Followers
jom klik
Saturday, December 4, 2010
Air Batu Campur pun SODAP
Dua lebih tahun yang dulu aku tidak tahu pun blog itu apa. Anak-anak selalu bercerita itu ini dan bila aku tanya kat mana dapat, mereka bagitahu dapat kat blog kawan. Kemudian aku tengok suami aku pula buat blog. Hari-hari tulis kat blog. Pagi bukak blog tengok berapa hit. Sebelum tidur malam pun tengok berapa hit. Memang orang berduyun-duyun masuk blog dia, baik yang suka, baik yang mengutuk.
Bila aku bising-bising sebab bila aku nak berbual orang tak nak layan aku berbual sebab kusyuk buat n3, dia bagi sajesyen aku buat blog aku pulak. Aku tanya nak tulis apa. Dia cakap tulislah pasal tadika.
Maka terkial-kiallah aku create blog aku. Semua buat sendiri dan bila siap, aku banggakan diri tunjuk pada suami dan anak-anak. Memang mulanya aku buat untuk promosi tadika aulad tapi lama-lama blog ini sudah menjadi macam air batu campur.
Tak kesah lah kalau orang nak kutuk aku atau memperlekehkan aku. Bagi aku menulis di sini merupakan satu perlarian. Lari daripada realiti dunia luar. Di sini aku bebas dan merdeka.
Biarpun hatiku rawan, aku tidak tunjukkan rawanku di sini.
Biarpun perasaanku tersentuh, aku tidak tunjukkan pedihnya di sini.
Biarpun aku merajuk, aku tidak tunjukkan rajukku di sini.
Biarpun aku dirundung masalah, aku tidak tunjukkan keluh kesahku di sini.
Biarpun ada orang membenci aku, aku tidak tunjukkan kebencian itu di sini.
Di sini tempat perlarian aku.
Harap maklum,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Telah ambil maklum.
Sekian, terima kasih.
Hehehe... :)
macam2 leh tepek kt blog kak....hahaha...den pun suko yo melabunnn
kan kak kannnn? kito buleh hepi2 sini layan komen. nak sodeh2 kono poie topi pantai lah...
Salam kakpah,
Tapi kekadang kegembiraan dan kesedihan dapat dikongsi bila berblog nie. Teman dekat tak dapat membantu tapi teman tak kelihatan ada kalanya dapat membantu walau dgn beberpa patah perkataan saja.
'pelarian'...
kakpah lari den koja...hehehe!
salam kak pah
hiduppp kak pah hehehe
cayalah
yg penting bukan pelarian rohingya kan
teruskan menulis dan berkongsi cite
Salam hajah,
Blog saya Ribena + sirap..tapi selalunya terlebih sirap!
suka & duka leh kongsi sini kan kakpah.. hehe
Pelarian takpe kakpah boleh mendaftar dgn UNHCR. Jgn jadi pendatang haram. Nanti kena hantar balik hehehe
Air batu campur sedap minum tengah2 hari ni.
Mcm tu juga blog. Seronok baca bila tengah pening fikirkan kerja.
blog tempat kita lari dari rutin yg membosankan... kan kak pah kannn? =)
kak pah..boto tu..tapi..saya main bantai tulih yo kak pah..sumo se tulih..he he..
ABC tuh sodap lah kak.. tapi sojuk2 nie.. abc pun tak lalu nak mkn hehehe ;)
Alah kak janji happy kan ;)
alahaaaaaiii..
tetiba rasa sayu baca ayat2 yg last tu...
.
.
abc mmg sodap
rojak pun sodap gak.. ;)
jom lari sama2
salam hajjah
blog yang baik pengikutpun ramai
syabas hajjah
kakcik, terima kasih kerana ambil maklum
noli, suko ati kito la kan
tijah, botul.. malehlah nak mintak simpati kek sini.
kak zakie, hehe.. ada benda2 yang kita tak mau orang share sama.
kaklong, jomm.. lamo tak main koja koja ni
pak itam, kongsi2 mana yang patut je lah ye hiii..
kak hajjah nora, sirap sodap.. ribena pun sodap..
ena, boleh kongsi apa yang patut
yb, kpah cukup syarat tinggal kat mesia haha..
kalau tension, stress dan banyak keje.. kat sinilah tempatnya.
hanie, betul..betul..
erna, ado yang nulih ikut tema. macam kenduri kawin sekarang ni... ado tema. tapi yang main bantai ni yo yang sodap.. kan erna kan..
iina, ekau sonanglah cakap. snow banyak kek sanun. kau kopal kopal taruk sirap.. srooottt...
kts, jom.. siapa sampai kedai donat dulu dia menang.
azani, errr.. kriteria tu boleh pakai ke..
Just the way you are...
Cara hidup kita mungkin berbeza.. Tapi pemikiran kita mungkin bersatu untuk satu2 masa...
Keep blogging kak..
Post a Comment