Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, October 28, 2010

Otak Udang

Simpang 3/6J hanya beberapa meter di depan aku. Kelihatan sebiji wira menuju ke simpang untuk masuk ke laluan aku.

Omak!!!!

Wira sudah masuk separuh jalan laluan aku ketika aku betul-betul di depan simpang. Aku putar stering ke kanan, masuk separuh laluan bertentangan. Pintu kiri unser aku nyaris ditabrak sekiranya aku tidak mengelak.

Nasib baik tidak ada kereta datang dari depan. Sambil mengurut dada dan memperlahankan kenderaan, aku tengok cermin di depan aku. Melaluinya, aku lihat wira itu juga masih terhenti di tempat dia menekan brek. Mungkin debaran di dada pemandunya sama laju dengan debaran di dada aku.

Satu perangai buruk pemandu yang selalu aku perhatikan ialah tidak mahu berhenti di simpang untuk memastikan keadaan adalah selamat untk melintas.


Kepada pemandu di luar sana, jadilah pemandu yang bijak.


(Omak, namamu juga yang aku sebut)

28 comments:

kakngah said...

syukur kpah tak apo2..

pemandu wira tu bkn saya ye :-)

Cik Azz said...

Bawak wira bukan bermakno boleh jadi wira kek ateh jalanraya....

Mujur akak solamat....

Mmg omak yg selalu disebut.. Kdg2 ado org tu melatahpun dio sobut omak... hehe...

Ena said...

betul tu kakpah.. banyak yg main redah dan nak cepat je.. pd hal org lain pun nak cepat juga.. tapi apasalahnya berhenti sekejap..

kak long said...

apo yg kaklong tgk...selamo kaklong duk kek sini...byk pemandu kek sini payah na nk bg signal kalau nk masuk simpang....main masuk yo....
ngat jalan OMAK eh gek eh...!

ejaMaria said...

slalu dah jumpa org mcm ni... bukan nak mengata... tp driver local car slalu je kurang bersopan santun... keta besor-besor pulak yg slalu nya bagi laluan... nak-nak klu melintas jalan...

Hjh Noralenna Abbas said...

Ada pemandu, kereta saja cantik dan mewah, tetapi 'tak sekolah punya olang'. Ada juga pemandu muda yang bersikap demikian, never want to give way.

Kakcik Seroja said...

Otak udang campur dalam kuah laksa.. sodap gak, kan Kak Pah? :)

pB said...

sib baik tak jadi apa apa kat kak pah


syukurrrrrr

Kakzakie Purvit said...

Salam Kak Pah,

Astaghfirullahal'azim.....

Nasib baik kaki cekap tekan break. Bila cemas "Omak" juga yang keluar dari mulut kan.... Alhamdulillah selamat....

KTS said...

satu lagi,
tolonglah bagi signal wahai pemandu2
.
.

bukan sume org boleh baca 'otak udang' ko nak kemana

.
.

errr...
mujur kakpah selamat

tasekM said...

kes hampir sama. aku mmg rasa nk cukur bulu kening drebar yg nyaris nk langgar kereta aku tu hari.



.

julietchun said...

dia tak tahan nak terberak agaknya tu.

rezeki said...

salam kak pah

alhamdulillah

kak pah bertindak mcm driver F1
baik kak pah punye cilok hehe

Normi Hj Mat Yusof said...

salam

mungkin driver baru 2 hari dpt lesen P mcm saya.....hua hua hua

Ms.Lilies said...

Itu kot sok2 dia buat lg mmg sah xde otak

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Perkara yang Kak Pah alami ni, memang kerap sangat berlaku. Tak tahulah apa jadi dengan orang kita ni. Ada tu, bila dia nak masuk lorong, dia signal je terus je masuk lorong...sesuka hati dia je....
Orang yang sikap macam ni ada di mana mana. Bukan kata dia bawak keta local atau impot...semua sama saja. Yang kete kancil pun macam tu yang bawak Mers pun sama gak.

ckLah @xiiinam said...

Suamiku mendapat keilatan kekal di kakinya kerana pemandu yang begini...10 tahun lalu!


...sekarang dia berkaki tulang besi...



:(

Acik Erna said...

salam kak pah..alhamdulillah selamat..
lagi la takut nak memandu..tapi..naik keto tak takut kak pah..

anymz said...

memang pemandu skang ni tak berapa nak berhemah kan kakpah..nak copek ontah ke mano2.se selalu bg tau pd anak2 yg dah berlesen,..kito ni kan kalau dah terlambek nak ke sesuatu tompek tu,biarlah lambek terus..jgn nak terkoja2..bukannya boss atau sesapo yg kito nak jumpo tu nak bg kito hukum gantung pun..boto tak?
well,itu yg omak se ajar lah.....hehe

iina said...

Uihh ganeh ye dio kak.. Den selalu sobut Ya Allah.. Bak kato atoklah.. org yang mandu tuh tak baco bismillah kot hehehe ;)

ASH said...

Ajak pemandu WIRA tu masuk tadika semula..MENGAJI bior pandai sikit..hehe

hentian said...

kekadang kita terlupa yang kita pun dulu pernah buat perkara yang sama...

ibundo said...

oleh kerana kebizian yang keterlaluan, baru pagi ni dapat buka laptop. sebab tu lambat jawab komen..

kakngah, kalau lah dianya ekau.. uish.. maun betumbuk.

azz, nasib baik tak akak hobin..

ena, malas nak tekan brek lah tu.. macam dia je nak cepat.

kaklong, sobab maleh tu lah yang buleh bawak kecelakaan..

ibundo said...

ejamaria, kita jangan buat macam tu dah..

kaknora, pemandu muda berdarah muda. saya selalu ingatkan anak-anak supaya memandu cara berhemah..

ibundo said...

kakcik, iye ke kakchik. tak pernah buat ni..

pb, syukur.. risau gak sebab kpah ni x leh terperanjat

kakzakie, seb baik lah tak berangan masa tu hii..

kts, tu lah kan. kadang2 kita nunggu je kat simpang bila nampak keter nak lalu. tiba2 dia masuk je kat simpang kita. kalaulah bagi signal..

tm, sakit hati kan..

ibundo said...

juliet, tegelak aku baca komen kau.

pak itam, kena bertindak pantas..

normi, waa.. baru dapat lesen ke.

lilies, sebab otak letak kat kepala lutut kot

Yan, tak kira keter sebenarnya. Sikap pemandu yang penting. mesti berhemah..kan?

cklah, kecuaian orang lain, yang menanggung akibatnya orang lain...

erna, tak pandai memandu ni tak patah kaki ko erna. kalau kakpah, patah kaki.. tak dapek poi memano.

anim, boto tu cakap omak anim tu. nak koja buek apo. kalau dah lambek, memang dah lambek pun kan..
kadang2 budak2 ni bawak keto ikut napsu mudo.

iina, memang ganeh. tak baco doa naik kenderaan tu agak e haha..

ashley, mengaji tak habih le tu

IM,erk.. kakpah pemandu sopan hehe..

kucingorengemok said...

omak juga yang disebut, udang juga yang jadi mangsa simpulan bahasa, hehe

ibundo said...

kog, udang goreng nestum sodapppp...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...