Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, November 18, 2010

nasi lemak buah bidara

Aku masuk dalam barisan. Cuma ada dua lelaki di depan aku. Alhamdulillah. Tak perlu tunggu lama-lama. Lagipun aku mahu cepat balik untuk membuat persiapan rendang daging resipi minang yang aku perolehi daripada kak mis.

Mataku sempat melingas ke sekeliling. Banyak meja yang berpenghuni dan irama geseran sudu garpu di pinggan bercapur baur dengan laungan pekerja mengarah itu ini. Laku bisnes ini walaupun hanya sebuah rumah corner lot yang telah diubahsuai menjadi sebuah restoren kecil.

Perhatian aku beralih kepada makanan di depan aku. Ada kuih muih. Ada mee dan bihun goreng. Tumpuan aku hanya kepada nasi lemak. Orang yang paling depan juga memesan nasi lemak tiga empat bungkus.

Kelihatan daun pisang tersusun di tepi rak. Di sebelahnya tersusun helaian kertas surat kabar yang telah siap dipotong untuk dijadikan pembungkus. Ada di antara helaian itu yang kelihatan amat lusuh dan sudah kekuningan. Aku membuat andaian di dalam minda.

Aku perhatikan. Pekerja membentang helaian surat kabar. Di atasnya diletak daun pisang yang cuma menutupi sedikit sahaja bahagian tengah kertas itu. Sedikit sahaja. Selebihnya hanya kertas surat kabar yang ada bahagiannya sudah kekuningan. Pekerja mencedok nasi dari dalam bekas. Meletakkan nasi itu di atas daun pisang. Kemudian dia mengambil ikan bilis. Dia mengambil ikan bilis menggunakan tangannya yang bogel. Dia mengambil suku biji telur. Juga dengan tangannya yang bogel. Dia mengambil timun. Juga dengan tangannya yang bogel. Kemudian dia menyudu sesudu sambal.

Pantas perkerja itu bekerja. Pasti sayang kalau orang yang sudah pantas dan pandai berkerja seperti itu tiba-tiba mahu berhenti. Sayang. Rugi toke. Nak mencari yang baru bukan senang. Tambahan lagi untuk mendapat yang bagus seperti itu.

Nasi tadi kemudiannya dibungkus. Kertas dilipat dan aku perhatikan sambal dan bahan-bahan di dalam bungkusan lebih banyak yang terkena kertas surat kabar daripada yang dibungkus dengan daun pisang.

Apabila sudah siap, dia memasukkan bungkusan-bungkusan nasi lemak itu ke dalam plastik dan menyerahkannya kepada sipembeli. Pembeli beredar ke kaunter bayaran. Pekerja tadi pula, sebelum mengambil order orang di depan aku, sempat menyapu tangannya yang sudah tercemar dengan benda-benda yang dipegangnya tadi ke tepi bajunya di sebelah kanan. Kemudian tercari-cari tuala kecil. Setelah menjumpainya, dia menyapu pula tangannya di tuala itu. Tuala itu juga yang digunakan untuk mengelap daun pisang sebelum daun pisang itu diletakkan ke atas pinggan. Dan kain buruk di dapur aku lebih putih daripada tuala yang aku nampak.

Aku sudah kepenatan sebenarnya kerana dari pagi aku keluar mencari daging dan bahan-bahan lain untuk persiapan aku memasak pada pagi sebelum raya idil adha. Orang terlalu ramai di pasar. Berpusu-pusu. Hendak memilih dan membeli barang satu hal. Hendak membayar satu hal lagi. Oleh kerana penat, aku sudah tak berdaya untuk berfikir dan memilih. Walaupun aku nampak ketidak-haijinnya penyediaan makanan di depan aku, aku dah tak ada kuasa.

Sebab itu bila ditanya 'akak nak apa?'
Aku terus jawab ' nasi lemak bungkus.... empat'

23 comments:

kakngah said...

kak,
nanti kungsi resepi rendang daging minang tu eh..

nak lg cun, kungsi rendang minang tu terus.. blh ngap terus. hihihi!!!

Hjh Noralenna Abbas said...

Ada penjual roti canai pun begitu. dia tebar adunan (dough) dia juga yang menerima bayaran pembeli.Lap pulak tangan pada kain buruk Kain buruk itu juga lap kuali canai. Geli saya nak makan roti canai air tangan dia.

julietchun said...

tuala itam ngan suratkabar kuning tu yg melariskan jualan dorang,hahahaha.

Kakcik Seroja said...

Salam Kakpah...

Lepas tu - bila fikir2 semula - loya tak? ;-)

Ena said...

