Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, November 24, 2010

ikut kata hati binasa

Ada kawan akan mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Dia tengah pening memikirkan apa yang mahu diberi kepada tetamu. Bajet terhad. Barang-barang pula mahal. Murah-murah pun antara dua ke tiga ringgit satu. Kalau tetamu 800 orang, dah berapa ribu lari di situ saja.

Dulu-dulu orang bagi telur. Kalau nak nampak sedikit elegan, air untuk merebus telur ditaruh sedikit pewarna. Orang kampung aku panggil pewarna ini inci. Kalau taruk inci merah, jadilah kulit telur itu merah. Kalau hijau, hijaulah dia. Tapi jarang orang bubuh pewarna. Mereka guna telur yang ori . Dan telur ini dimasukkan ke dalam bekas telur yang dibuat sendiri dengan manila kad. Ada bentuk burung, ada bentuk ikan. Kalau malas, telur itu dibungkus dalam kertas tisu pengelap mulut itu. Senang cerita.


Sedikit demi sedikit cenderahati untuk tetamu ini berubah mengikut arus zaman. Telur hampir dilupakan dan digantikan dengan hadiah-hadiah berupa tuala kecil, kipas, mug kecil, chopsticks dan sebagainya yang boleh didapat dengan mudah di kedai-kedai perkahwinan dengan harga yang ada kalanya tidak berpatutan juga. Soalnya, adakah pemberian seperti ini benar-benar perlu. Aku rasa jarang tetamu yang mahu menyimpan benda-benda seperti ini di rumah mereka. Kesudahannya, dibuang.

Lebih baik beri barang yang boleh dimakan seperti cupcake, muffin, kuih baulu, kerepek...



Perlukah goody bag? Goody bag itu sendiri sudah makan duit. Belum lagi disebut isi di dalamnya. Kalau dah namanya goody bag, takkan nak masukkan kerepek sebungkus sahaja. Kurang-kurang mesti ada dua tiga barang di dalamnya.






Jawapan aku bila kawan aku mengeluh-ngeluh mengenai cenderahati ini....
Tanyalah akal. Ikut bajet yang telah diketepikan untuk ini. Janganlah risau tentang apa yang orang akan cakap kerana kita tidak boleh menghalang orang daripada bercakap. Kita buat apa pun, kalau orang nak bercakap, mereka akan bercakap juga.

Bagi muffin sebiji pun dah kira okay. Tak payah guna goody bag. Cuma bungkus muffin dalam plastik cantik yang banyak dijual, dan ikat dengan riben. Okay apa. Pokoknya kita ikhlas. Keikhlasan kita menjamu tetamu itu pun sudah memadai.

Pendapat anda?
.
.
.
.

kakpah nanti kalau buat kenduri lagi nak bagi telur je. Nak canggih sikit, bagi telur pindang...hehe..


38 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam kakpah,

Kalau telur pindang memang jadi tradisi Johor. Tapi bekas telurnya itulah yang biasanya yang mahal. Ada masuk dalam bakul tembikar, anyaman rotan, gelas berbunga. Malah ada tu telur dan coklat masuk dalam bakul kaca import dari oversea lagi.

kak long said...

salam kakpah...
bukan kenduri khawin yo org sibuk bagi goodybag...kenduri kekocik pun nk buek gak...terutamo cukur jambol..
kekadang bajet eh cam berolek...!huhuh

kucingorengemok said...

ingin nak isi telur dalam kertas kilat 4 segi yang distapler hujung macam tahun 80-an tu... tapi maso den kawin dolu takdo jual laie kek kodai

Ms.Lilies said...

Yeeee muffin akan diberikan time kenduri adik nnt...hihi

Alahhh lupo nk fwd email kat kakpah..sat na

Hajjah Noraini @Nanie said...

Telor pindang pun bukan nya murah sekarang, sebiji RM1.30 sen tu pun kawan punya harga kalau tempat lain RM1.50 sebiji..bekas nya pulak kata lah 30 sen sebiji..Reben kecik dan sticker Terima Kasih lagi!!..
Ishhh.. Walau apa2 pun memang RM2.00 lah utk satu tetamu.
Pengsan..

Tijah said...

muffin jugak yg sonang kan. kocik/bosa boleh makan. kang bagi bondo lain...utk budak2 nak kono asingkan gulo2 plak. tapi kok ado bajet lobih apo salah eh yo tak...

ejaMaria said...

membazir itu amalan setan... itu yg penting...
walimatul urus kan cukup sekadar menjamu jemputan nak war-warkan perkahwinan... dah makan pun nak bagi makanan lagi ke...
klu kat kampung (kampung ke???) goody bag tu isi kerepek2 je... itu pun sbb banyak sedara mara menyumbang kerepek2... tinggal belikan beg je...
bagi telur rebus sorang sebiji ok ape - telur lambang kesuburan... simbolik utk majlis kahwin, besar makna tau :)

faraulah said...

Kak Pah, kalau kat Kelantan...xder goodies bag pun..cuma bagi telur...sesetengah orang bagi gula-gula...tapi kenduri tetap meriah

ckLah @xiiinam said...

