Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, January 16, 2011

pelanduk dua serupa

Salam.

Semalam aku pergi masum fair di convention centre shah alam. Lepas tu semasa nak balik aku singgah kejap di pasaraya di bangunan pkns.  Kirin nak beli cinamon powder dan nugmeg powder.  Nak beli apple juga sebab berangan-angan tinggi nak buat apple pie. Mulanya aku nak tunggu dekat dengan kaunter bayaran tu saja sebab malas nak masuk.  Tapi kirin kata;

mehlah mak masuk sama.  Kirin tak tau nak cari kat mana.

Maka aku pun menonong masuk mencari terus ke bahagian belakang. Konon-konon macam dah tahu. Tapi bila tak jumpa, aku kona semula ke depan.  Semasa aku tercari-cari bahagian rempah ratus, aku ternampak seseorang berjalan di depan aku, menghadap aku,  tak ubah seperti aku.

Aku perhatikan atas bawah.  Memang serupa. Berderau juga darah aku. Dan yang peliknya orang itu pakai sebijik macam yang aku pakai.

Kemudian aku terperasan ada pula seseorang seperti kirin di sebelahnya. Haha.. rupanya di bahagian depan aku itu cermin besar berlagak dinding.  Orang itu memang aku. 

Pandai betullah emak ni buat lawak, kata kirin bila aku beritahu dia pasal kembar aku yang aku lihat itu.

Akhirnya apa yang nak dibeli, dapat dibeli.  Tapi sampai aku menulis ni aku belum  dapat lagi merasa apple pie yang nak dibuatnya. Apple tu masih tergolek-golek dalam peti ais.

26 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

Kak pah perasan cermin tu tak pe, cam kawan suami kita, siap langgar cermin tu , masa tu kat hotel gold course klang, luka kat dahi dia. macam-macamlah kak pah ni, tengah-tengah malam ni.

Cik Azz said...

Ekekeeke...

Kak Pah tongah mamai la tu... hehe..

iina said...

Mmg kak pah buek lawak lah..hehehehe ingatkan betul ler.. takkan sebab bentan kot kak hehehe ;)

kakngah said...

sebaik tak belontung mo kombar kakpah tu..

ala.. poei mekD yo la boli epel pai siap punyo.. kehkehkeh!!

Kakcik Seroja said...

Dia tungu kakpah yang buatkan... :)

Ena said...

keh keh keh..

klakar la kakpah nie.. ;D

ejaMaria said...

nasib baik kembar 2 je... klu 3-4 naya.... hehehe

Kakzakie Purvit said...

Salam Kakpah,

Pie epal tu lambat sikit sebab masih terkojut dengan kembar seiras (dua pulak tu)....

Zaitun said...

Saya pun pergi ke fair convention centre tu hari sabtu petang entah2 bertembung dengan kakapah.

Kisah ni pernah terjadi kat my hubby masa kat Southhampton,nak masuk kedai minum tak pandang kiri kanan terus langgar cermin,tergelak saya tapi kasihan pula sebab orang lain pun gelakkan dia.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Mujur tak ade bayangan hitam ikut sama.Menakutkan!

kucingorengemok said...

kak pah buat kelakorrr! hehehe

tasekM said...

apa kata ko je yg tolong buat kak...?

:)




.

kak long said...

jangan koba kapah terperanjat!
kaklong yg poie sunway piramid ari tu terkono yo...hahahah..!!!

Insyirah said...

Nanti mak kirin tak tahan tengok epal2 tu bergolek lama sgt dlm peti sejuk, maknya terus ngap je epal tu.. :)

ibundo said...

cikina, bahaya betullah kalau cermin dibuat dinding. kalau kes macam kpah takper gak. kalau terlanggar berdarah tu alahai.. mau kena saman kedai tu.

ibundo said...

azz, mamai ko apo. Baro lopeh makan pizza. Agak e mabuk kekonyangan kot.

ibundo said...

ina, hehe mula2 kpah ingat betul le jugak. kan kita ni ada kembar 7 kan?

kakngah, osah botul tekau. dio nak buek sondiri pie tu... kengkunun e la..

ibundo said...

kakcik, hehe.. dia kena buat sendiri kakcik. Tu projek dia ..

ena, kelakar ke..

ejamaria, kalau kembar 4 mau pengsan akak kat kedai tu..

ibundo said...

kakzakie, tak tau la sampai bila terperanjatnya tu.

zaitun, kakpah sampai situ alam pukul dua lebih. Sejam lebih gak lah merayau-rayau.. Kalau bertembung pun bukannya kenal, kan?
Haha.. kesian hasben zai. dahlah sakit..kena gelakkan pulak.

ibundo said...

kaknora, uiiii... jangan la ada yang tu. seremmmm..

kog, tu la. inngat nak masuk raja lawak sebab raja lawak cam tak best je.

tm, kalau aku yang buatkan, nanti aku le dapat nama..

ibundo said...

kaklong, haha.. sesamo la kito yo..

syirah, bagi can sehari dua lagi. Kalau tak buat jugak, kpah nak buat jus epal je...hiii

Nizam.Ariff said...

Laaa.. apsal akak tak roger kita kat S.Alam semalam? Kita pun ada dekat-dekat situ...

julietchun said...

biarlah epal tu bergolek sepuasnya dulu sebelum menjadi korban :D

Acik Erna said...

ha ha ha..adui kak pah..dah la lom buko poso laie ha..dah tegolak bosa kak pah buek..podeh porut ni..he he..

ibundo said...

aku, mana la den tau kau ado kek situ..

juliet, haha.. masa kpah balas komen ni, apple pie dah masak dah.

erna, hehe.. maap yo la.

*miszleen* said...

macik..kalo kirin dah siap buat leen nak satu. ehehhehe ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...