Masa aku sampai depan sekolah, loceng lagi sepuluh minit nak berbunyi. Sempatlah aku melelapkan mata
Mak.. cepat mak. Adik dah tak tahan nak gi tolet ni.
La.. apasal tak pergi toilet sekolah.
Malaslah. Banyak toilet rosak. Ada yang tak ada pintu. Ada yang ada pintu tak boleh kunci. Ada yang ada pintu dan boleh dikunci, getah pulak tak ada.
Melayang sekejap ingatan aku pada zaman aku di jalan larkin dulu. Cik Kalsom (HM masa tu) selalu berleter kerana tandas selalu tersumbat. Tandas tersumbat sebab ada individu yang bijak pandai membuang bendalah tu dalam lubang tandas.
Kita ni memang tak boleh lari daripada menggunakan tandas awam. Hendaknya orang macam aku ni, kalau berjalan memang asek berulang alik mencari kamar kecil. Ya, memang aku ni seorang yang tak boleh dibawa berjalan. Ironinya, aku juga yang selalu diajak bershopping kerana masing-masing ada niat di sebalik batu.
Tapi, biasalah kan. Ada tandas awam yang cantik macam tandas di hotel. Ada yang memang tak ada kelas langsung sehinggakan bila masuk terpaksa tutup lubang hidung. Aku selalunya tidak akan menggunakan tandas duduk seperti di bawah. Kerana aku geli. Aku memang kuat berimaginasi. Aku bayangkan punggung orang yang duduk di situ berkurap atau berpanau atau berpenyakit siplis atau ah.. macam-macam.
Ada orang pula sebab tak mahu duduk di atasnya, mereka akan mencangkung. Bahaya tu. Buatnya tergelicir dan terjerumus kaki sebelah di dalam lubang tandas tu, tak pasal-pasal panggil bomba. Okay, di sini aku bagi petua. Katalah korang terpaksa juga gunakan tandas duduk ni dan pelapiknya pula berkarat sampai korang nak pandang pun tak lalu.
pertama;
Jirus dulu pelapik tempat duduk.
Kedua;
ambil tisu dan lap.
Ketiga;
Ambil tisu dan lapik pelapik tandas itu seperti yang ditunjukkan. Barulah boleh duduk dengan selesa.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar ni adalah gambar tandas di pwtc. Masih boleh tahan.
Katalah pula kan, yang tandas di situ tidak menyediakan tisu dan korang pula lupa nak bawa tisu. H'a.. gunakan lah kekreativitian sendiri. Tak dapek den nak nolong e.
19 comments:
Bankrap kilang tisu ni..:D
.
***Sbg Pengerusi JK tandas sekolah (Heheh) ckLah pernah tanya budak-budak;
"Lepas guna tisu tandas, memang kena campak dalam mangkuk ke? Cikgu tak tau, sebab cikgu tak guna tisu tandas"
kak pah.. bolom kak pah ajar saya dah buek tu..kadang2 ado yang merungut lamo bona lam tandas..maca mano tak lamo kak pah..
macam2 nak dibuek dulu kan..dah jirus..nak lap..nak lapek..lopeh tu..nak ambik balik tisu lapek tu..dan dibuang..
mano tak lamo..he he..
kalau saya lah kak nak buek macam tu...alamat terbarai lah koncing saya kak....nak bertisu tisu bagai...saya ni kalau masuk tandas..mula2 cuci dulu mangkuk tandas..lepas tu poii lah membuang!!!
heheh..
ada gak buat camtu kakpah... kui3x..
sok kok den poie memano jumpo ado orang buek cm ni,ni mesti kojo kakpah..!hahaha!!
kak, kalau tak ada tisu tandas dan pelapik tandas berlemuih...
Apa lagi, kaki pasang kuda-kuda la sambil meneran.. hohohoho...
err.. pastikan torpedo jatuh tepat ke sasaran...
tu yang ghoma bawak bag bosa tu. tisu peket kocik tu yo sebundle bawak. inkes la takdo tisu toilet kan...
cklah, ada orang memang tak tau nak buang tisu tandas kat mana. Sebab tu ada toilet yang bersepah2 dengan tisu tandas. Tong besar kat tepi dinding dia tak nampak pun. Ada tu pulak, minah tukang cuci tandas tu tak buat keje. Tong dah melempah ruah, tak dikosongkannya. Geli!!!
erna, haha.. memang lah kan. Samo lah kito. Masuk tandas siapkan ngan cuci lantai bagai.
ezza, carik jamban cangkung lagi sonang. Tak payah bolapik tisu. Tapi kalau tak dapek.. aduyai.. nak buat camno kan.
ena, hehe..
kaklong, kau takkan tau do kaklong sobab bilo dah selosai tu, tisu kpah dah buang dah.. hii..
nizam, wei gilo kau. Buatnya telambak atas lantai.
tijah, bawak beg bosa ni satu dio punyo kelomahan. Bilo henpon bebunyik pueh meghabo dalam beg sampai dah habih sound baru jumpo.
gitule yang IM bila nak guna tandas. sambil 'termenung' sempat juga baca 'luahan hati' kat pintu tandas...
Salam hajah,
Hajah maksudkan Cik Hjh Kalsom Mohamed ke yang jadi HM STFtu? Kalau betul orannya, hajh tau beliau telah meninggal dunia, kanser. Al Fatihah.
Hahahaha... golak bosa ni kak... Sey kalau kono tandas duduk cmni, mmg sey cangkung la kek ateh ehh.. Dulu la, skang bdn dah boghek.. nak tak nak kono gak duduk... huhu...
Boto kato akak tu. Kalau cangkung ateh tu mmg bahayo.. Masa sey kojo dulu, ado soghang pekerja indon tergelecek.. tobalik kopalo lutut ehh.. mmg panggil bomba.. pehtu mujur ado soghang technician cino yg pandai kungfu sikit... di sontap ehh kaki minah indon tu.. mau moghaung budak tu.. Tak lamo lopeh tu, dlm 2 mggu la, elok dah lutut minah indon tu.. alhamdulillah laa..
kak pah, cam tulah kita buat kalau kat opis. mana taknya, dah toilet berkongsi tak kira lelaki ngan perempuan. Lepas tu selalu pulak nampak , cam air kencing kat tepi-tepi tu, haruslah di pancut ngan air dulu.
Den selalu bawak baby wipe tissue (kalau ada yang anti bacteria lagik bgus) dlm beg.. amatlah berguna time2 kecemasan ;)
Kat sini sentiasa ada tisu tandas sobab mat saleh mano guno air hehehe ;)
im, betul..kalau buat iklan kat dalam tandas memang bagus. Orang duduk dalam tu temenung pandang ke pintu je.
kak nora. Betul. Cik kalsom mohamed. Alfatihah buatnya. Saya pun tak tahu yang dia telah meninggal dunia.
azz, ekau ni botullah. buek akak togolak yo ha.. kan akak dah kobaan yang moncangkung ateh tu bahayo kan? Ado pun ghupo e yang dah tokono.
Akak leh imagin pulak koadaan minah indon tu yang soparuh bogel ketiko bomba datang hahaha...
cikina, eee.. gelinya tengok yang kuning kuning tu.. Loya lak tekak ai.
iina, wa.. ekau lagi advance ek. Susah kan kalau masuk toilet tak de air. Aku tak leh idup lah kalau main dedat je. Kat singapore pun banyak toilet cam tu.
Post a Comment