Lima hari juga tak menulis entry baru. Embun berganti embun. Hujan, panas, redup silih berganti. Siang berganti malam. Malam berganti siang. Jantung terus berdegup dan kepenatan yang melanda sudah hampir hilang. Tidak sama tenaga sepuluh, dua puluh tahun dahulu dengan apa yang dipunyai sekarang. Tapi alhamdulillah, masih ceria seperti selalu.
Hari Sabtu 10 Julai adalah hari majlis perkahwinan anak buah aku Abdul Hadi bersama pasangannya Ida. Majlis ini berlangsung di rumah aku dan seperti yang ada aku sebut sebelum ini aku tidak menjemput kawan-kawan bloggers. Maaf. Majlis kami kecil-kecilan sahaja tetapi tetap meriah.
Perkahwinan. Satu ikatan yang kita harap akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kepada Hadi dan Ida, maklong ucapkan selamat menempuh alam berumah-tangga. Bukan mudah. Belajarlah memberi dan menerima. Semuga bahagia berkekalan.
kakpah
Hari Sabtu 10 Julai adalah hari majlis perkahwinan anak buah aku Abdul Hadi bersama pasangannya Ida. Majlis ini berlangsung di rumah aku dan seperti yang ada aku sebut sebelum ini aku tidak menjemput kawan-kawan bloggers. Maaf. Majlis kami kecil-kecilan sahaja tetapi tetap meriah.
Telur pindang tetap ada. Rasanya gerenti ummphhh..
Dua meja di letak di taman.
Seperti perkahwinan dalam taman pula.
Dua meja di letak di taman.
Seperti perkahwinan dalam taman pula.
Pengantin bersama keluarganya, ibu, ayah, dan adik beradik.
Perkahwinan. Satu ikatan yang kita harap akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kepada Hadi dan Ida, maklong ucapkan selamat menempuh alam berumah-tangga. Bukan mudah. Belajarlah memberi dan menerima. Semuga bahagia berkekalan.
kakpah
27 comments:
sihat dah kakngahnya ye...
xlama lagi bertambah suara kekanak dlm umah tu :D
Salam Kak Pah,
Patut le ptg Jemaat tu macam ada tenda-tenda kat kawasan rumah Kak Pah tu.
Hari Ahad 11hb. tu, rasanya Kak Yan dah hampir sangat nak terserempak dengan Kak Pah, sayangnya Kak Pah tak turun dari kereta, yang turun hanya Tuan Haji....sambil jalan Kak Yan pandang2 belakang kot-kot Kak Pah turut serta...Kak Yan pergi makan kenduri rumah kawan kat jalan 6F tu.....:-)
(errr...ke Kak Yan silap orang...?rasanya betul lah...sebab, wajah Tuan Haji Kak Yan perasan...:-)
walau pun kecil , tapi letihnya tetap sama
klu ikut warna tema, org tak berapa nak perasan kita.. sama je kan kakpah kan..
;D
tingat pulak ns briyani walimah kakngah hrtu
sodap ya amek...
lilies, bertambah suara kekanak. bertambah geng nak mnyepah dan mengemas rumah. aduyai...
yan, ahad tu berkejaran ke kl kerana ada urusan. suami je yang turun. err.. memang kakpah dalam kereta tu.
pb, betul tu pb. Tapi kali ni kakpah jadi orang dalam rumah je haha..
kts, ha'ah.. raya ni ko guna tema apa ek.
kakngah, kenduri kali ni pun keterer yang sama. sodappp..
salam kak pah ...
tadi dah nk merajuk ler ...
seb baik bilang awai2 tak panggil kami , he he he
semoga pengantin bahagia hingga ke akhir hayat
ummi, ummi kalau nak datang tak payah nunggu kenduri. senang2 datanglah..
baik maklong...
eh... macam aku plak yg kawen.
tihihihi...
.
mano nak dapek mak long cm nih...
ank buah kahwin pun buek kek umah dio...
beruntung tol...
Selamat pengantin baru buat anak buah kakpah semoga kekal selamanya.
kak pah selamat pengantin baru..buat anak buah kak pah..telur pindang tu yang tak tahan tu..sodap kemain tu..kena pi boli ni...
sweet je majlis tu nampaknya
semoga bahagia dunia akhirat semuanya
terbaru dari saya : makan pil
meleleh air liur den nengok nasik beriani dan lauk nya bagai....
Kenduri rumah saya nanti jangan tak datang pulak ya....tunggu..
Sodap lauk pengantin tu... Selamat Pengantin Baru semoga dimurahkan rezeki ke anak cucu....
Tak jemput pun tak apa....dapat menjamu mata dengan lauk-lauk tu kat sini pun kenyang. He..he...
Mana nak cari maklong yg baik hati macam ni? Kalaulah saya ada maklong mcm ni hahaha
apo YB ni...
samo yo komen eh ngn kaklong...
cetak rompak tul...
dah ada pengalaman tu, len kali boleh jemput ek :)
kan dah tak dapat bergambor dengan perantin!!!
lain kali...ikut tema!!!
selamat pengantin baru buat mempelai...syukur alhamdulillah punya maklong yg baik hati semoga rezeki maklong melimpah ruah...
nasi beryani itu sungguh sedap nampaknya...
kakpah,
naper bahagia sampai anak cucu cicit jekk? adeihhh!!
pagi waktu nak ke kedai ingat laaa...
Bila tengahari dan dah makan makan kat rumah habis lupo..
Petang keluar lalu jam 6 tengok orang dah susun meja..
heheheheeee..
Selamat berbahagia kepada dua mempelai!
tm, alahai.. kita tukang sedia tempat je.
kaklong, samo cam komen kek tm. kenduri mak ayah e yang tanggung. kito sodio tompek yo..
zaitun, muga bahagia kekal abadi
erna, tolo pindang tu bireh yang buek. tigo hari tigo malam morobuih e. sodap kemain.
cikgu normah, insyaAllah.. masin mulut tu.
ezza, jangan lupa ajak hehe..
mamawana, alhamdulillah sodap.
cklah, hahaha burpp...
yb, errkk.. (tutup muka ngan tapak tangan)
kaklong, gasak ko lah kaklong bocokak ngan yb.
maksu, anak kakpah ado onam lagi bolum solosai.. nanti jomput..
dr singa, itulah... akak nak masuk menempel kena syohh jauh jauh sebab tema telajak tempat lain..
smm, masin mulut ko yati..
ena, sebab kita ni kadang-kadang lum sampai cicit lagi dah padam hehe..
ashley, tu lah kau. orang ajak makan free kau lupa-lupakan pulak..
Post a Comment