Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, October 22, 2010

Makan selagi ada selera nak makan

Salam pagi jumaat.

Semalam birthday Imah. Lepas maghrib belanja dia makan-makan di Red Wok seksyen 7. Pilihan menu begitu banyak sampai mata naik berpinau. Pilih..pilih..pilih..oder..oder.. makan.. makan.. tak habis, tapau balik rumah. Rating: 6 out of ten. Berminyak sangatlah makngah...

Bila makan mewah mewah begitu aku teringat berita semalam tentang seorang makcik warga tua yang dihantar oleh anaknya ke rumah orang tua sebab makcik itu dikatakan kuat makan. Yang aku heran, anaknya ada sembilan orang dan mereka berpendapatan tetap dan ada di antara mereka yang berjawatan tinggi. Sampai hati mereka buat seorang emak yang melahirkan mereka, membesarkan mereka, memberi mereka makan sejak kecil, memberi mereka pendidikan, macam tu. Sampai hati mereka. Korang tunggu jelah balasan nanti.

Dulu jiran sebelah rumah aku ni sama spesis dengan lawyer yang ada ladang bertembok tinggi di banting tu. Dululah. Sekarang ni dah bertukar tuan. Bapa sisuami tinggal bersama mereka. Setiap pagi aku akan lihat atuk tu keluar rumah. Nanti petang keluar lagi. Kadang-kadang bila dia tengok aku buat sedikit gardening berhampiran pagar rumahnya, dia akan datang meluahkan perasaan.

Itu babi hutan banyak jahat la

Aku terpinga-pinga juga pada mulanya. Mana ada babi hutan di bangi ni.

Saya mahu makan pun susah.

Aik? Babi hutan sudah sondol dia punya pokok ubi ka... Aku terlopong saja pandang muka dia.

Dia tak mau kasi saya makan. Pakai dapur dia pun dia tada kasi. Saya hari-hari juga pigi kedai cari makan. Banyak cilaka la itu babi hutan. Anak saya tada boleh buat apapa.

Haha.. baru aku tahu yang babi hutan yang dimaksudkan itu adalah menantu dia.



Ada juga kejadian yang anak-anak tidak mahu memberi makan pada emak mereka sebab takut siemak akan terberak merata-rata. Emak itu sudah tidak berdaya. Berjalan pun mengesot-ngesot. Ke bilik air mengharapkan belas ihsan anak menantu. Bila tak sempat ke bilik air maka menaburlah di atas lantai. Solusinya, sekat makan emak supaya tak berak.


Kesimpulannya:
Kita ni hari-hari mahu makan. Tekak cakap kalau boleh memanglah nak yang sedap-sedap tapi perut tak kesah. Asal hilang lapar, sudah.



Orang tua makan banyak mana sangatlah. Abah aku makan setengah pinggan je. Lauk seciput. Letaklah lauk banyak mana pun di depan mata dia, yang diambil itulah seciput. Bila suruh tambah, dia kata dah konyang.

Tu yang kedekut sangat nak bagi mak bapak makan apahal...
Nasib baiklah korang tu tak dibiarkan kebulur dari kecik.
Aih... ramai sangat orang sakit di negara kita ni.

24 comments:

pB said...

Salam Kak Pah


ini cerita tahun 2010

agak agaknya apa pulak cerita pada tahun 2020 ????

Kakcik Seroja said...

Salam kakpah...

bapa kakcik pun sudah hilang selera makannya.. :(

kucingorengemok said...

agaknya kes anak 9 tu, ada cerita lain tu...

rezeki said...

salam kak pah

dunia di akhir zaman kak
situasi berlaku tak kira bangsa dan agama
baru meriah satu mesia

agak2nya apa perasaan mrk semasa melakukan sebegitu kpd ibubapa mrk

agak2nya jiwa dan hati mrk dah mati

moga2 tidak berlaku dlm kalangan keluarga kita semua

ibundo said...

pb, mungkin sampai kiamat pun cerita macam ni tak ada sudahnya.

ibundo said...

kakcik, kita tetua sok tak tau macamana ek.

kog, tak tau la. kita dengar cerita dalam suratkaba je

pak itam, orang macam ni perasaan dah mati. Jauhilah ianya berlaku pada kita..

ejaMaria said...

itu cerita si Tanggang moden...
harap bila tua nnt ade cukup duit saving dan pencen bole guna utk diri sendiri... tak perlu harap anak-anak...

julietchun said...

harap2 tak jadi pada keluarga kita. sedih baca pasal makcik semalam tu.

Ena said...

sampai mcm tu kan..
harap anak2 esok tak mcm tu la..