BILA PENAT TERUS LA ORDER YG DEPAN MATA YE KAK PAH.. HEHEHE
YERLA AGAKNYA PEKERJA TU NAK CEPAT SAMPAI LUPA KEBERSIHAN DIRI DIPERHATIKAN..

MANA RENDANG MINANG TU KAKPAH? HEHE

Hanisham Ab Halim said...

Kak Pah,
Salam Aidiladha....

aNIe said...

Kak Pah.. selamat hari raya aidil adha...

Adegan2 yang biasa kita lihat di kedai2 makan yang tidak mengamalkan kebersihan... kadang2 ianya boleh membantutkan selera.

Zaitun said...

Apa yang kakpah ceritakan tu memang banyak terjadi tapi apa yang saya alami lagi dahsyat.
Satu hari saya membeli nasi lemak yang berlaukkan telur rebus selalunya sipenjual dah siap potong2kan telur tapi disebabkan setiap nasi lemak saya nak sebiji sebiji maka dia pun mengangkat bekas yang berisi telur. Alangkah terkejutnya saya kebanyakkan telur ada najis dan ada telur yang pecah,rasa nak cancel tapi malu,lastnya saya bayar balik rumah saya buang dan sampai sekarang saya tak beli nasi lemak dia lagi.

Nizam.Ariff said...

Cukup wangi tak rendang tu? atau trak cukup daun kunyit? hahaah

Acik Erna said...

kak pah..he he..panjangh lebar kak pah tulis..dengan sabar..saya membaca.dan yang tak sabarnya..kak pah beli jugak???ish3 kak pah ni..baik beli roti je kak pah..
tapi..bak kata kak pah..dah letih..dah tak berdaya..beli aje la apa yang ada depan mata..

ibundo said...

kakngah. haha.. rondang minang tak sampai potang dah abih. nanti kalau buek lagi bulehlah kungsi. Nak bagi sokarang tak best lah kalau tak tepek gamba kan..

ibundo said...

kak hajah nora, ada bab2 kebersihan ni dorang tak jaga. kadang2 saya tegur jugak tapi alahai.. pandai2 lah kalau meniaga tu..

juliet, wakaka.. ada perisa tambahan

kakcik, malas nak pikir. ngap jer haha

ibundo said...

ena, rendang minang dah habis. rugi ko tak datang hiii..

echam, salam idil adha

anie, eid mubarak. sarung tangan plastik banyak. kalau tak de, pakai lah sudu.

ibundo said...

zaitun, aduyai.. gelinya nak makan. nasib baik nampak. kalau tak nampak, mesti terjun terus masuk dalam perut. apa sangatlah susahnya basuh telur tu.

nizam, weh.. dah tukar wajah. daun kunyit dah habis orang sapu..

erna, haha.. pejam mata, pejam tekak... belasah je. nasib baik tak ceret beret heee...

iina said...

Yolah kan kak.. kalau dah nmpk tuh mesti xlalu tapi.. bila dah xlarat pejam mata jek.. kdg2 lebih puas hati masak sendiri.. tapi nak buat ye kdg2 mls jek ;)

h4ni3 said...

hehehe..
ingatkan kak pah terus kensel nak order.. tapi yela.. sampai hari ni pun kedai kat bangi banyak lagi yg tutup. huhu.. sakan betul diorg ni beraya

en_me said...

tak haijin kanns.. uhuhu

ibundo said...

iina, pagi tu dah makan dah. tapi bila semua dah ada kat rumah, brekfast yang siti buat tu tak cukup lah pulak. tu yang pegi cari tambahan tu. solamat hari rayo yo..

hanie, semalam lepas joging (selalunya sebelum joging tak makan apa2. cuma minum air je), kitorang pegi nu'in nak breakfast kat situ. tapi tutup lagi rupanya...

en me, tau tak per..

Kakzakie Purvit said...

Salam Kak Pah,

Entah kenapa tetiba kakak punya PC tak boleh buka aulad jannah sejak semalam petang. Ini baru boleh. Baca separuh-separuh tiga-empat kali tau.

Nasi lemak buah bidara
tak nak masak belilah saja....

Dr Singa said...

kakPah kata lah..
'tak nak timun,,tak nak telor..tak nak ikan bilis..'

kurang sikit ketidak haijinnannya...

ibundo said...

kakzakie, ow ye ker.. ni mesti dah kena haijek ni hahaha..

dr singa, nyaris-nyaris akak nak ketuk je tangan dia tu tapi tak taulah apasal haritu akak jadi bisu pulak..

Cik Azz said...

haijinan tu apa Kak Pah... tak ponah donga lak..

ibundo said...

azz, haha.. tu la masaalah e kalau bahaso omputih memandai yo dimelayukan. hygiene keh..keh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...