Salam kakPah...
ckLah dah ada di zaman telur bungkus kertas tisu tu...

Selamat juga pengantinkan...walaupun telurnya sekadar dibungkus tisu..


:D

rohaizahabas said...

masa anak saya kawin ari tu, saya pun sama pening macam kawan akak tu...budget terhad...ingat nak bagi bunga telur saja..tapi ada orang bagi cawan kecik2 tu..saya pun tambah sikit lagi.. itu pun ada lagi kat rumah ni....save kan untuk anak lelaki saya kawin pulak tahuin depan...memang betul kak...semua bende mahal sekarang..semua main duit saja...lebih baik buat persiapan awal..

ASH said...

kakpah,
suggestion dari KOG tu best tu...NOSTALgik habis...sebab time tu seronok kumpul kad raya. pastu gunting 4 segi. staplekan dan buat kotak bekas bunga telur.
settle...
.
.
.
my suggestion, beli bonjut sudah. bubuh ja cekelat 4 biji. senang.
tak kira budak ke orang tua ke.
bagi ja buat manisan.

Ena said...

Betul tu kaka pah, ena setuju.. better la bg telur or mende2 yg boleh di makan.. kalo tak sure org buang je.. rugi kan mcm tu.. ibarat diberi utk dibunag kan membazir camtu..
kalo nak jugak bg benda yg org dapat sure simpa punyer seperti mug.. tapi tu la.. kosnya tinggi la skit kan!.. mrmm

pB said...

yg nak menanggung tu tuan kenduri , bukannya tetamu yg dijemput ....


kalau pB , baik ikut budget kita jer.
ada lebih , lebih ler
ada sikit , buat cara sikit

anymz said...

salam kakpah,ese suko boto dgn entri akak kali ni..
memang setiap kali se balik dari majlis kawin,selalu se bersungut dgn tindakan tuan rumah buek hal2 yg se anggap membazir.cukup lah bg telur atau telur pindang.
setiap kali se balik dr majlis kawin,anak bujang yg umur dah 25 thn tu pasti akan bertanyo.ada telur mak?
pd dia telur dr rumah org kawin ni rasanya sedap sgt..
bilo akak buek kenduri lagi bg telur pun okay kak.rumah se ni dah berlambak2 beg kocik2 tu.hehe

tasekM said...

bg aku. bagi la apa2 pun. asal ikhlas. diri tak terbeban.


.

Mak Su said...

saya sokong kakpah! :)

Dr Singa said...

makan telor..kentut busuk!!

Zaitun said...

Kakpah... saya pernah hadiri majlis kenduri kahwin,tuan rumah bagi jeli aje tanpa goody bag.

CikguIna said...

salam, k Pah. kalau saya...saya suka nostalgia dapat bunga telur...tak kiralah dibuat bunga ke...stapler dalam kertas kilat2 ke...rasa seronok sangat dapat makan telur kenduri org kahwin...
satu lagi seni hantaran barang kahwin org lama....memang klasik dan penuh maksud tersirat...yg sekarang ni harap cantik je...maknanya dah ke mana....
(hantaran dulu2 wajib ada daun adik-beradik paku pakis)

ieda said...

kalau budget sikit buatlah setakat termampu.jgn ikut org & takyah fikir apa org akan kata.buat mcm manapun kalau yg nak mengata tu ttp akan mengata juga.yg penting kita ikhlas & tak rasa terbeban.yang lebih2 penting pasangan yg kawen tu bahagia dunia akhirat.

p/s..saya suka simpan brg2 yg dapat masa kenduri kawen spt sapu tgn,sudu,mug etc.

Acik Erna said...

kak pah..saya masih mcam dulu2 suka sangat kalau dapat telur..
dulu2k alau dapat banyak pun..mak jadikan lauk pulak kak pah..dimasak kari ke..sambal ke..jadi telur tu tak membazir..

iina said...

Kdg2 org2 nie berlumba2 kak.. nak nampak lain dari yang lain.. sebab tuh jadi mcm2 benda nak bagi.. tapi kalau budget terhad buat jek mana yang patut dan dapatkan..

Kalau org jawa lagilah.. ada berkat lagik nak kena bagi.. itu belum lagik kenduri rewang sebelum dan selepas hehehe.. ;)

ibundo said...

kakzakie, telur pindang sedap. kalau nak nampak glemer memang orang taruk dalam bekas mahal.. tapi masuk dalam organza murah yang boleh dicerut itu pun tak ada cacatnya.

kaklong, kalau niat nak bersedekah takperlah agaknya. Mungkin dorang banyak duit. Bagi yang sederhana ni ala kadar je lah.

kog, kakpah kawin dulu buat bakul telur jahit crochet yang bentuk nenas.. tu untuk tetamu istimewa je. yang lain letak dalam bakul manila kad yang berstapler haha..

ibundo said...

lilies, muffin kao buek ko.. kao hantar email yang mano satu. yahoo tu dah kono hijack.

marina, haha.. itu harga memang tak lari punya. Bibik kakpah dulu punya bengap, dia bukak telur pindang nampak hitam.. dibuangnya. dia kata telur busuk. apa ra..

ibundo said...

