Salam.
Satu hari aku melihat Faris mengambil remote astro dan menghalakannya ke tv. Bila tiada gambar yang keluar, dia mengetuk-ngetuk remote ke atas tapak tangannya yang sebelah lagi. Dihalakannya ke tv semula. Bila tiada juga gambar yang keluar dia mengetuk-ngetuk remote itu di atas lantai. Aku menegurnya.
Aku bertanya pada emaknya akan perihal itu. Emaknya mengatakan remote astro di rumahnya buat hal. Kadang-kadang elok dan kadang-kadang tak elok. Apabila tiba angin remote tu tak elok, maka diketuk-ketuklah akan dia. Adakalanya di ketuk di tapak tangan. Ada kalanya diketuk di atas lantai. Tanpa disedari sikecil yang melihat telah merakam apa yang dilihatnya itu di dalam otak.
Siapa yang memulakan teori ketuk mengetuk ini tidaklah aku ketahui. Tetapi ia telah berlaku sejak aku kecil lagi. Aku melihat abah mengetuk-ngetuk radio sekiranya suara di corong radio keluar di antara hendak tidak hendak. Aku melihat abang aku mengetuk-ngetuk jam tangannya di atas meja apabila jarum jam tidak bergerak. Aku juga melihat ,dan pernah juga melakukanya, mengetuk tv dengan tapak tangan apabila gambar tidak terang.
Anehnya, alat yang rosak itu baik dan pulih seketika apabila dia diperlakukan sedemikian.
Beberapa bulan kebelakangan ini vitara aku sering keluar masuk workshop. Pada suatu hari ia tidak boleh dihidupkan. Suami memanggil pomen ke rumah. Sesuatu yang aku anggap kelakar tahap antarabangsa berlaku. Pomen itu berjalan ke tepi vitara dan melempang body kereta itu betul-betul di tangki petrol. Dia masuk ke dalam kereta dan cuba menghidupkannya. Taraaa!!!..
Enjin kereta mengaum.
Pada aku perbuatan mengetuk, melempang, menyepak benda-benda atau alat yang rosak adalah lebih menjahanamkan daripada memulihkannya.
Ooooopss... kenapa agaknya ya, apabila kita tersilap perkiraan atau terlupa kita selalu melempang dahi kita?
p/s Semalam aku baru beli remote astro. Yang ada ni dah terbarai dihempas dek Faris.
kakpah
20 comments:
ketuk2 tu dah mcm ubat lak kan
:)
kat umah tu , dah berpuluh remote astro ...
pasni klu kete meragam, bolela cuba ketuk tangki petrol kete...
agak2 klu takde minyak, kete mau jalan tak klu ketuk tangki dia??
hahaha
sebut pasal KETUK.. teringat pepatah lama.. pahat ngan penukul.. sekali KETUK sekali jalan..
sebut pasal LEMPANG.. gamaknya dh kena lempang baru nk sedar kot eh.. bak kata pepatah.. bila terhantuk baru terngadah.. hahah..
tapi.. bila bab barang2 diketuk dilempang.. tu tandanya, tak lama lagi kena buang ler tuh.. BELI BARU!!.. kahkahkah...
Salam Kak Pah,
Dulu pernah juga TV kat rumah tu gambarnya bergerak terus tak berhenti2, dilempang sekali. Terus gambar tu statik.
Mungkin barang yang longgar dalam badan TV tu terlekat bila dilempang.
kak pah..sama lah dirumah ni..dari dulu..belum ada anak..sampai anak2 dah besar..tak berfungsi aje..mesti nak ketuk.nak lempang..
yang terbarai macam faris buat tu.dah lebih dari 5 dah..
tak pe faris..boleh ketuk lagi..nanti wan beli remote lagi..
Salam hajah,
Manusia pun macam tu, hajah, kena ketuk baru, baru 'berjalan', baru sedar. Tapi jangan lupa ketuk-ketuk ramadhan, okey.
Mula2 den ingatkan lemang tadi (dah terbyg2 dah tadi nie huhuhu) rupo ehh lempang... jauh den nyimpang tadi..
Yolah kak.. kekonon ketuk tuh cam ado magik leh bg betul.. oklah kak lopeh nie kito jgn ketuk atau lempang dah.. kito cubit xpun raba2 dan usap2 hehehehe agak2 berkesan tak??
ketuk lempang barai hempas, hahaha
dulu kat skolah slalu kena ketuk ketampi... huhuhu... iye aku budak nakal... :)
lilies, haha..ubat ketuk
pb, kena buat remote astro yang canggih dan kukuh.
kts, jangan terbarai atau terburai terus dah le.
kalau takde minyak, sapu dengan minyak angin. untung2 mujarab.
tiny, aku selalu cakap dgan anak2 macam tu.. nak ketuk baru bergerak.
kita ni kalau selalu sangat berangan sampai tak jejak kaki di alam nyata, memang patut kena lempang haha..
err.. ,kalau yang kecik2 ni memang patut kena buang tapi kalau yang besar macam vitara aku tu.. huuuuu.. sayang le..
kunang-kunang, salam..agaknya tv tu terperanjat kena lempang haha
erna, tu lah... tangan tu gatal je nak mengetuk. yang terbarai pun banyak..
kalau kecik boleh beli selalu tapi kalau tv... sekarang punya tv harga pun mak datuk..
kak nora, dalam bulan ramadhan ni macam2 nak diketuk... lesung batu, periuk kuali, anak2 pun nak kena ketuk bangun sahur...
ina, kau ni takdo ingat lain kan? makan yo.. sekarang ni dah ado lomang segera. kek sanun takdo ko.
kau cakap usap2 tu akak teringat plak kat teko aladin..
maksu, whaaa.. kejap kejap kena beli lain..
ejamaria, ketuk ketampi tu satu kesesais...
sibbaik akak tak 'mengetuk, melempang, menyepak' fares ghitewww.. uhuhu
err....boleh dipraktikkan kat patient kat klinik tak...????
Salam Kak Pah.....
Alahaiiiiii, hihihihi....kelakar betul Akak nihhh.
Sy pun buat ghuper itu la bila remote ASTRO atau remote air-cond buat hal....t`bantut2 gitu.
Tapi OK kan lepas d`ketuk2, d`hempap2. Mujarab pulak tu....
Hihihihihi........
enme, haha kelakau la ko..
dr. singa, boleh. tapi jangan salahkan akak bila patient makin berkurangan
catwoman, salam. kata bercuti. dah bersiatan balik ke...
hehe.. yang ko lempang tu jangan terburai dah lah ek.
pernah dengar citer, orang sakit gigi di kampung saya, jumpa tabib Cina, tabib akan ketuk paku pada papan, orang sakit gigi akan hilang sakitnya
terbaru dari saya : tidak pandai berniaga
cikgu normah, wah... ini lagi terer..
Post a Comment