sekiranya ada doa, zikir dan nasyid baru, dia akan menghafalnya dulu mengalahkan rakannya yang lain.
Semasa mula masuk, Farah sudah mengenal banyak huruf dan angka. Dan mengajarnya juga agak mudah. Cuma kadang-kadang dia terkeliru dengan bunyi a,e,i,o u. Apa-apa pun Farah boleh membaca dua sukukata walaupun kadang-kadang bunyinya tersasul ke bunyi lain. Tapi keseluruhannya, farah memang sudah boleh membaca dua sukukata dan sedang mempelajari perkataan yang lebih susah.
Farah boleh membuat operasi campur tetapi sering juga terkeliru dengan teknik mental arithmetic yang kami ajar dengan teknik yang emaknya ajar di rumah.
Dia masih membaca Peter n Jane book 1.

Pencapaian dalam exam penggal 1: nombor 6



Nama murid: Ainis
Seorang anak yang banyak cakap juga. Sepanjang penggal satu, Ainis sering tidak datang ke sekolah kerana anak manja ini tidak mahu ke sekolah. Dia kata dia tak mahu belajar. Kalau datang pun, dia hanya akan duduk sebab dia kata 'emak saya cakap tak payah belajar'.
Pelajarannya masih lemah. Belum mengenal seluruh huruf dan angka. Belum boleh membaca dan mengira juga.
Sekarang ini ainis sudah mula menunjukkan minat untuk belajar. Dia sudah mahu menulis dan membuat kerja yang diberikan. Tulisan sudah agak baik. Cuma ummunya kena pulun sebelum tahun berakhir.

Pencapaian dalam exam penggal 1: nombor 10




Nama murid: Damia
Anak yang manja dan sering tidak datang ke sekolah. Datangnya dihantar nenek dan bila dia menangis, neneknya akan membawanya pulang dan tidak akan datang berhari-hari selepas itu. Sebelum ini dia di dalam kelas Jannatul Ma'wa tetapi dipindahkan ke kelas J.Naiim atas permintaan neneknya. Pelajarannya banyak tertinggal.
Kebelakangan ini Damia sudah menunjukkan minat untuk belajar. Tulisannya cantik dan teratur tetapi belum boleh membaca dan mengira.
Yang ini pun ummunya kena pulun juga sebelum tahun berakhir.

Pencapaian dalam exam penggal 1: nombor 9



Nama murid: Intan Maisarah
Intan sebenarnya baru berumur empat tahun. Dia mendaftar masuk pada bulan mac dan kelas empat tahun pada ketika itu sudah penuh. Emaknya berkeras mahu dia dimasukkan ke tadika juga dan aku letak dia di dalam kelas 5 tahun, kelas aku.
Intan seorang yang agak pendiam tetapi mudah memberi senyuman. Sebagai anak yang berumur 4 tahun intan menunjukkan prestasi sebagai anak bijak. Dia sudah boleh menguasai huruf dan angka dengan baik. Tulisan juga baik dan boleh menyalin tulisan yang ditulis di whiteboard. Namun dari segi bacaan dan maths, intan perlukan banyak bimbingan lagi. Err.. ummunya kena pulun jugak ni.



Nama murid: Mohd Syahmi Haikal
Haikal is the hero of the class. Dia memang sentiasa menjadi sebutan ummu dan kawan-kawannya.
Haikal, buat kerja tu.. jangan bercakap potpet potpet
Haikal, letak permainan tu dalam beg. Besok jangan bawak.
Haikal, kenapa conteng buku Sofea. Tak baik Haikal buat macam tu. Haikal suka tak kalau kawan conteng buku Haikal.
Haikal, bla..bla..bla..
Ummu, Haikal ambil pensel saya
Ummu, Haikal baling pemadam saya
Ummu, tengok Haikal ni...
Ummu, bla..bla..bla..
Konsentrasi kurang dan bila ummu mengajar dia lebih banyak buat hal sendiri dan tidak memberi perhatian. Walau bagaimana pun, Haikal boleh menghafal dengan baik. Thumbs up. Beri apa saja, surah, doa, zikir, nasyid, sekejap saja dia akan menghafalnya. Dan dia menghafal a sampai z, begitu juga angka 1-10. Kalau di tunjuk secara rawak, dia akan mengulangnya dari pangkal dan bila sampai ke huruf atau angka yang ditunjuk, baru dia dapat menyebutnya. Oleh itu, bacaan masih sukar dan lemah. Begitu juga dengan maths. Namun tulisannya cantik, antara yang tercantik dan kemas di kelas.
Harap-harap sebelum tahun berakhir Haikal dapat membaca sekurang-kurangnya dua suku kata.

