Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, September 4, 2010

KETUPAT vs NASI IMPIT

Di warta ada jual ketupat yang dah siap masak. Siap dengan rendang sekali. Tapi bila aku tujal ketupat tu, keras yang amat. Kalau campak ke dinding, dinding pun boleh berlubang. Suami aku kata dalam dunia ni cuma ada dua orang saja yang pandai isi ketupat. Satu, emak dia. Dulu lah. Sekarang ni emak dia pun kadang-kadang buat ketupat dah tak berapa nak jadi. Dua, aku. Wakakaka..




Dah dekat nak raya ni, otak dah mula merawang-rawang mikir apa nak masak pada hari mantai. Ketupat memang dah menjadi satu yang wajib. Sejak aku jadi setengah melaka ni je baru aku pandai buat ketupat. Baru-baru pun dah berpuluh tahun gak. Dulu masa zaman aku belum kawin daun ketupat pun aku tak pandang. Leceh lah menganyam-nganyam. Lepas tu kena isi beras pulak lagi. Dah isi beras, nak kena rebus pulak. Leceh. Dulu la..

Dan dulu, nasi empet yang dah readymade pun tak ada. Mak aku kalau nak makan nasi empet masa raya, dia akan buat nasi lembik. Lepas tu nasi tu dimasukkan dalam plastik. Lepas tu plastik yang ada nasi lembik tu dipenyek-penyek. Lepas tu dihimpit dengan lesung batu biar dia mampat. (berapa banyak lepas tu da.. ciklah mesti tolak markah karangan aku ni).

Tapi memang jaranglah kitorang makan nasi empet ni, apatah lagi ketupat. Memang tak masuk dalam menu langsung. Yang mesti ada ialah lemang dan rendang. Nenek aku terer masak lemang. Bila nenek dah tak kuat lagi, emak aku pulak take over. Dan akulah yang kena dera menjaga api dan pusing-pusingkan buluh lemang sampaikan muka aku birat kena bahang api. Itu belum masuk lagi kes penderaan pukul telur untuk buat kuih baulu haha..

Bila ada lemang, mestilah ada rendang. Dua tiga hari sebelum mantai bakal-bakal ayam yang nak dikorbankan sudah abah aku kurung dalam serungkup. Tiba masanya, srettt..kena sembelih. Emak buat rendang ayam. Rendang ayam kampung ni sedap. Bila emak aku yang masak, jadilah super sedap. Daging ayam kampung kalau masak lama-lama pun tak hancur. Tak macam ayam moden kat bandar ni. Terlebih masak je, habis jadi serbuk.

Abah beli daging jugak. Daging pun emak buat rendang. Ada rendang ayam. Ada rendang daging. Kadang-kadang makan sampai dua hari hingga tekak pun naik mual dan aku lebih rela makan sadin 'cap ayam'.

Ah!! itu semua kenangan lalu. Aku rindulah pada emak aku. Rinduuuuu sangat.




Menu untuk raya aku tahun ni? Ketupat, wajib. Hari Rabu dah boleh pergi pasar beli daun ketupat. Tijah tanya kenapa susah-susah nak anyam ketupat. Beli je lah yang dah siap dianyam. Jawab aku, yang dah siap anyam tu harganya sebijik 30sen. Lagipun dah tak fresh lagi. Baik aku anak beranak gotong royong menyanyam. Seronok.

Lawan ketupat; buat kuah lodeh, kuah kacang, kari daging, sambal. Ohya, Suami aku gemar makan ketupat dengan kari. Tak kesahlah kari daging ke ayam. Oleh sebab ayam aku nak buat rendang, maka daging itu aku buat kari je lah.

Lemang, beli. Jangan terkena macam dua tahun lepas, dah. Beli lemang tapi bila dibelah, berderai. Lemang pun beli setakat dua batang sudahlah sebab bila saudara mara datang, lemang yang dua batang tu akan menjadi berbatang-batang sampai basi tak habis makan.

Nak masak apa lagi ek. Tahun lepas aku buat laksa nyonya pada hari pertama raya. Tahun sebelum tu buat mee kari. Tahun ni rasanya nak buat laksa penang. Haha Jah, kau bolum raso lai ponangan orang pilah buek laksa penang. Bukan sotakat monjilat jari, dongan mangkuk-mangkuk dan sudu-sudu sokali kono jilat.

Apa bendalah yang aku merapu merapek meraban ni.


kakpah

34 comments:

hentian said...

balik kg baru ni adik merungut kerana buluh lemang dah kurang akibat urbanisasi. Kalau nak beli, sebatang RM1.

