Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, July 5, 2010

Bagai menunggu buah tak jatuh

Salam.


Petang tadi pukul tiga kakngah punya appoinmen. Pukul dua setengah aku dah suruh kakngah siap-siap dan pukul dua lima puluh aku dengan kakngah dah tercangok depan pintu Klinik Wanita AnNur. Biar cepat jangan lambat. Tapi pintu klinik belum bukak. Dekat dekat pukul tiga baru aku nampak kelibat pembantu doktor di dalam. Dan manusia yang di luar makin merapat kepada pintu besar. Mmmm alahai, sampai tua pun nak berebut-rebut. Macamana lah anak-anak tak ikut perangai tu.

Kakngah hulurkan kad selepas empat orang di depannya jalan dulu. Pembantu dr bertanya dan kakngah menunjukkan telinganya dan memberi isyarat tak boleh bertutur. Paham pula perempuan tu.

Aku dan kakngah duduk. Aku congak-congak dalam kepala: kalau nombor lima dan doktor ada dua orang, ah.. tak lama siap lah. Bolehlah aku singgah di Yummy beli bahan untuk buat cupcakes kamis ni.

Setengah jam tunggu.

Mata aku bukan setakat terkebil-kebil tapi dah tak boleh buka sebab mengantuk. Untuk melawan rasa mengantuk aku mendongak ke arah tv yang di letakkan tersangatlah tinggi. Aku pun tidak berapa faham kenapalah tv digantung dekat dengan siling. Untuk tidak berasa sakit tengkuk, aku melorotkan badan sedikit ke bawah dan membiarkan tengkuk landing selesa di belakang kerusi. Entah bila aku hilang dari dunia nyata, akupun tidak sedar.

Aku terkejut bila mendengar ada nama dipanggil. Aku lantas duduk tegak dan mata mencari mana kakngah. Hilang. Dah kena panggil ke? Takkanlah pula. Dia mesti tak boleh dengar. Kemudian aku nampak kakngah keluar dari bilik air.

Satu jam berlalu.

Orang makin ramai. Hati aku mula bersungut. Ni sistem apa yang dorang pakai. Tulis dekat kad pukul 3. Pukul 4 pun belum masuk. Seingat-ingat aku, sepanjang aku mengandung dulu tak pernah aku menunggu macam ni. Lebih-lebih terlajak sepuluh, lima belas minit saja. Ni mesti dorang tak bajet patient ni. Selagi ada, disumbatnya dalam satu hari.

Pukul 4.45 baru nama kakngah dipanggil. Aku rasa muka aku pun dah macam cuka.


Dr kata;
minum air banyak
ikut kiraan sekarang dah 13 minggu
baby sihat
baby normal
harini ambil darah
datang lagi dalam tempoh sebulan

Belum tahu lagi kakngah sempat ke sini lagi untuk next appoinment. Mungkin dah balik Kedah kerana alahannya pun nampaknya dah beransur pulih.


(Semasa aku melihat degup jantung baby kakngah semasa di scan, marah aku kerana menunggu terlalu lama terus hilang)

kakpah

16 comments:

Deliah's Deli said...

salam kak pah..hurm, klu gyne tu fav ibu2 mengandung mmg laaaama la mnunggu :)

Izan Ishak said...

salam kakpah...
menunggu ni mmg satu penyeksaan kan.

kakngah said...

sojuk hati uwan......





kem salam kek kakngah yo...

Ms.Lilies said...

tunggu lama2 ni paling nyampah...lagi2 kalo jmpanya xsampai 5 minit....adessss

Acik Erna said...

kak pah..tu..kak pah menoman tu..kalau saya yang pi klinik..dek lamo menunggu..elok2 darah normal..terus naik jadi darah tinggi..

KTS said...

penantian suatu penyiksaan

.
.


bukan janji jepun mmg tersiksa jiwa raga la jawabnya, kakpah :D




pssstt.. buat kapkek lebih sikit eh.. :D

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam hajah,
Semasa hajah 'landing; kat kerusi sandar tu, tak ada orang ambik gambau ke?

iina said...

Den nak senyum yo kak.. senyumkan sedekah hehehe ;)

ASH said...

Klinik kerajaan ngan swasta dah tak banyak beza..MENUNGGU nye sama juga BERJAM JAM..
patut klinik swasta buat ikut nombor jer..appointment tak ikut pun..sebab doktor tu adakalanya terpaksa attend orang bersalin kat atas.

Kakcik Seroja said...

Semoga kakngah dan janinnya sentiasa sihat dan selamat. :)

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Penantian (err..penungguan?)satu penyeksaan.

Kak Yan orang Gomen, jadi, jarang sangat pergi kelinik swasta ni. Sekarang ni hospital/kelinik Gomen dah banyak improve. Hospital Putrajaya ok sangat...tak kisahlah menunggu pun..tak payah bayar, so, kena sabar le.Bagi orang awam kena bayar RM5 saja.Yang tak melepaskan peluang keemasan adalah warga ca ya nun aliff...sekali dapat rawatan ubatnya berplastik...kalau ke swasta mau sampai ratus-ratus kosnya.

p/s: semoga Kak Ngah & baby sihat walafiat.

ibundo said...

deliah, yang tak mengandung rasa macam nak terbesalin sebab lamanya menunggu.

izan eee.. tak sukanya nunggu..

ibundo said...

kakngah, iyo.. copek yo suhu turun.

lilies, haha ko lobeh berpengalaman kan?

erna, kalau kpah, kpah dah blah dah..

kts, memang taak suker... nak kapkek meh sini

ibundo said...

kaknora, harap2 takde la orang amek gambau posting kat blog

iina, sodokahlah bebanyak.

ashley, ghopenya semua orang diletaknya pukul 3. hampeh tul.

ibundo said...

kakchik, harap2 gitulah

hospital gomen dah banyak yang diupgrade kan? tpi orang masih nak ke swasta sebab nak cepat. Rupa2nya.. dah serupa gomen gak.

indahhouse said...

Salam kak pah,
Tahniah buat kak ngah ya.. Bakal bertambah cucu kak pah nanti :)
Betul tu, kalu klinik yg more to kanak2 dan gynae, memang ramai sangat orang. Tunggu sejam, berbual 5 min jer. kalu demam2, saya gi klinik biasa jer. jumpa doc lelaki pun takpe, sbb my hubby teman. (guna buku klinik company, sbb tu dia teman :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...