Dah pun hari Jumaat. Pejam celik pejam celik dah tiga minggu cuti sekolah berlalu. Aku dan staff tak cuti sebab sibuk nak mengecat kelas, mengoyakkan hiasan dinding yang dah rosak dan menggantikan dengan yang baru. Terasa macam cuti sebulan lebih tidak cukup untuk membuat banyak kerja lagi yang belum siap.
Sabtu Ahad pula berpesta makan sebab ramai yang buat kenduri kawin. Macam minggu ni... agenda agak padat. Malam nanti ada dinner srikandi di hotel singgahsana.
(Pakaian: ala srikandi atau busana muslimah.. Kawan aku tanya, pakaian srikandi tu macamana. Aku cakap, kau pakailah sanggul lepas tu kau cucuk benda yang bergoyang-goyang kat sanggul kau tu. Dia jawab, aku pakai tudung nak cucuk tang mana. Aku jawab lagi, kau cucuk kat bulu kening. Haha.. boleh melawak lagi tu. Ala.. pakai je la yang menutup aurat.)
Besok ada 3 kenduri (sendat la perut). Ahad, staff aku mengahwinkan anaknya.
Dan aku dah pandai-pandai berjanji pada staff aku yang aku akan buatkan cupcakes hantaran 12 biji untuknya. Nak pakai hari Ahad. Kenalah aku selitkan tugas ini ke dalam agenda aku yang padat. Orang cakap takdo kojo caghik kojo. Pagi tadi lepas subuh aku selongkar gobok barang masakan aku untuk mencari gelatin. Ingat nak buat sugarpaste dulu dan simpan elok-elok dalam peti ais. Rupanya dah habis. Kenalah tunggu kedai bukak baru nak pergi beli. Gelatin yang halal ni di giant saujana je yang aku jumpa. Halagel. Kalau bukan halagel aku ada sedikit was was.
Besok, Sabtu, aku hantar 4 orang staff aku pergi kursus montessori di International Islamic College kat Gombak nun. Semuga mendapat ilmu yang boleh dimenafaatkan bersama.
Sekian laporan ringkas.
29 comments:
as salam kakpah,
sendat, padat, hongeh, tosanda..
laporan di terima.
medey..medey..
esey pun naik ke KL hari ni.jalan2 di IKEA menghabihkan pitih hujung tahun.
minggu ni line clear.takdo jemputan..
hehe..
Super Women... :D
Salam Kak Pah.
Gayanya jadi jugak Kak Pah ke dinner Srikandi tu...jangan lupa snap photo ye....Kak Yan boleh gak tumpang tengok....:-)
Salam
besok balik kampung lagiiii.
Dok sana hingga 2hb January 2011
roger! laporan diterima.
saya berkehendakan cupcake juga~
Selamat berkenalan dan mengahabiskan cuti persekolahan yang panjang.
pakaian srikandi harus ada tengkolok kak pah
hahahaha
err..puan hajjah..bukan 'menafaat' tapi 'manfaat'.
heh..heh..
nanti jgn lupo tepek gamba reunion taw kak...
alang2 nak buat 12 bijik tu, buat la lebih sket kakpah.. kite nak jugakkkk! hehhehe
nnti post gambar kapkek tu tau..
.
jadi yo buek yo...! namo pun dah berjanji kan kak?
Makan julap untuk kurangkan sendat...hahaha
EHEmm..EhEmmm..
pembetulan pembetulan lagi..
.
.
dia tak HANTOR staff dia.
STAFF dia naik kereta sendiri!
TAPI OF COZ la buleh claim
hahahahahahha
Kak Pah : SPOIL BETUL kalau ada staff yang sesibuk baca blog aku nih!
btw HONGEH tu menatang aper?
SENGEH aku tau la...
.
.
Aku rasa macam dah baca definasi ni dulu..
tapi ILMU TAK NAK LEKAT kat kepala!
Salam Kakpah,
Memang banayk tu jadual. Padat. Ingat jangan tak ingat sudah. Tema srikandi tu kakak nak lihat lepas majlis photo2 nya.
salam kak pah..ingat kan hongeh tu dah makan..ghupo ne..bolom laie..hari ni baru jumaat..jangan jadi lobai malang lak kak pah..dah lapor kek sini kato hongeh..sokali tak dapek lak makan..he he..
kak pah.. lopeh sendatkan perut boleh tak goyangkan perut hahaha.. ;)
ibuintan, memang dah tosanda dah ni kohongehan..
anim, weh.. nyoping lai. banyak boli poghiuk, pinggan mangkuk bagai ko..
faraulah, yes!!
yan, pegi malam tadi.. seronok jumpa kengkawan. rugi kau tak pegi yan ..hehe.. by the way, u batch tahun berapa.
pb, balik kampung lagi pb.. hati2 di jalan raya.
kakngah.. siap!!
bujal, kena oder dulu.
kak ina mail.. selamat berkenalan. kita teringat kat junior masa sekolah dulu. namanya ina mail jugak..
kts.. erk.. bukan itu srikanda ke.
farah, dlm blog orang dah tak ikut ejaan ..
tijah, gambar ada sedikit tak cantik. camera canggih tak bawak hehehe..
hanie, 12 bijik pun juling bijik mata ni..
tasek, haha.. acara menunjuk2 mesti ada kehkeh..
kalong, dah janji kan kaklong. konolah buek.
nizam, makan julap kang aku asek tekejar-kejar lak. ish..ekau ni.
ashley, memang spoil tullah ekau ni.. aku baru nak membangga diri hahaha..
hongeh tu maknanya terlalu kenyang sampaikan nak benapas pun dah tak boleh dah...
kakzakie, sebab terlalu rancak bercakap sampaikan ambil gambar pun tak sempat hiii...
erna, pikir pasal makan pun dah boleh buek hongeh. makan lagilah hongeh..
ina, wakakaka...lawaklah ekau..
cepat sungguh masa berlalu kak..tup tap tup tap dah bukak sekolah..adeh..aku dok cam ni jugak
Salam
Lately ni selero makan den membuak2... hongeh dibueknyo... ghisau plak den nanti boncit tak cun lak...
yati, cepat betul!!! banyak lagi benda nak buat ni.
mamawana, haha.. ko jaga-jaga selera ko tu. takut nanti boncit sebab lain haha..
salam kenal :)
Post a Comment