Seekor kucing hitam menggelupur di tepi jalan. Jelas ia kesakitan. Mungkin dia terpelanting di situ apabila dilanggar kenderaan. Kesihan melihat dia menderita sebelum menemui ajal.
Wrong place, wrong time.
Kalaulah dia cuma duduk-duduk di rumah bermanjaan sambil menggeselkan badannya pada siTuan, dia tidak akan menggelupur di tepi jalan itu.
Tiba-tiba beg yang disandangnya direntap kasar. Dia terpaling ke belakang dan hilang imbangan. Akhirnya dia tersungkur menyembah bumi dan dalam kesakitan dia melihat seorang lelaki gempal pendek lari menaiki motor dengan rakan akomplis.
Kalaulah dia tidak datang ke tempat itu....
Wrong place wrong time.
Itu yang orang selalu cakap. Tapi kita kena ingat bahawa sesuatu yang berlaku adalah di atas kehendak dan ketentuanNYA.
.
.
.
.
.
Sehari-harian dia tidak berbunyi.
Ataupun ketika sedang bersenang lenang, tak ada sesiapa pun nak panggil.
Tapi..
Time masuk jamban
Time masuk bilik air
Time itu lah henfon berdering.
Wrong place, wrong time.
Suami kata, orang yang telefon tu tak baca bismillah...
23 comments:
Kalau dah nak terjadi....
hehehe... ke org yg pegi bilik air tu yg wrong time ? ;p
kalau kono jawap maso tu....
nasib laaa....hehehehe
Sempat buang apa yg patut x kak
;)
Missed call, boleh call semula. Tapi ada juga yang called dua tiga dering kemudian stop. Buat missed call, nak jimat.
salam
semua itu ketentuan Allah
Salam Kak Pah,
Kalau dah nak terjadi tiada siapa dapat menduga. Manusia merancang, Allah yang menentukan.
salam kak pah
hehehehe terbantut nak lepas hajat hahaha
Sian kucing tu kena langgar.... huhuhu...
lenkali off kan henpon dulu,hahahaha
Betul tu kak..semuanya ketentuan ALLAH... segala yang berlaku ade hikmahnya...
Masa kat dlm bilik air kalau hp bebunyik memang le geram kita dibuatnya...time tu lah dia nak berbunyik...
Itulah ada yg cakap kat telefon dlm jamban mcm cakap dlm bilik opis.
tapi.. lagi tension kalau tengah beratur panjang kt supermarket, time tu le perut memulas!!.. ayoii... wrong time, wrong place daaaaa... hahaha..
(ni pon, bila la aku nk amik si abah-abah kt umah kak pah ni hah?.. bukan kes wrong time, wrong place nih.. ni kes NO TIME NO TIME NO TIME!!.. huhuhu).
Hahahhaah... atok buat lawak ekkk... tepon kena baca bismillah dulu ;)
yolah kak wrong time wrong place.. tapi kalau dah ketentuan untuk terjadi sesuatu itu.. siapa pun tak leh elak.. bila kita tak langgar.. kita lak dilanggar.. ;)
kak pah..mano la..orang yang talipon tu tau kak pah lam bilik air..nampo pun talipun he he..kok nampak..huish..takut...
kakcik, tak dapat nak elak kan..
ejamaria, hehe.. kalau dah tak menahan, wrong time ke hape..
kaklong, buek tak pedulik yo
lilies, dulukan apa yang patut didulukan..
kaknora, memang ada jenis yang saja2 buat missed call. yang tu, malas nak layan.
pb, betullah pb.
kakzakie, qadak dan qadar..
pak itam, haha..
azz, tak sampai hati nak pandang lama2. Mau meleleh air mata..
juliet, tak kojo den hai haha..
anie, bukan sekali dua berlaku macam tu. selaluuuuu. Tak taulah pada orang lain.
yb, kalau terdengar orang bercakap2 dalam bilik air, kena curiga sikit. takut2 ada lebih dari sorang dalam tu..
tiny, kau memang kan.. asek no time je. akak sabtu ni nak pegi kenduri. ahad pagi konvo. Petang ada kot.. Ala.. kalau akak takde pun, kau amek je lah kat bibik akak ni..
iina, tu lah. Kalau nak berlaku, berlaku gak. cuma kadar berat rengan tu yang kita cuba nak elak..
erna, hiii... sobab tu tiap kali kalau nak talipun orang kito kono baco bismillah dulu hehe
Potong stim aje orang nak termenung dalam jamb*n kan...
sobona eh, suami kakpah nak kato,
siapo yg masuk jamban tu, tak baco doa :P
IM dah beberapa kali terlanggar kucing. menggelupur dia di bawah lantai kereta...
cklah, terbantut ilhamku hiii...
kts, ekau ado yo nak konokan aku kan?
IM, kesian kucing tu
Post a Comment