IM beri sikit duit pada adik supaya tradisi memasak lemang oleh keluarga IM boleh diteruskan.

tapi tak pasti IM dapat merasa atau tidak.

nampaknya, makan lemang tunjuk aje la raya nanti!

kakngah said...

klasik kn kak.. smbutan raya dedulu.. semua perlu kudrat. skrg ni.. perlu duit jek...

dlm family, saya sorg jek yg tau anyam ketupat. kalau nk ngasa mkn ketupat daun, kene tggu saya blk. kalau x, mkn ketupat cap adabi jek la diorg...

oleh kerana ayh & arwah mak asal melaka, tentu ketupat menu utama. memang tak pandai makan lemang. menjak kawen ngn abem, baru lemang masuk menu..:-)

Anonymous said...

wah dah kuar entry kotupek!

raya paling bes sbb ada ketupat dan masing2 leh tunjuk terer sape anyam lg cpt. wohoaa!!

Acik Erna said...

kak pah..dah siap piki..apo nak masak maso mantai yo..
kuah kacang..kutupek segera..saya sampai la ni..tak tau anyam ketupek.. he he..
rendang..dan tak tinggaL..LOMPAP...
maso omak ado laie..tak tinggal lomang..

iina said...

Kak Pah

Agak2 kalau den singgah apo yang den dapek makan pg rayo tuh kan.. laksa penang?? wahhh... kalau den minta mee kari sekali utk den yo boleh??? Selamat berhari rayo yo kak

h4ni3 said...

kalau turn raya rumah my parents, memang seronok.. tak banyak, sikit, wajib ada ketupat buat sendiri.

kalau turn raya rumah MIL, semua dia main order jer. so, takde masak memasak.. tunggu orang datang anta jer.. sbb MIL cina.. hehe

hmm.. tak sabar nak balik kampung anyam ketupat! =)

ibundo said...

IM, tadi keluar artikel dalam s.kabar (ke semalam)dorang buat lemang tak pakai buluh. dah pakai oven macam buluh dan jimat masa serta lebih terjamin kebersihan. dorang katalah.. tapi mesti tak serupa dengan yang tradisional punya..

ibundo said...

kakngah, dulu2 walaupun penat.. kita ingat sampai sekarang. sekarang ni kito main boli yo. Lagipun nak buek lomang mano nak cokau buluh. Baik tunjuk2 di samping menolong bangsa kita berniaga cewahhh...
orang melako ni memang tak buleh takdo kotupek. Kito acah2 nak pakai kotupek adabi, tak maun de doh..

ibundo said...

imah, sok dah sampai masa dan ketika ekau jangan nak mengelat plak ek..

ibundo said...

erna, weh.. lompap tu umangai sodap e. tapi kitorang jarang buek lompap jadi juadah rayo.
ekau tak pandai nganyam kotupek yo.. Takpo kalau tak pandai. Poi jo lah boli kek kodai.

ibundo said...

iina, ekau toksahlah borangan nak nyinggah ina oi. sok kok tosodak-sodak hari rayo tu sobab kompunan.

ibundo said...

hanis, balik kampung mana. Seronok menganyam ketupat ni kalau ramai-ramai. Boleh main lumba2 sapa siap banyak. Tapi kalau sengsorang je memang boring tahap gaban.
dan wohoo.. main oder2 tu syok jugak. tak payah basah-basah ketiak bersilat dalam dapur hahaha...

ejaMaria said...

akak... Maria spesis generasi muda yg masih kuno - masih anyam ketupat... tak nak la yg segera... tak macam raya... hehehe...

ibundo said...

ejamaria, tu bukan kuno. Tu namanya ori... haha

Tijah said...

a'ah. sey pun lomang boli yo. mmg ado supplier totap kek ulu bondo tu. tak berani nak boli sebarang takot boreh eh terbarai yg mcm akak cito tu. tapi tu la...nek moyangkan mahal sebatang kan? dokek 10 hengget. huhuhu

en_me said...

rindu kat bonda yg pergi buat selama2nyerr.. uhuhu

Guru said...

kak pah

kalau dah ada orang tukang jilat mangkuk ngan sudu, tak payah basuhlah dah, lap kering2...

ishhhh...pengotor
sori, saya pun merepek je ni.

saya pantang betul ngan laksa penang ni.... pantang jumpa, mesti nak rasa

Ena said...

kalau kat umah mak sy kan kakpah.. ketupat palas & nasi impit adalah menu wajib.. yg lain baru buat tambahan.. nasi dagang biasanya.. mak memg buat baik punyer sedapp! hehehe.. tu yg selalu dekat nak raya jer ramai juga yg order nasi dagang & keutpat palas mak.. tapi tahun ni tak tahu la mak buat ker tak.. sbb mak tak sihat sejak akhir2 ni.. dah la sy raya KL dulu nie.. tapi tak pe janji balik kan kakpah.. ;D

ibundo said...

