Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, October 9, 2010

BUN SARDEEN

Salam.

Pagi tadi lepas subuh, aku keluar dari pantai sekejap sebab barang-barang tesco belum beli lagi. Aku meredah pagi dengan kirin yang sama-sama tidur dalam bilik imah malam tadi. Sebelum pulang sempat juga menyakat imah yang tinggal sengsorang dalam bilik itu.

Selepas pulang dari tesco perut terasa amat lapar. Aku tengok roti burger ada 5 ketul. Sardin pun ada dua tin. Maka aku pun teringat akan resepi dari cik mimi semasa aku merayau-rayau ke rumahnya tempoh hari. Bermulalah projek aku. Buat..snap. Buat....snap. Memang rancangan aku untuk main masak-masak bersama kengkawan hari ini.




Cik mimi namakan roti ni roti sadin. Aku namakan Bun Sardeen. Biar bunyi gempak.

Barang yang diperlukan:
A.
bun burger

B (inti)
1 tin kecil sardin dihancurkan
bawang besar sebiji dipotong dadu
1/2 biji buah tomato dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris kecil
sedikit daun sup/bawang dihiris
perahan sebiji limau kasturi
sedikit garam

C.
Sebiji atau dua biji telur dikocok.
.
.
.
.

Campurkan bahan A, masak sebentar di dalam kuali. Angkat dan biarkan sejuk.



Bun burger dipotong dua. Belah tengah tetapi jangan putus.


Masukkan inti tadi. (Boleh juga dipelbagaikan inti ini. Ikut suka dan selera masing-masing)



Panaskan sedikit majerin di dalam kuali leper yang tidak melekat. Celup permukaan roti yang dibubuh inti tadi ke dalam telur dan letakkan ke dalam majerin yang telah panas. Apabila sudah masak, goreng pula sebelah atas dan bawah roti.


Sekian. Sedia untuk dinikmati bersama sos cili, mayonis atau apa saja sos kegemaran anda. Boleh dimakan begitu saja ataupun dengan fries, salad dan sup cendawan.

Bye.. aku nak ke pantai semula ni.

23 comments:

ijayuji said...

Salam kak pah! sihat ke kak? nmpk sihat tu ya sbb dah buat bun sardin tu hihihi... kita jer tak buat2 bun ni sbb malas nak meroti :D lama betul tak meroti nak kena rajinkan diri meroti lepas ni :D

Acik Erna said...

salam kak pah..nampak pun dah sodap tu..lom makan lagi..
kono bawak poi pantai sikit tu kak pah.sian orang kek pantai tu nanti..

anymz said...

kahkahkah..makcik kito masak pulak hari ni,dah pueh cerito singo,pastu berjalan pulak ke pantai,hari ni menyalut roti dgn telur dan sardin..
tabik kakpah..dlm sibuk2 sompek gak poi tesco siap masak bagai...hehe

hai,..(*sigh*) bilo lah se nak ke rumah kakpah ni...
tak nak buek kenduri sempena konvo tu ko??kihkih

ejaMaria said...

best nye... tapi kite tak suke sardin ;p

kucingorengemok said...

kalau nama bun sarDEEN tu mesti ada keturunan mamak tu... depa suka eja nama gitu, hehe

hentian said...

kalau jual kat pasar malam mesti berebut orang beli nih!

kakngah said...

buek boka piknik kek pantai sodap tuh!

ckLah @xiiinam said...

Cicah kopi o sedap tak kakPah.....


Grrrrr...

iina said...

sodap tuh kak.. leh buat minum potang.. tapi kalau dapek makan waffle aiskrim lagi sodap kan kak hehehe ;)

Ms.Lilies said...

Nnt kok bos kecit xmeragam dah blehla try buat ni...

tasekM said...

kak pah ni masa mende2 pun nampak sedap.

:)


.

lupekanje said...

sompek gak laiee buek Bun sardin bagai yo kak pah...
Sodap gak nampak ehh....tapi takdo lak guti nye...so, acik kono tgk menu lain la ... ingat nk makan quicker oat panas je lah pagi nih. Dah lama tak mengkocok oat tuh..hehe

Kaktiny said...

Nak bun sosej.. nak bun sosej!!.. hihihihihi..

ibundo said...

ika, kpah alhmdllah sehat. Ala.. ika tu tak payah meroti lagi dah. hari2 makan bagus jer haha..

erna, tak sompek nak bawak dah habih..

ibundo said...

anim, apo apo pun life has to go on hehe.. masak memang kono masak. ekau datang jo lah . tak yah tunggu kenduri bagai. kotuk yo pintu mah kakpah tu. kau kan selalu datang bangi. kok tak konfiden, bawak si poziah tu skali haha..

maria, tak suka sadin buat inti ayam atau daging hehe..

ibundo said...

kog, dah laki aku pun nama hamirDEEN hahaha..

IM, kakpah franchise kat IM je la..

kakngah, osah botul e

ibundo said...

cklah, haha.. cklah test dulu. kalau sodap bagitau sini.

iina, kau memang pandai mencabar keimanan kakpah kan

lilies, untuk lunch anak beranak pun okay ni.

tasek, kau ada apa-apa ker..

ibundo said...

acik, errr.. quaker oats tu sebenaunyer lebih berkasiat kan?

tiny, jangan nak ngamuk... hahaha..

secangkir madu merah said...

sodap eh...kalu inti taruk daging cincang pon sodap gak kan kakpah?

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

Best tu Bun sardin.

Saya tabiklah dengan kak pah, rajin kak pah masak dan setiap yang di masak nampak menyelerakan. (nampak jerlah sebab tak rasa).

Mak Su said...

wow kakpah, marvellous!

en_me said...

sodappnyerrr.. ehehe

ibundo said...

ani, kalau takder idea buat apaa utk brekfes, bolehlah cuba.

maksu, wow.. haha

en-me, kalau tak sodap, taklah laku hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...