Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, September 22, 2010

singgah sebentar

salam.

Masih di Pekan Baru dan pertama kali masuk di business centre hotel ini dan mencuba-cuba gunakan internet. Computernya lama dan internet macam siput.

Apa cerita?
Tak banyak.
Cuma yang heboh di kaca tv di sini adalah perihal TKW yang disebut 'tekawe' (tenaga kerja wanita) yang didera di malaysia. Liputannya hebat di sini dan besok 23 September akan diadakan satu demonstrasi menentang negara kita. Mungkin jalur gemilang di pijak-pijak lagi?

Di kabarkan juga bahawa indon akan memberhentikan kemasukan pembantu rumahnya ke malaysia. Yang jelasnya perbuatan tidak berhati perut majikan itu membawa padah kepada rakyat keseluruhannya.

kakpah

14 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Kakpah..

bila nak balik? Semoga perjalanan kakpah dirahmati dan sentiasa dalam keadaan selamat.

fmina08 said...

salam kakpah..
bila dihentikan kemasukan dorg ke msia..masih ramai lagi yg curi2 masuk ke sini...

Zaitun said...

Salam kakpah...makan angin rupanya semoga selamat pergi dan kembali.

Kalau tengok cara mereka membakar bendera dan menjerit2 mengutuk negara kita membuatkan rasa benci dan marah tak sedar negara kita yang banyak membantu mereka.

ejaMaria said...

ala... berlagak... hentikan je la... jgn hantar langsung org diorg... macam la diorg bole larang rakyat diorg tu datang sini...
sori... emo... dah boikot produk dari seberang... nyampah ngan diorg yg sombong sangat tu...

julietchun said...

kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

KTS said...

jangan den tgk dlm berita muko kakpah duk berdemo ngan dorang dah lah


.
.

:P

hati2 kakpah

Kaktiny said...

itulah namanya.. "SEBAB NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA"!!..

sama gak ngan..
"LOMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA!!"..
eh eh.. tak sama eh..

cuma teringat lombu kak pah yg ilang.. terpaksa ganti ngan laksa nyonya.. hahahaha....

terima kasih kak.. utk layanan mesramu itu... hihihi...
(hah.. terkejut kan.. tgk org jauh datang.. kehkehkeh)..

lupekanje said...

jaga diri kak...
alamat adik2 akak tu kena balik kampung la ye kakk...suh daftar jadik rakyat Mesia la kak..antara intan terpilih tuh..

ibundo said...

kakcik, dah balik dah..

fmina, negara kita tempat dorang cari makan. sampai bila pun dorang akan curi2 masuk..

ibundo said...

zaitun, diorang ni memang suka berdemo..

maria, kakpah pegi sana, ramai yang tak cakap apa-apa pun. Yang berdemo ni hyanya beberapa kerat je. yang berlumba2 nak masuk negara kita berbondong2 sebab negara kita boleh bagi kemewahan pd mereka.

ibundo said...

juliet, tu lah pasal. yang nak marah bagai nak rak ni bukan semua kita buat perangai suka mendera pembantu rumah. bangang .

kts, weh.. tak meraso lah kau makan donat nanti.

tiny, pasal lombu ngan sapi ni teringat pulak yang kat indon tu ada jual sup buntut sapi haha.. lembu kakpah dah terlepas ke indon kot.

acik, takdo mano e do. haha.. cik, bilo nak datang rayo.

secangkir madu merah said...

kakpah, musim2 raya buat aku malas nak duduk dpn pc...makanya lama tak melawat kengkawan...kueh banyak lagi?

wah berjalan jauh ya kakpah... tak takot ke?

ckLah @xiiinam said...

KakPah;
Sihat sih?

ibundo said...

smm, kita tak buat salah. apa nak takut haha

cklah, sihat sihat aja sih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...