Followers
jom klik
Monday, January 17, 2011
KHAS BUAT KAKCIK SEROJA
Sebagai menyahut seruan kakcik seroja, aku buat satu karangan berdasarkan kata kunci yang diberi.
.
.
.
Semasa meloncat dari satu blog masakan ke satu blog masakan, aku terjumpa resepi TEPUNG TALAM. Terus aku ke kedai Yummy di seksyen 9 untk membeli bahan. Tapi semasa aku berhenti di traffic light, dua orang mat rempit yang menunggang sebuah motosikal kapcai cuba membuat GANGGUAN SEKSUAL terhadap aku. Siap menunjukkan sebiji PERMATA seakan-akan zamrud mungkin untuk mengelabui mata aku. Aku rasa mamat-mamat itu kalau tahu MAKNA KEMBIRI tentu mereka tak berani mengacau aku kerana mahu saja aku kembirikan mereka sekor-sekor baru padan muka mereka.
Sampai di Yummy aku tengok ramai orang sedang berbual-bual tentang kelas masakan HALWA MASKAT yang dikendalikan oleh KAKCIK SEROJA. Mereka berdekah-dekah ketawa semasa bercerita kerana kakcik seroja datang mengajar dengan memakai PAKAIAN UNTUK MENDAKI. Bahkan kakcik juga mendeklamasikan sebuah SAJAK ULANG TAHUN KELAHIRANnya. Akhirnya oleh kerana boring kerana kelas masakan sudah keluar daripada tajuk, para kakak dan makcik yang menghadiri kelas itu berpakat untuk bertukar menjadi ZOMBI KAMPUNG PISANG dan beredar dari kelas dalam keadaan buat-buat separuh sedar. Padahal sebenarnya mereka nak cepat balik.
Setelah puas aku menelinga perbualan mereka dan selesai membeli barang aku pun mengelebek kunci di dalam beg dan menuju ke kereta. Emak aku pernah berpesan JIKA TERDENGAR SUARA AZAN BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI, cepat balik. Aku sebenarnya tengah konpius azan yang aku dengar dari masjid di seberang jalan tu azan asar ke ataupun azan subuh. Mungkin sebab bentan aku baru nak reda.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
40 comments:
Hehehe...kreatif betul kak pah ni....
ahahaha...
ai like...
cikgu katanya kan...
:)
ada sikit sikit lawak ala bujang seniman bujang lapok..
hahhha.....kreatip laaa k.pah nie...ahhahhahahaahahahhah
cerita nie ambik masa berapa minit nie..ker terus taip laju jer-sepontan? hahahhaha
syabas k.pah
saya juri tak rasmi bagi 99% kat k.pah.
nape tak 100%...xleh, nnati riak...ujub...hahhahahha
wakakakah kak.. tergolak sakan den nie ahh.. bab kono kembiri tuh xleh tahan..
Tingat tgk cito zombi kg pisang kak.. nasib takdo hantu kak limah balik umah hehehe ;)
Kakpah memang kreatif... kakcik pun tak terfikir nak buat karangan macama tu!...hehehe... :)
Pandai kakpah buat karangan tak sia2 jadi cikgu,belajar pun overseas.
kehkehkeh!!!
ayo ai... osah monjak bontan ni kan.... makin kretip kakpah...
Salam,
Sangat kreatif, hajah. Patutlah jadi cikgu tadika.Tersenyum-senyum saya membaca cerpen hajah. Well done!
Wah.... hebat kakpah. Boleh ambil periksa SPM lagi. Mesti A+ punya.....
dah siap ko topong talam eh?
nak ngaso sikit ha orang bontan buek!
slm kenal kakpah :)
meneghojah dr blog kakcik seroja ni hehe.. mmg tabik springg dgn kakpah sbb berjaya mengarang + mencuit ati teman! syabbas!
kak pah
ni bukan bentan lagi hehehhehe
jgn meroyan , udah le heheheh
assalam kak pah... kretip la weh....sukanya...
