Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, January 27, 2011

BODYGUARD

Salam.

Sekarang ni kalau aku pergi kedai, aku dah ada bodyguard.  Bodyguard aku memang berbadan pejal. Orang selalu geramkan lengannya yang bulat. Nampak tak lengan tu bintat kena gigit nyamuk.




geramkan betisnya yang penuh isi.






geramkan pipinya yang tembam




dan geramkan rambutnya yang berkerinting.  Taruk minyak satu botol pun, rambut tu berkerekot macam tu jugak.






Faris kata dia ikut nenda pergi kedai sebab nak tolong angkat barang.





Dua hari lepas aku ke econsave bersama bodyguard.  Datang seorang, usap rambut.  Datang seorang usap lengan.  Datang seorang cubit pipi. 

Datang pula seorang makcik sambil cubit-cubit pipi faris, matanya tengok drypers dalam trolley.  Satu saiz xl untuk faris dan satu lagi saiz s untuk maryam.

Dah ada adik ke.  Rapat ye...

Yang saiz s tu untuk sepupu dia.


 Ooo.. ni anak awak yang nombor berapa.


Kau tak nampak ke muka aku yang dah kerepot ni..
Ni cucu saya..
.
.
.
.

Err..err.. jom faris.. ikut nenda pegi jenjalan lagi.


35 comments:

Ms.Lilies said...

saya nak geget2 dia kalo jumpa sok...gerammmmm

kakngah said...

wow!
uwan awet mudo!

Cik Ina Do Do Cheng said...

Dalam gambar pun tengok geram. Tapi kita tak berapa suka orang cubit pipi budak, nak cubit tempat lain tak pe. rambut kerinting tu semula jadi.

rohaizahabas said...

laaa...mengancam laie kamu kak oii..cucu awak di kata nya anak..macam saya ni anak di sangka cucu!

kucingorengemok said...

dan kak pah menyanyi gembira!

Kakcik Seroja said...

Jeles saya dengan Kakpah. Dulu, masa saya bawa BS ke 7E (masa tu dia dalam 4 tahun), budak cashier tu boleh tanya, 'cucu ya?'....huhuhu.... :(

ejaMaria said...

kak pah... minta petua awet mudo... bagi la... bagi la... buat la entry... ;p

Kakzakie Purvit said...

kakpah ni tak tahu terima kasih dgn compliment tu. itu tanda kakpah tak nampak tua.

hey faris kalau makcik jumpa kamu pun makcik nak gentel-gentel pipi, tangan dan kaki pejal tu. geramnye...

kak long said...

ni musti cucuk botox ni....!
larikkkkk...!

Insyirah said...

Haha. Memang betul kakpah ni nampak awet muda.. :)

KTS said...

peeeeeeeeewwwwwiiiiiiitttttttt


.
.


.
.

sila tinggalkan no tepon pakar kecantikan anda ya.

sakit tak masa kena enjek tu :P

ahahaha. jgn marah kakpah. kak nita pun tak enjek, takkan kakpah nak enjek kan :D

pB said...

BodyGuard pB jauhhhhhh....
Nun di Kelantan sanaaaaaaa


Kalau tidak , pantang nampak pB pakai tudung , mesti dia nak ikut. Pergi kedai beli ikan pun dia nak ikut...

pB said...

BodyGuard pB jauhhhhhh....
Nun di Kelantan sanaaaaaaa


Kalau tidak , pantang nampak pB pakai tudung , mesti dia nak ikut. Pergi kedai beli ikan pun dia nak ikut...

h4ni3 said...

hahahahha
seronoknyaaa... mesti kakpah nampak muda jelita masa jalan dgn faris tu!
apa rahsianya nenda? :D

Kaktiny said...

ingat cklah je ada bodyguard.. nenda pah pon ada bodyguard eh..

hehehehe..

meh dtg umah aunty tiny meh.. hehehe...

tasekM said...

jawab je... anak sulunggggg...

hehehe...

:p




.

Anonymous said...

Wah.... bertuah juga kakpah ada bodyguard gini. Jadi perhatian rupanya, hehe...

.
.
.
Napa tak tulis petua awet muda Kakpah? Sharing is caring tau!

ibundo said...

lilies,
ko nak gigit faris ko kena gigit nenda dia dulu haha..


kakngah,
mano ado


cikina,
cubit pipi lepas tu bebekas merah....

ibundo said...

ezza,
ala.. saja je ko nak ekzejeret kan..

kog,
lalalala...


kakcik,
apasal ko tak lepuk je mulut dia kakcik..



ejamaria,
mana ada awet mudo. mata orang tu pandang tak betul.

ibundo said...

kakzakie,
orang tu perli kpah tu. nak ckp dah tua2 pun beranak lagi haha...
faris kalau jumpa kzakie mesti dia lari lintang pukang.


kaklong,
mano kau nak lari ha?...


syirah,
pandai la ko ek..

ibundo said...

kts,
kak nita ckp, kirim salam sama kau hiii...



pb,
tak rindu ke. nanto bila dia dah besar pb ajak dia gi jln pun dia dah taknk ikut dah....


hanie,
muda ke apa. dorang jeling2 je tengok orang tua apahal beranak kecik lagi....

ibundo said...

tiny,
ni nk lawan ngan cklah ni. oops.. tersedak cklah.


tasek,
kau kalau menjwb merapu memng pndai hehe..


tie,
kakpah takde petua. erna tu lagi bnyk petua. kok tak pun tnya kak nita srwak hiii...

iina said...

Ahak kak.. tergolak den.. faris lainkali ikut uwan lagi yo... sok2 bawak sekali maryam hehehee.. oklah tuh kak.. awet mudo kan..

Kaseh said...

kakpahhhhh pinjam faris seminggu buleh??? geramnya nak gomolll

Nizam.Ariff said...

Sib baik dia tak ingat kakpah ni bibik yang jaga budak tu.... hahaha



peace kak...

anymz said...

hari perasan sedunio la kek uwan hari tu yo..org nak ambik ati tu kak..hehehe..(masih golak lg nih)

Acik Erna said...

kak pah..kalau saya jumpa faris..tak do nak cuit2 doh..gomoi terus sobab dek goram eh..nanti jangan marah yo..he he..saya ni memang suko bona ngan budak2..

Zaitun said...

Makan ulam banyak2... awet muda kakpah.

Cucu disangka anak hehe...

ibundo said...

iina,
ahaks... nanti orang golakkan tengok orang tuo tak sodar diri nak beranak kocik lagi.


kaseh,
bole..bole.. time akak nak cuti seminggu nanti ek.

ibundo said...

nizam,
kau memang..


anim,
wahaha.. sebona e mato oghang tu ceme duo bolah.


erna,
ekau sok kok dapek cucu mosti abih budak tu kono gomol.


zaitun,
ulam memang feveret. cocah pulak dongan samba bolacan. pergh..

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

cutenya bodyguard kak pah.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Kalau orang tu kata "adik ke????" lagi haru.... :-)

ASH said...

Atuk pun mudo lagi tu kakpah...hari ni sambut birthday kat mano pulok tu?

secangkir madu merah said...

hehehehe..seronoknya..cucu dikata anak, dlm hati mesti suka tu kan kakpah...

Cik Azz said...

hehehe...

lunyai la pipi faris kono cubit...

Org kato tak elok cubit pipi budak ni, takot nnt budak tu tak lalu nak makan... kato orang laa...

kalau sey cubit pipi sendiri, lalu tak makan gak ehh...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...