tijah, tu lah. tak payah nak pike2 budak kocik nak bagi apo, orang tuo nak bagi apo. Muffin.. rapppp.. somo buleh.

ejamaria, kalau buleh tak payahlah membazir-bazir kan? beli yang mahal2 macam nak nunjuk2 pun ada.
Betul tu.. telur pun okay. takde masalah..

faraulah, bagusnya macam tu.. berkat dapat. majlis tetap meriah kan...

ibundo said...

cklah, tapi sekarang ni macam tak kena je kalau kita bungkus ngan tisu kan.. hehe..

ezza, kalau orang dah bagi tu namanya rezki. tahun depan ada lagi ek za. sapa pulak tu.
err.. cawan za haritu tu kakpah letak kat koleksi cawan2 english akak hehe..

ashley, time stapler menstapler tu keje anak2 dara time aku dulu hehe. Weh.. time ko akan sampai. kena pike gak dari sekarang.

*miszleen* said...

wah..lepas ni kenduri cik kirin pulak la ye macik ;D

ibundo said...

ena, mug tu mahal. sapa banyak bajet bolehlah hehe..

pb, ha..macamtu bagus. tengok poket kita.

anim, bab tolur konduri ni bukan budak2 jo yang borobut. orang tuo pun borobut gak. padahal kalau kito robuih kek ghumah ni, tolo tu tegolek2 yo takdo sapo nak makan. Tu kan namo e borkat konduri kawin.

tm, kau memang. bagi apa pun tak kesah. cuba nanti time kau yang bagi hahaha..

ibundo said...

maksu, Yes!!!!

dr singa, haha.. jangan terkentut dalam kereta...

zaitun, haah.. ada gak.

cikgu ina, ramai yang tak kesah kalau dapat telur je kan?
lipatan hantaran sekarang ni memang ada seni lipatan.haha.. semua main lipat lipat letak dalam kotak je.

ieda, yang penting bahagia ke anak cucu cicit. Ada yang buat wedding of the year tapi sekerat jalan hancusss..
p/s kakpah kalau dapat sudu garpu tuala bagai.. entah kemana kpah lesapkan. tapi kalau mug tu yang ada gambar bunga ros tu.. selalunya kakpah simpan.

ibundo said...

erna, ha.. samolah macam kakpah. kalau dapek tolo bebanyak.. apo lai.. menyambal lah kito.

iina, waha.. lagilah melambung bajet. itu bolum sobut konduri tigo hari tigo malam kehkeh..

leen, itulah .. dah puas acik tanya kirin tapi dia cakap nak enjoy gaji dia puas2 dulu..

h4ni3 said...

masa kawen dulu, cenderahati saya buat sendiri. sapu tangan, masuk kotak transparent, pastu deco dgn renda2.. 600 bijik tuuu! sib baik tak muntah hijau.. hehe

Kasih Firdaus said...

apa kata back tu dulu2....bg telor lam kertas yg kitat2 tu tak pun lam bkes yg buat bentuk ikan, burung (ader lagi ker jual erk)

dila~noor said...

saya penah g keduri kwn suami kt temerloh..die bagi gula 1kg tau..ltk dlm goodie bag tu..heheh

bgs jgk..mmg berguna pun.

ibundo said...

hanie, mak ai.. tu kalau tak muntah hijau yang pasti mata tu juling bepinau.

kasih firdaus, bekas kertas tu mana der jual. sendiri bikin hehe..

dila, anak pegi kenduri kawin bawak balik air tin satu.. hehe..

kakngah said...

haritu, tak ngase tau.. tolo pindang.. :(
haih.. bilo la kakpah nk terima menantu lg nih...

saya ingt lg masa kecik2 dulu.. suke tlg gam tampuk bunga telur. kasi lekat kat telur tu. xyah pakai net bagai.

lg 1.. hbs sume kotak kat kedai p mintak buat bekas telur. guntung zigzag tepi2 dia.. pastu cantum ngn stapler jek. apa saja kotak blh guna. kotak tisu... malah kotak sanita pun ada yg guna...

telur bungkus ngan tisu pintal2... klasik!

ibundo said...

kakngah, orang dulu guna kreativiti sendiri dan tak makan banyak duit pun. sekarang semua dah siap.... kita tingga siapkan duit je. tu yang terover bajet tu.

hehe.. nak tolo pindang.. lenkali..

Kak Lia said...

nk lagi ringkas tk yah bokeh...tulis yo ngn marker...TOLOR Kak Pah...ngeeee...

cahya indah said...

sy suka sangat kalau dapat telur, orang pun memang cakap telur ni lambang kesuburan kan.

kalau dapat jajan, rumah sy da xde adik kecik. da besar2 ni x main jajan. yang bagi tuala kecik, kipas, sudu garpu kecik, mug memang tercampak2 kat rumah ni.

sy dan mak rasa kalau tuan rumah bagi mug atau barang2 lain yang x boleh makan, bagi 1 family 1 je. kalau banyak2 sangat, x ke membazir?

nanti ada jodoh sy kahwin, buat kenduri nak bagi telur kat tetamu..mudah2an tetamu doakan sy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...