Followers
jom klik
Sunday, November 7, 2010
Kalau kail panjang sejengkal
Salam.
Semasa mahu keluar berjoging pagi tadi aku lihat ada kail tersandar di tepi dinding dekat pintu masuk.
Siapa pulak yang mengail ni.
Man, malam tadi, jawab suami aku.
Man memang suka memancing. Entah sungai mana dia pergi, aku pun tak tahu. Dulu ada aku tanya dan dia ada menyebut di mana tapi biasalah, kalau benda yang kita tak mahu simpan dalam otak, sekejap kita lupa. Seingat-ingat aku, sepanjang-panjang dia pergi memancing tidak seekor pun ikan yang dia bawa balik kerumah.
Mana ikannya Man.
Dapat kecik je. Man campak balik dalam sungai.
Dalam kereta semasa ke stadium seksyen 15 tadi untuk beraktiviti joging-joging mingguan, suami bercerita. Aku dan Imah pasang telinga walaupun cerita itu sudah berpuluh kali kami dengar.
Kawan ayah, Mustaffa Kamal ada sorang anak yang suka memancing. Mustaffa ni sudah menjadi aruah (alfatihah untuknya). Dia dulu pensyarah di jabatan geografi UM.
Satu hari anak dia ni ponteng sekolah dan kawan ayah ni melilau mencari anak dia. Dulu di tepi sungai depan ukm tu, yang sekarang ni taman perumahan seksyen tiga tambahan tu, ada lombong. Kawan ayah pergi cari anak dia di situ sebab dia syak anaknya ni pergi memancing kat lombong tu.
Memang betul pun anak dia kat situ. Dia terserempak dengan anaknya yang dah bersiap-siap nak pulang. Kawan ayah keluar kereta dan nak marahkan anak dia ni.
Tapi kan, suami aku ketawa. Anak dia tunjukkan ikan hasil tangkapannya. Kawan ayah cakap pada ayah; 'Din.. aku ni kaki pancing. Bila aku tengok dia tunjukkan ikan yang dia tangkap tu, cair aku. Tak jadi aku nak marah'.
Petang tu emak dia masaklah ikan yang anak dia dapat tu. Sebelah malamnya si anak berbisik pada emaknya; 'Sebenarnya mak. Ikan tu saya beli dari orang yang sama-sama memancing tadi sebab saya tahu ayah mesti marah pada saya'.
Begitulah tamatnya cerita suami aku. Sampai di stadium, berjoginglah kami sampai berpeluh-peluh. Dan seperti biasa, selepas berjoging singgah pula restoren kampuchea makan ban kuong.
Sekian cerita saya pada hari ini. (Teragak pulak nak makan ikan siakap kukus....)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
cover baik punye... nnt kaki mancing tukar jadi kaki kencin... ;p
kakpah...!
moh la poie ngaie lak haa...
dah lamo lak raso....
usihhh...! best eh lak aiii..!
Saya nak pancing kakPah lah...
Agak2 apa umpannya...
:D
haritu Abem ikut along mancing laut la kekunun eh... posan la kok xdo ikan parang sekor, tenggiri sekor.. toksah bwk blk.. mmg yo... sekor pun dio xbwk blk.. ayo ai.. xghoti nk kaber lgsg. poei la sggh gayen kojap boli siakap ko sekor... buleh yo msk stim limau...
ejamaria, haha..
kaklong, ekau poi borondam haritu tak bawak kae ko. ghugi la..
cklah, bawak je pisang goreng jawa tu hahaha...
kakngah, osah luruih bondol e abem kau.
salam kakpah,sey suko tgk org memancing,dio dok melangot topi kolam berbayar tu berjam2..sonyap sunyi yo sekeliling..kdg2 seronok gak tgk ragam mat2 kaki pancing ni kan..
tapi mahap la.sey tak ghoti pancing2 ni doh,se tau pancing ikan kek pasar yo.hehe
kak pah..macam la..orang kek gumah ni ha..ikan lansung tak nak pandang pancing e..yang heran tu kan..tak jemu ko..melangut..tapi tak dapek ikan..he he..
saya pancing ikan kat pasar je kak :P
mano toboh restoren tu kak? blakang petronas sek 15 tu ko? tingin lak nak mem ban kuong hah.
hihihi.. mesti anak dio minum susu dumex
.
.
bijak. bijak..
:D
Salam Kakpah,
Kakak ingatkan Man dapat tangkap ikan macam gambar yang ditayang tu. Kalaulah itu ikannya mesti sayang nak masak stim sebab cantik sangat.
heheh..
baik punyer cover.. :D
Siakap kukus??? mcm makan ikan kukus biasa tu ker? owh..
Memancing juga satu riadah minda. Dan jika rezeki ada pada hari itu, melawan sentapan ikan selama 30 minit adalah bersamaan dengan berjoging 3 jam (kerana adrenalin dan keterujaan ketika menaikkan ikan)...jom mancing! Hahahaa
anymz, ko tau tak, kocik2 marin akak kan main goma mancing sobab abah pun kaki mancing. kalau dio poi mancing dokek2 akak ikut. tapi dulu tu umpan e cacing yo..
erna, melangut lamo2 tu sobab carik ilham hehe..
lilies, samo la cam akak
tijah, tu la kek bolakang petronas tu. dulu namo e lain tapi dah tuka namo plak. apo namo e tak ingat pulak. znm nasi ulam ko apo.. sobolah kodai mamak.
kts, orang mancing ni memang bijak2 sebab lamo termenung carik ilham.
kakzakie, kalau ikan yang tu, kena bela hehe..
ena, haah.. siakap lagi koww..
nizam, akak taulah ekau ni kaki mancing..
kak, laki aku pun ada perangai suka cerita balik cerita yg dh 14 kali aku dengar...
.
salam kak pah
ban kuong ni benda alah apa hehehe
mmg bijak anaknya arwah tu... ;)
Salam Kak Pah,
Rajinnya Kak Pah berjogging. Suami Kak Yan memang rajin ke stadium tu, tapi setiap pagi hujung minggu le. Kalau hari biasa, dia berjalan di kawasan perumahan saja.
Kak Yan teringin kali jugak nak ikut,tapi baru cuba dua kali, esoknya kaki dah bengkak...langsunglah tak teruskan...takat exercise dalam rumah sajalah.. :-)
ikan siakap kukus - 1..
nasi tambah - 2 pinggan.. kehkehkeh..
ban kuong?. ape tu kak?.. (tak reti aaa makan makanan taiwan, jepun semua ni.. huhuhu).
kat kedah ngan Perlis time time ni depa tak mancing...depa taguk ikan dalam rumah jaaa..
.
.
.
puyu, keli, haruan melompat lompat dalam rumah!!
mesti 'anak mak' si kaki pancing itu...
tm, laki aku camtu gak. cerita ulang tayang sampai skrip pun kita dah hapal.
pakitam, sejenis makanan kampuchea. ada mihun dan udang balut dalam ricepaper. pastu cicah dengan sos dan sup.
maksu, sungguh bijak
yan, kakpah pun sabtu ahad je yang free. saja nak kuar2 peluh. dulu2 dua tiga round dah penat. tapi sejak amalkan makan 4life ni, alhamdulillah.. dapatlah setengah jam dan kadang2 telajak 40 minit.
tiny, tu yang macam kakpah jawab kat atas tu. meh sini akak belanja tapi.. yang tu dia buat tuk breakfas je kot..
ashley, wow.. pasang jaring lagi senang.
dr singa, hehe.. mestilah tu.
Post a Comment