Acik Erna said...

kak pah..betul kata kak pah..orang tua..banyak mana bona makan e..dulu dia kocik2 agak me makan lagi banyak..mak tu tentu ikut kan yo.apo yang dio nak..anak2 9 orang tu..

Dr Singa said...

menantu buli mentua pulak ??

ibundo said...

ejamaria, takleh cakap gak hii.. dah tua2 nanti kalau nak jalan pun tak telarat sapa nak nolong kalau bukan anak2 kita.(tu yang sedih tu kalau anak2 pun takleh diharap)

juliet, tu lah.. kau jangan buat emak kau macam tu tau!!!!

ibundo said...

ena, doakan yang terbaik.. Doa mak ni makbul.

erna, omak buleh jago berapo ramai pun anak tapi anak-anak ni bolum gerenti buleh jago omak yang sorang..

Dr. singa, itu juga ada...

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

Sedih baca berita tukan. Kita ni punyalah suka kalau mak nak makan. Yang jadi masaalah masa arwah mak ada dulu ialah selalu tergaduh sayang dengan dia bila pujuk dia makan ( kena strok).

Kalau dia tak makan dia akan hypo (betul ker ejaan ni) sebab dia ada kencing manis dandarah tinggi. Kerana suruh dia makan, dia marah kita pula.

Dalam usia sekarang dan mengidap penyakit yang sama dengan arwah mak, baru padan muka kita sebab selera kita memang susah nak ada. Kadang-kadang tak tau apa nak makan. Sesekali kena juga hypo sampai mengigil2.

iina said...

Tadi saya baca balik berita tuh tak betul kak.. yg buat hal anak sorg jek.. tapi akhbar cito lain lak.. emm skrg nie byk anak2 camtu ekk.. yelah kan.. memasing punya selera.. sobona ehh dio malas nak kemas nak masak segala kan.. tuh kdg2 lupo satu ari kito pun tuo gak.. sok2.. kono camtu ahhh baru padan muko kan..

Tak yah kedekut rezeki makan nie.. bkn dapat makan byk mana pun kan ;)

Mak Su said...

sampai hati.....

Guru said...

kadang... s/kabar ni mensensasikan berlebih...

dalam ramai-ramai anak tu, ada yang tak betul juga tu. alhamdulillah anak yang bongsunya dah ambil semula, kan

secangkir madu merah said...

ingat tak ada satu iklan yg bagi bapak dia yg dah tua makan kat dlm rumah lps tu org tua tu mkn bersepah dan cawan kaca pun habis pecah, lps tu menantu dia tukarkan pinggan dan cwan plastik dan alihkan org tua tu makan di meja yg diletakkan diluar kemudian dua org anak2 dia kata nanti bila mereka dah besar mereka juga akan buat ibu dan bapa mereka spt mana mereka lakukan kpd atuk mereka....itu pengajaran kak supaya kita menjadi anak yg mengenang budi wlaupun tidak membalas budi...
what comes around goes around...

hentian said...

IM teringat kata-kata ini:

makan boleh sebarang makan
tapi cakap jangan sebarang cakap...

Ms.Lilies said...

mak saya pun dh mula makan sikit je skrg...byk lg nasi syira...kdg tgk dia makan rasa xcukup sgt tp katanya dah kenyang dah x lalu

ibundo said...

kunang-kunang, cakap pasal emak ni buatkan kakpah teringah pada arwah mak jugak. Akhir hayatnya pun dia makan sikit. sikit sangat. agaknya bila usia dah menginjak tua, selera makin berkurangan. kita sendiri pun makan tidak seperti dulu. kalau makan nasi bertambah2 banyak kali. mintak2 kita ni tak menyusahkan anak2 ye ani...

ibundo said...

iina, kadang2 sokkaba ni buat cerita yang tak berapa betul tapi yelah.. kalau ada muafakat antara adik beradik yang seramai 9 orang itu, takde lah sampai emak tu tercampak ke rumah orang tua kan....
orang tua.. banyak mana bona lah dio makan. Lainlah kalau bolo jin ko hapo...

ibundo said...

maksu, tak sampai hati nak pikir..

cikgu, tu lah.. apa yang penting bincang2 la kan? Buatlah giliran sapa yang nak jaga mak tu..

sm, haah.. ingat. kesian orang tua tu. Betul jugak iklan tu. kalau kita buat orang macam tu macam ni, belum tentu lagi orang tak buat kita macam tu macam ni gak.

im, terlebih makan boleh muntah balik tapi kalau terlebih cakap... tak boleh undur dah..

lilies, akak pun makan dah seciput je sekarang...

MOH KEMBARA said...

Salam, minta dijauhkan kami buat begitu pada bonda kami...Nauzubillah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...