Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, July 31, 2010

macam-macam

Salam.

Macam-macam yang dirancang untuk Sabtu ini. Oleh kerana banyak sangat rancangan, pertemuan dengan bloger terkenal dan termasyhur ini terpaksa ditunda ke lain hari. Mintak maap banyak-banyak sebab terpaksa mungkir janji.

Dah lama tidak melawat ibu mertuaku. Paling akhir bertemu dengannya ialah apabila ibu mertuaku melawatku hehe.. lebih kurang tiga minggu yang lepas. Bila husband ajak pergi menjenguknya aku kenalah ikut. Dalam perjalanan sempat singgah mengisi perut yang lapar di seksyen 9 dan menapau dua bungkus mee kari untuk dibawa ke BTR. Takkan pergi dengan tangan kosong.

Nampaknya ibu mertua sehat-sehat saja dan semasa sampai di rumah adik, diorang ni baru balik dari berjoging. MIL aku sedang duduk berlunjur sambil memicit-micit kaki. Ye lah.. eksesais tetap perlu tak kira umur berapa pun. Dia cakap dia kena hayak berjalan tak sop stop. Bila on the way balik je nyetop kat kedai makan roti canai dan minum teh tarik.

Lebih kurang pukul dua belas aku dan husband beredar kerana ada kenduri kahwin di shah alam. Bekas classmate aku zailand mengahwinkan anak perempuannya. Dah berbelas tahun juga aku tak berjumpa dengannya. Dia pun nampak dah macam mak datin. Tapi biasalah bila jadi tuan rumah, tak dapat nak melayan kita lama-lama. Bercakap sekejap, bersalam, berpeluk lepas tu dia halau aku masuk ke dalam dewan.

Faiz, zailand dan makcik bloger

Dalam dewan ada tiga orang lagi member ketat aku sedang makan. Dah lama betul tak berjumpa dengan diorang. Bila berjumpa sekejap, macam tak puas. Maka banyaklah memori lama yang menari-nari dalam kepala.



ex-classmates masa kat tun fatimah dari form four sampai upper six. Dua orang dah jadi nenek. Dua orang lagi anak belum ada yang kawin. Kalau nak tau dengan diorang nilah aku meronda sampai singapura setiap kali dapat meloloskan diri dari kandang haha...
(Dah tua-tua dah kita kan. Dah lebih setengah abad.)

Walaupun sekejap, dapat jugalah melepas rindu. Duduk majlis orang tak boleh lama-lama sebab orang lain pun nak duduk makan juga. Lagipun suami masing-masing dah macam resah gelisah aje ala-ala bagi signal cepatlah balik cepatlah balik. Akhirnya kami berpisah jua buat kesekian kalinya.

Setelah menyelesaikan solat zohor di masjid shah alam, kami menuju ke sogo pula. Kami tidaklah pula menyangka yang kuala lumpur dibanjiri kenderaan dan manusia pada petang tadi. Tapi oleh sebab dah sampai, kami terpaksa redah jugaklah. Nasib baik aku dapat apa yang aku cari.

Sampai di rumah hari dah pukul enam lebih. Kereta kirin tak ada di garaj. Rumah juga senyap tak ada suara faris. Siti kata mereka ke alamanda. Tidak lama selepas aku balik, diorang pula balik.

Kaklong kata masa kat alamanda dia ternampak seseorang macam tijah. Betul ke jah kau kek alamanda potang tadi....

Sekian cerita merapu aku kali ni.

kakpah

15 comments:

Acik Erna said...

kak pah..seronokkan..jumpa kawan sekolah..saya pun kalau kawan sekolah jemput kenduri kawin anak ..jarang saya tak pergi..itulah masanya nak berjumpa kawan2 sekolah..

Unknown said...

salam kak pah...

kak pah nk tanya ,makcik blogger tu sapa dia haaa , rasa2 macam nk kenal gak , he he he.

syoknya dpt jumpa kawan lama , dlm dok rajin merayau2 ni , ummi lum lg dpt jumpa geng zaman muda2 dulu , alahai mana nk cari mereka..

Zaitun said...

Kakpah... kat sogo banyak barang sale tak?Itu ari pergi Kl tapi tak singgah jem teruk.

iina said...

wah kak poei meronde kek singapore hehehe.. musti ado cito sensasi nieh hehehehe..

iina said...

wah kak poei meronde kek singapore hehehe.. musti ado cito sensasi nieh hehehehe..

Ena said...

penh xtvt ye kakpah.. best tu.. sy dok umah jekkk.. huhu

Tijah said...

hehehe. iyo kakpah. sey mo tiny kek alamanda tadi. ekceli pagi sey pi pantai kojap sbb dr azam ado bondo yg dio lupo isik. lopeh tu poie serdang nak makan cikencop tapi kodai tu tutup la plak. sudah eh melansit mo tiny kek alamanda. nek moyangkan ramai org. nasib baik dio tak bawak pentol skali. kok tak buleh tumpang masak kek johnny's tu.

Catwoman said...

Salam pagi Kak Pah....

Wahhh, best nyer dpt b`temu kembali rakan2 lama. Byk memori manis,kan.

:)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam kak pah...
seronok jumpa kawan2,kan.
paling tak tahan perkataan makcik blogger tu....hehehe :D

Ms.Lilies said...

sogo kak?
lamanya x gi sana...rimas org ramai sangat pun ye jugak

al-lavendari said...

salam kenal.

terima kasih kerana singgah kat blog saya dan tinggalkan komen. saya harap saya masuk ke blog yang betul dari 3 blog awak.

dalam gambar kedua, wanita paling kiri, nampak familiar sangat muka dia. tak tahu jumpa kat mana ?

lupekanje said...

woouhh...nk gathering ngan blogger...apo tk hajak acik...hehhe..
*stetment palesu.

Acik tawu...kak pah ni mesti antara budak2 nakal kat stf tuh kan...heheh..

Sobab tu mati kutu klu nak marah anak..sobab anak tahu sejarah silam kak pah...wakakkaka..

ibundo said...

salam.
kepada semua di atas, thanks for dropping by.

kella said...

salam kenal.. salam singgah.. :)

Kaktiny said...

mmg tak syak lagi.. bukan seseorang mcm TIJAH.. MMG TIJAH kak oii...

hahaha... kekalau anak2 akak nampak si tijah tu.. makanya diaorang nampak ler jugak tiny ni hah.. kehkehkeh...

kami bertenet di jonis gara2 spital serdang sudah tidak menawarkan menu yg kami carik!!.. (cari 'menu' di spital?? apa kes eh??... kahkahkah...)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...