Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, November 27, 2010

please!!!!!



Saudara cari saudara. Bagus. Ikatan persaudaraan akan berterusan. Anak-anak saling kenal mengenal. Tidaklah nanti kalau tersadung bahu pun tidak kenal.

Aku suka sepupu aku yang seorang ini. Abah aku dengan abah dia adik beradik. Tapi dia dari kecik dah tinggal nun jauh di pantai timur. Macam yang aku kata, dia seorang yang suka mencari saudara. Kalau turun ke kl dia akan singgah ke rumah aku dan juga rumah saudara mara yang lain.

Satu saja perangai dia yang buat aku berasap. Sukaaaaaaaaa sangat datang tak bagitahu awal-awal. Dah tu datang dekat nak maghrib. Kalau datang time tu takkan lah aku nak keluarkan air teh dengan biskut meri je. Paham-paham lah kan. Imajinlah aku kena terlari sana sini nak menyiapkan makan malam untuk dia satu famili. Bukan dua tiga orang tapi berekor sampai dua kereta. Anak dah besar-besar pula tu.

Macam tadi. Aku dah plan dengan anak-anak sejak semalam lagi yang petang tadi nak buat barbeque. Bakar ayam, sosej dan makan dengan nasi lemak. Betul-betul tengah hidupkan api arang, telefon berbunyi. Dia bagitau nak datang dan masa telefon tu dah ada kat kajang pun. Tak ke berasap-asap telinga aku ni.

Kalau cakap awal kan senang aku nak siapkan ayam secukupnya. Nasi secukupnya. Dia kata tak nak menyusahkan aku. Lagi susah aku adalah. Kelam kabut aku keluarkan apa yang patut dan masak lagi apa yang patut.

Patut ke buat macam tu. Memang tak patut. Memang tak patut.

Yelaaa.. aku tahu lah. Tak baik mengungkit. Nanti tuan rumah tak dapat pahala. Aku bukan nak mengungkit pun. Aku memang suka orang datang ke rumah aku dan aku memang suka jamu orang makan. Yang aku nak cakap ni, kalau nak datang bagitaulah awal-awal supaya aku tak terlari sana terlari sini.




Ada sesiapa boleh bagi petua nak keluarkan hangen dalam badan aku ni?




Baik aku minum air lemon-madu aku ni dulu......


17 comments:

Tijah said...

minam teh halio lak kak. lopeh tu pasang ekon. bebungkuih sampai esok. huiii konfem seleso lopeh tuh...

iina said...

ok kak.. nanti next time den nak dtg den bgtau sebulan awal hehehe ;)

Marina Monroe said...

ha ha ha...hangin tak per, jgn puting beliong..

kak long said...

kakpah..
den nak datang sekarang gak buleh?
heheheh..!

Ena said...

a'a la kan kak pah.. ena pun tak suka mcm tu.. tensi jekk.. wat kita kelam kelibut!.. ishh! tak patut.. tapi selalu gak kena mcm nie.. tak suka di terjah camtu..

ckLah@xiiinam said...

Nanti ckLah nk dtg, ckLah beritahu 7 hari awal...


Tadi pun anak saudara dari IPB (Inst. Perg. Bangi)siap bawa kawan, telefon kata nk tumpang solat Maghrib masa azan sdg berkumandang, dan nk tumpang tinggal kereta. Mereka nk ke Kelantan bas jam 10. Kebetulan Dia dan Diba buat nasi goreng campak2 je! Itulah yg depa makan....Lepas depa berangkat, ckZahan beli mi goreng mamak...dah kelaparan. Hihi

Aku said...

Len kali, bila diorg tepon suh tapaw sekali mee goreng kat kedai untuk dia org, pastu makan sama-sama.

Aku selalu gak wat camtu kalau kes adik-adik ipar atau anak sedara datang mengejut...hahaha

kakpah said...

tijah, bagus gak kan? tapi maleh nak bobungkuih. takut tak bangun langsung..

kakpah said...

iina, umangai.. osah lamo e in advance.

marina, haha.. ranap terus.

kaklong, buleh.. air lemon madu tu ado lai.. toguk yang tu yo adolah..

kakpah said...

ena, tau tak per. berserabut pikir apa yang patut nak buat.

cklah, singgah mengejut ni tu lah yang susahnya. Kalau petang bolehlah kita keluarkan cekodok je. Malam, tentulah kita nak hidangkan yang heavy. Takkan nak tengok je kita makan...sian pak zahan hiii..

nizam, wah.. baguslah kau punya idea.

kayteeze said...

Sama lah dengan Tie, kakPah. Sedara belah sana memang suka gitu. Kekadang tetiba call sedangkan kita tak masak nasi (buat soto), mereka pulak tak jauh dengan nasi. Boleh pitam kita masak sorang-sorang dalam masa sejam!

Kita dah suruh abg warning, suruh beritahu terlebih dulu, at least sehari awal, tapi mungkin dah jadi kebiasaan...

Satu lagi, orang sana kalau sampai rumah orang tak kira tengah malam pun, kalau tak pelawa makan nasi, nanti akan anggap kita sombong. Sebab tu dalam fridge kita memang sentiasa sedia bahan mentah dan kabinet dapur tu macam mini market!

Zaitun said...

Saya pun tak suka orang datang main terjah aje kalau boleh beritahu awal kita tak kelam kabut.Kadang2 bahan mentah ada tapi tak cukup bahan lain pula.

My hubby suka bawa makan kat luar aje kalau berlaku macam ni tapi kalau dah ramai sangat kopak jugalah.

kakngah said...

arwah mak saya ramai adk beradik 1 bapak lain mak...
kebanyakannya dh putus hubungan. kalau selisih bahu pun, lom tentu kenal sepupu sepapat.
hhmm.. banyak kerugian di situ..

kalau yg dtg tu sesiap bawak bekal pun syiok gak kan kakpah???
hihihihii!!!

Aku said...

Oo... ye.. kalau aku lak yang datang mengejut, selalunya aku telefon bagi tau aku nak datang jap lagi tapi aku dah pesan siap2 suh masak nasik je sebab lauk-pauk aku dah tapaw kat kedai untuk makan sama-sama. Kira fair n square la...

kakpah said...

tie,macamtu lah kan? kalau kita tak suka orang buat macam tu, kita pula janganlah buat benda yang sama pada orang.

zaitun, haha.. memang pun kopak kalau makan kat luar. Kalau siang kita boleh pergi kedai beli lauk. kita tinggal masak nasi je. Kalau malam? jarang ada kedai yang jual lauk.

nizam, tu baru betul. Aku pun suka ...

kakpah said...

kakngah, sayang kan kakngah kalau tak kenal satu sama lain..Sebab tu kakpah cuba cari balik sepupu sepapat yang ada kat daerah minang nun...

haha.. kalau datang bawak bekal, sonangggg... datang piknik kek umah kpah ni..

ieda said...

saya pun tak suka org datang rumah tak tepon dulu...dahla rumah macam tongkang pecah.makanan wajib takdak.so sesapa yg mai tetiba tu nasibla...makan biskut cicah ayaq teh sajalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...