tijah, osah boto.. memang maha lomang ni. dulu dapek yo sobatang limo nam hengget.

en-me, doa kita buat yang telah pergi.

ibundo said...

cikgu normah, tadi pergi pasar cari bunga kantan takut nanti hari rabu atau kamis dah tak ada. Terperanjat beruk kakpah sebab sebatang je dua hengget...
ish.. kena tanam ni..

ena, wow ketupat palas.. kitorang tak pernah buat ketupat palas tapi bila orang bagi dan makan... sedappp. kalau dok dekat boleh oder ngan mak ena.

aza ni said...

salam aidilfitri hajjah

ibundo said...

salam aidilfitri. balik mana..

Kaktiny said...

nasi impit.. ye betul kak.. mak tiny pon buat nasi impit camtu.. lenyek2.. letak dlm bekas.. tekan-tekan pastu 'impit' ngan lesung batu (nk bagi mampat..)hahaha..
pasai tu agaknya dinamakan NASI "IMPIT".. nasi2 tu terkena himpit kanz.. kehkehkeh..

wah... org pilah buat laksa penang??.. ni yg org penang nak pi rasa nih.. hahaha...

ASH said...

raya pertama makan nasi impit dan rendang ayam + kari daging + kuah kacang..
lontong?
suami tak suka LONTONG LONTONG nih..hehehe bukan orang Jowo!

raya kedua kebarangkalian besar mak saya akan buat laksa atau meehoon sup

raya ketiga kebarangkalian besar mak mertua akan buat nasi beriyani..

TU yang aku punya weight payah nak turun tu....!!hahaha

SELAMAT HARI RAYA
kakpah + dr hamirdin sekeluarga
Maap zahir batin!

Nizam.Ariff said...

aisehh... pesal tetiba lapar lak ni?

tasekM said...

saya pandai anyam ketupat. saje nak kabor. he he.

selamat hari raya kak pah.
maaf zahir batin.


.

Mak Su said...

kalu buat sndiri lagi best, kan... tapi sy x reti anyam ketupat dan lemah bab jaga api lemang, huhuhu

selamat hari raya puasa dan maaf dipinta ya kakpah

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Amboi!! Kak Yan tabik spring la sama Kak Pah, macam-macam menu nak dimasak. Kak Yan kalau masak macam tu mau patah pinggang dibuatnya, sebab semua kena buat sendiri, dari pergi beli bahan sampailah tumis menumis...
Selalunya, kami beraya dikampung, bila balik semua dah ready, tinggal nak makan saja....ha!...ha!
Zaman belum kawin dulu, memang bertungkus lumus le dengan mak kat dapur memasak berbagai juadah. :-)

anymz said...

dlm rumah se ni semuo pandai anyam ketupat kakpah..maso arwah omak ado rajin la se buek lomang..sekarang ni lomang se boli yo..ketupat,..daun ee se boli kek pasar tani..
dulu2 ado org leh tlg panjat pokok ambik daun,skang ni semuo berboli kan?

ibundo said...

tiny, nama pun satu mesia kan haha.. sumer orang mesti pandai makan budu, makan cencalok, makan tempoyak haha..
kok nak rasa penangan laksa penang orang pilah meh lah ke sini..

ibundo said...

ashley, ada umoq nanti jumpa hang kat assobah. aku rasa2nya gi smayang kat situ. tapi tak tau la kalau last menet gi masjid pulak.;
selamat hari raya gak lah kat hang sekeluarga..

nizam, ko poser mestilah lapar..

maksu, takper kalau tak pandai nganyam. yang dah sedia siap tu banyak.. duit jer... haha.
selamat hari raya gak pada maksu sekeluarga

ibundo said...

tasek, hah? kau pandai nganyam ketupat?
selamat hari raya ye tasek..

yan, kakpah dah tiga tahun tak beraya kat kampung sejak emak meninggal dan abah duduk sama ngan kakpah. dulu2 time macam ni kakpah dah terpacak dah kat kampung...

anim, daun ketupat sonang nak dapek musim rayo macam ni kan? tak payah panjek2 lai dah. lomang pun kalau nak makan main hulur duit yo hehe..

KTS said...

maknanya tak mustahil satu hari nanti den pun pandai masak macam ekao, kak pah.. tak mustahil kan


hihihi


.
.

nanti den singgah bangi yo :D

ibundo said...

kts, ko nanti mesti lebih terer drpd kakpah.
ala.. ekau cakap je nak singgah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...