Aku kalau bercerita dengan anak murid, siap dengan aksi, sound effect, mulut herot merot, mata jegil, suara ubah ikut watak, sampaikan budak-budak terlopong atau terjerit-jerit. Selalunya di puncak cerita aku akan cakap;
it's time for you to pack up your things and get ready to go home. We continue the story tomorrow.
Reaksi yang aku dapat dari mereka ialah
Alaaaaaaaaaaa ummuuuuu...........................................
Trick? Ya.. memang satu trick supaya anak merasa seronok untuk datang ke sekolah keesokan harinya.
.
.
.
.
Okaylah. Kita sambung balik cerita yang terputus semalam.
Dalam penerbangan, ketua stewardes datang jumpa aku dan beritahu bahawa ada satu penerbangan SIA akan berlepas dari Los Angeles. Apa yang patut aku buat ialah bila saja aku sampai di San Francisco nanti, aku kena naik kapalterbang ke LA pula.
Aku turun di SanFran, naik kapalterbang ke LA dan bila sampai LA aku terkejar-kejar carik counter check in. Bayangkan bawa beg susu, diaper sebelah tangan, bawa satu lagi beg entah beg apa sebelah tangan lagi. Anak aku? tergantung-gantung kat depan aku macam kangaroo bawak anak. Gelabah tak usah cakaplah. Aku ni memang penakut. Apatah lagi bila tengok semua orang asing kat keliling.
Bila semua selesai, aku terkejar-kejar lagi masuk pintu berlepas. Barulah dapat aku menelefon hasben aku, call-collect... sebab duit tak ada. Aku masih ingat lagi apa yang hasben aku cakap bila aku bagitahu yang aku ada di LA.
Hah? LA ? Kenapa pergi LA.
Dan aku boleh bayangkan muka dia pucat lesi kerana anak isteri tersadai di tempat yang dia sendiri tak boleh nak datang menyelamatkan. Dia ingat aku dah tersalah naik kapalterbang.
Dipendekkan cerita, aku sampai jugalah ke singapura dan di sana aku terkejar-kejar lagi sebab connecting flight aku ke Subang dah hampir nak berlepas. Dah tu sampai subang, luggage aku pula hilang. Dua minggu lepas tu baru dapat.
Macamtulah ceritanya. Mungkin bagi korang pengalaman aku ni tak adalah edvenceres sangat. Tapi bila aku pandang balik ke masa itu, aku sendiri heran macamana aku dapat melaluinya bersama-sama bayi sepuluh bulan yang aku kendong di depan badan aku.
Dua minggu aku demam.
kakpah
28 comments:
mak-mak memang gagah kak :)
kene reves blkg.
nak tau apa kes pangkal pulak.. ini dh hujung dah..
kito orang pompuan ni sumo buleh buek....cubo orang lelaki..suh jago anak jap...lotih eh seminggu tak ilang...!
wanita mampu mengoncang dunio...!
ese tabik spring la mo akak....!
eh... kalau saya pun demam gak...
caya la kak... buat saya pun jerit mcm anak murid 'ala ummu...' (pasal semalam... )
kak pah dimana ada kemahuan di situ ada jalan.. samalah masa saya 1st sampai ke london thn 2001 dulu betul2 sebulan lepas insiden 11 september tuh.. dan heatrow airport baru buka seminggu jek.. ingat lagik ngeri.. sampai mat2 saleh masa tuh pandang kami semacam jek masa queue.. kena pulak flight kami tertinggal.. kena naik flight lain.. gabra.. tapi kena rajin tanyalah.. kalau tak tanya.. mana nak tahu jalan penyelesaian kan..
Itu belum kes saya tersadai tidur kat airport yg sama masa nak balik mesia for good.. itu 1 kisah lagik hahaha lainkali cite.. apa pun.. setiap tuh ada pengalaman istimewa.. adventures ke idak.. no hal.. sebab hanya kita jek yg tahu camna rasa pengalaman tuh kan.. hehehe..
Berani tul kak pah ya...