Kak pah otak ko 6 bintanglah, penuh kreativiti.
Kakpah ni kreatif la, ada je idea2 yg kelakar. Tapi kalau jumpa face to face, tak de pun nampak mcm gaya org yg suka buat kelakar. Hehe.
Salam Kak Pah,
Hai kalau dah orang bijak, kat mana pun bijak juga.
assalamualaikum,
...adala idea aku camane nak join contest anjuran Kakcik tu...
Salam Kak PAH... wah kreatif nyaaaa... Harus bleh menang nih!
alamak macam mana i nak celen ni?!
anie, haha jadi cikgu ni otak kena ligat bepikir. Tu yang dah terbiasa tu.
hahahaha
cayalah kakpah!!
(sambil angkat 2 ibu jari tangan & 2 ibu jari kaki!)
lilies, tenkiu la bkos u laik mai stori.
IM, sebab tengok cerita seniman bujang lapok berpuluh kali. Tu yang termengenan tu.
shafida, dah lawak pun spontan kan.. mesti la nulis pun spontan.. hiiiii.. ni dah kira riak gak ni. Belum lagi dapat seratus peratus.
ina, apo akan jaadik kalau oghang kono kombiri hehe.
Ekau pun tau gak ko cito hantu kak limah tu. Kpah kek sini tak tau macamano lah ghoman e.
zaitun, ala.. takat karangan gilo-gilo tu semua orang buleh buat. Cuma masing2 tu taknak tunjuk bakat je.
kakcik, err..err.. ada peluang nak dapat tupperware tak? Hahahaha.. keluar golak gadang den.
kakngah, camno la tak kretip e kakngah oi. Bilo bontan ni asek duduk tomonung yo. Tu yang idea datang macam ujan .
kak hajjah nora, alamak... guru besar dah datang mai cek. Tekantoi pulak dah sebab jawab soalan memain..
kak zakie, alahai.. ko suruhlah kakpah amek phd ke. Ambek spm taknak la... hehe..
kaklong, topung talam lum siap lagi sobab kakpah masih tomangu-mangu yang hari ni siang ko malam, pagi ko potang..
Azeeda, timer kasih sebab menengojah. Tengojah la selalu. Buleh kita nanti dengan kopi o panas. makan dengan biskut kering sebab tepung talam belum siap.
pak itam, kalau meroyan parah le. Habis korang semua jadi zombi kang.
alimaz, salam. Sebenarnya kan...... kita suka sangat bila awak suka..hiiii...
cik ina, erkk..erkk.. erkk.... (bisu pulak aku ni.)
syirah, ekau tak nampak lagi taring kakpah yang terjulur hahaha..
ani kunangkunang, ala yu ni.. janganla buat ai tersipu-sipu. Malu ai tauuuuu!!!
ahmad, salam. Yu kasi cantum cantum saja. apa susah..
azieazah, uih.. tersedak den.
kog, ko ada niat nak celen kakpah ke. Baik tak usah. (haha)
hanie, memang kpah pecaya ngan ko hehe
salam kak..terjah dari blog kakcik ni...besh la karya akak...layansss..
Kaseh, salam. terjah lah selalu. No hal hii...
he,he...
bijak, bijak,
kita minum dulu kak pah.
abu muaz, kopi ada lagi ni. nak secawan?
salam,
selamat merempit... hehehe
lompat2 dari blog Cikgu Ri dan Kak Cik... terjelepak katsini...
yang baik, salam dan selamat terjelepak. jangan terjelepok dah le..
kalo org2 yg ngaco tu tau makna kembiri.. konpem2 tak kaco kak pah.. hehehe.. fun lah citer nih.best2..
salam perkenalan..
salam kakpah !!!!kite very de like la stori mori yang kakpah buat so creative kite harap kakpah boleh menang la yek!!!!salam perkenalan ye kakpah
buah cempedak di luar pagar
ambik galah tolong jolokan
saye budak baru boleh tak kakpah
tolong ajarkan?!!!!!!
Post a Comment