Pencapaian dalam exam penggal 1: nombor 8




Nama murid: Tariq
Anak kecil comel ini adalah peminat setia blog ummunya (hehe..). Dia paling suka kalau ada gambarnya terpampang dalam blog.
Semasa mula masuk tadika, Tariq telah banyak mengenal huruf dan angka. Cuma dia tidak pandai memegang pensel dan menulis. Tapi Tariq seorang yang rajin belajar. Dia sudah pandai menulis walaupun tulisannya belum cantik.
Tariq anak cerdik dan sudah boleh membaca dua sukukata dengan baik. Buat masa ini dia tengah belajar membaca perkataan yang lebih susah. Tariq juga boleh membuat operasi tambah. Masih membaca Peter n Jane buku 1.
Tariq sering disuruh membuat kerja di meja ummu kerana kalau dibiarkan di mejanya, kerjanya selalu tidak siap. Ini disebabkan dia suka berbual dengan kawan semeja dan menulis juga lambat.

Pencapaian dalam exam penggal 1: nombor 1




Nama murid: Mohd Haziq Fikri
Anak montel ini anak yang baik. Dia juga seorang yang pandai dan cerdik. Haziq boleh membaca dua sukukata dan sedang belajar membaca perkataan yang lebih susah. Haziq juga boleh menghafal dan membuat operasi campur dengan baik. Dia sedang membaca buku Peter n Jane book 2.
Semasa ummu sedang mengajar, dia akan memberi tumpuan. Dia juga suka bertanya perkara yang dia tidak tahu atau faham. Tapi seperti Tariq kerjanya lambat siap sebab banyak berbual. Tambahan pula mereka berdua ini duduk semeja dengan Haikal.

Pencapaian dalam exam penggal 1: nombor 3




Nama: Muhammad Faris Hafizin.
Umur baru satu tahun dua bulan. Baru masuk tadika dua minggu. Belum pandai bercakap. Belum pandai menulis. Belum kenal huruf dan angka. Tapi sudah tahu parts of the body. Bila sebut, dia akan tunjuk.

Masih pakai pampers. Kalau menangis kena sumbat mulut dengan susu atau puting.
Yang ini nendanya kena pulun jugak HAHAHAHA....


kakpah

18 comments:

julietchun said...

alahai,comel2 wajah anak2 tu. tapi pelajar yg last sekalik tu memang ummu kena pulun abis,:P

Tijah said...

murid last tu tak aciii taw. sbb dia dapat kelas ada ekon (opis uwan)

ibundo said...

juliet, adui... bengkok tulang belulang aku nak pulun ni.

tijah, haha.. ekau tak masuk dalam kelas. Sumo ado ekon la..

kak long said...

kalong pun nk anta anak2 kaklong kek sekolah kakpah la..
ado diskaun tak?

hek hek hek..!

Dr Singa said...

kita suka Hajar...
sebab dia garang...
:)

secangkir madu merah said...

kita suka haikal sebab dia nakal...tengok muka dia yg brutal itu...takot...


alalalala anak yg last tuh...comelnya..

Ms.Lilies said...

yg paling last tu yg paling mencabar ekekeke

ckLah @xiiinam said...

Seorang ibu guru yang prihatin, pengasih dan penyayang.....




Syabas Ummi Tipah!

Acik Erna said...
This comment has been removed by the author.
Acik Erna said...

kak pah..alahai..comeinya murid yang last tu..
murid comei ni..mesti banyak tanya ni..tu sebab..cik gu dia sumbat mulut ngan puting.nak bagi diam..he he..

Catwoman said...

Salam Kak Pah.....

Comelnye anak2 ni....dan juga bijak.

Semoga semua anak ni m`jadi insan2 b`guna di kemudian hari bila besar kelak.

Murid yg last sekali tu....siap b`puting ye. B`untung dia punya nenda yg ada tadika & nursery. Hari2 dgr cikgu2 ngajar, cepat pandai nanti, Insya Allah.

:)

KTS said...

boleh buat online report card pasni kakpah

.
.



;D

ibundo said...

kalong, haha no problemo

dr singa, garang macam singa hehe

ibundo said...

smm,senyap kalau dia tak ada

lilies, tau tak per

cklah, tenkiu..tenkiu..(sambil bongkok2 nih)

ibundo said...

erna, haha tak kasi kacau orang..

catwoman, target nak bagi dia baca sebelum 3 tahun.

kts, ni pun ada parents yang baca ni

Guru said...

mesti anak-anak ini suka melihat gambar masing2 dalam blog kak pah... budak2 memang semua cute kan kak pah

terutama yang masih tak tahu bercakap dan masih memakai pampers tu

Anonymous said...

suka laa entry kali ni..come2..teringat zaman bebudak masa jadik budak tadika dulu..haha

Ain said...

suka dengan n3 kak pah nie....

baca tentang haikal tue, teringat kat anak saya danish....

cikgu selalu komplen dia kurang bagi tumpuan dalam kelas dan banyak main....

lebih kurang macam perangai haikal jugak....

hopefully mereka semua cemerlang dunia akhirat....

aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...