Kalau saya ntahle
Bila dah terpaksa, boleh aje. Oh, saya di Penn State 1986-1987, lama dah!
kalau dah terdesak , ilang takut timbul berani kan... walaupun ati tetap cemas
salam kak pah
pengalaman yg mahal tu
mesti kalau ingat2 kembali , ketawa pun ada , senyum pun ada hehe
alhamdulillah, setakat ni saya tak pernah lagi tersadai di airport psl terlepas flight, tersadai pasal transit adalah , tunggu conection flight yg 3-4 jam lagi, tapi kalau kat changi atau dubai, tak membosankan hehe
Dapat rasa, cam mana kelam kabutnya kak pah masa tu.bangga ngan perempuan, serba serbi boleh.
Tu la kan perempuan.. lembut jgn di sangka lemah.. kalau tak tak keluar la anak2 dari rahim kan!.. pastu tak de la pepatah.. tangan yg menghayun buaian bisa menggoncang dunia.. eheheh..
eh! pandai je cakap.. kalo ena yg terkena tak tau ler camner plak gamaknya.. huhu
Salam kakpah,
Kekuatan hati seorang ibu muda dulu tidak sama dgn ibu muda sekarang. Biar cemas mana pun anak di kendong dgn selamat. Dah besar pun sekarang. Apa kata Along kakpah dgn serita ini?...
Kakak rasa kalau ianya terjadi sekarang pada kakpah walau tak kendong anak pasti lain jadinya....
Orang kata bila dah terdesak, semua benda yang tak kita jangka boleh buat akan kita buat...
kalau tak demam memang kebal...!
saya memang salute dgn kaum ibu ni, gagah perkasa tak kira masa. :P
kesian kak pah, sampai demam. Memang takut kannn, nora pernah gak kena masa nak balik malaysia dari UK. Tapi nora terpaksa tido kat amsterdam satu malam. Nasib baik diorang bagi free call untuk bagitau famili. Husband nora pun tak boleh tido masa dengor nora stranded kat amsterdam tu. Tapi bila ingat balik, hmmmm pengalaman yang sangat istimewa :D
3 kali den baco perkataan ni -edvenceres... siap ngan accent amerika lg.
perkataan baru ko apo??
ghupo2nyo... hahahaha. mmg edvenceres.
.
.
den dpt ghaso kolotihan kakpah. fuh. lotih! nak kono tido jap! bos pun takdo ni
:P
lilies, samo macam ekau kan?
kakngah, ekau bojalan sakan kakngah
kaklong, akak tabik samo kau gak
ejamaria, mesti ko pun tekejar-kejar nak tau cerita sambungan kan? haha.. terasa macam kena trik?
iina,cerita cerita macam tu lah pun yang kita nak sebut2 kat anak cucu. hasben akak sejak bin laden dah naik nama ni memang tak jejak dah kat negeri omputih haha..
cikgu nomah, berani tak berani terpaksa. memang berserah je..
kak hajah nora, nama pun dah terpaksa kan? Ooo.. saya dah balik dah time tu.
ibuintan, tak tau la mana datangnya kekuatan tu. Mungkin sebab tak ada sesiapa untuk nak bersandar.
pak itam, kalau air asia toksah cakap haha.. asek tersadai je.
cik ina, kalau suruh buat lagi sekali.. erk.. tak termampu rasanya.
ena, haha..mau kau melolong agaknya ena.
kakzakie, sekarang ni? jangan kata nak sesat kat luar negara. Pergi kl sengsorang pun tak reti nak cari jalan. Sebab tu kalau ke kl mesti ada orang yang teman drive. kalau tak, baik kpah naik komuter je.
azz, botul cakap ekau.
kog, demam siap meracau lagi hahaha..
juliet, yes!! ai lap u.
nora, pengalaman mahal macam ni susah nak dapat. kita akan ingat sampai bila-bila dan dapat kita ceritakan pada anak cucu cicit kalau sempat hiii..
kts, ekau curik tulang ko curik makan. nanti den lapor samo bos..
BOSS!!!!!! (bos ekau pun tido ko)
saya kan KakPah...
acara sebegini.. berlaku setiap kali balik Malaysia.. :)
cuma tak bawak anak kangaroo je..
dr singa, haha..cuba ko bawak kangaroo seko doc.
nasib baik kakpah pandai cakap omputeh kan
hehehe
mmg mencabar..fuh..duduk di rantauan mmg banyak cabarannya..yg penting kena sangat berani,x malu bertanya dan jgn takut2..(walau pun takut sbnrnya..heheh)mabruk2 tu akak..pengalaman berharga tu..bawa anak kanggaroo mmg lagi mencabar..dil dah rasa..huhuhu..:-)
Post a Comment