Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, January 23, 2011

TUN TEJA

Tadi semasa menyelak helaian majallah sehelai demi sehelai, aku ternampak nama Tun Teja. Terus aku teringat pada aruah nenek hasben aku.

Nama nenek hasben aku ni Tijah tetapi cucu-cucu memberinya gelaran Tun Tijah. Oleh kerana nama itu agak berbelit lidah nak menyebutnya, lama-lama Tun Tijah sudah tinggal menjadi Tonti sahaja. Maka melekatlah nama Tonti di kalangan anak-anak, cucu cicit dah orang kampung.

Ada satu cerita yang sampai sekarang aku tak boleh lupa. Cerita ni aku dah cerita dulu tapi biasalah kan, cerita yang diulang-tayang ni sedap. Orang melaka memang cukup gemar ulang-tayang cerita berkali-kali sehinggakan kita dah hafal skrip. Orang melaka tu orang hasben akulah. Aku orang pilah.



Ada sesiapa yang berani pakai earings ini?



Ada satu masa, Tonti tinggal di rumah kami di bangi ni dalam seminggu lebih. Perangai Tonti ni, suka letak barang dia merata-rata dan apabila dia tak dapat cari, dia akan tuduh semua orang dalam rumah mengambilnya. Biasalah.. orang tua.

Dan satu lagi perangainya, bila dia makan buah, kulit dan bijinya akan dibuang ke laman rumah. Kalau makan ayam, tulangnya pun akan dibuang di laman rumah. Itu pun kalau semasa dia makan tu dia sedang duduk-duduk di kaki lima rumah ni. Padanya, laman rumah ni macam laman rumah di kampung. Main campak sesuka hati. Biasalah...... orang tua. Bibik akulah yang kena menyapu.

Pada satu hari, gigi palsunya hilang. Puas dia keluar ke dalam mencari giginya. Dan habislah semua orang di rumah ini kena tuduh. Walaupun merungut-rungut anak-anak sama-sama tolong carikan sebab selagi tak jumpa, Tonti sanggup berleter sehari suntuk. Telinga kami je lah yang tak sanggup mendengar.

kau ambek gigi aku ye..

La.. sapalah yang nak pakai gigi moyang tu.

Habis tu sapa ambek. Kalau kau tak ambek takkan hilang..

Macam tu lah dia berleter. Pot pet pot pet.....
Bila dah tak sanggup mendengar, semua orang lari menyorok dalam bilik masing-masing.

Seperti biasa, bibik aku akan menyapu laman rumah mengutip sampah yang dibuang oleh Tonti. Semasa menyapu itulah bibik aku terjumpa gigi palsu Tonti di atas rumput tepi pagar.

Ni gigi sapa ni!!!!!! jerit bibik.

Kami ketawa terbahak-bahak. Agaknya Tonti 'terbuang' gigi palsunya semasa dia membuang sisa makanan ke laman rumah.



Alfatihah buat arwah Tonti.

30 comments:

kakngah said...

kak..
dah golak2 dah ni..
baco ayat yg las tu.. terus insap.
Al-Fatihah utk Tonti...

Nizam.Ariff said...

mesti meriah suasana tu ek?
terutamanya ketika mencari barang yang hilang tu...

h4ni3 said...

hehehehe
cian tonti

alfatihah utk beliau

ibundo said...

kakngah, kitorang sampai sekarang kalau citer pasal ni mesti tergolak2 lagi.


aku, riuh rendah..


hanie, miss her.

Acik Erna said...

Alfatihah buat arwah..
kak pah..agak2 tijah sok..anak cucu e..panggil tun tijah tak..he he..

ibundo said...

erna, haha.. tu kono tanyo tijah.

iina said...

Al-fatihah kak.. mesti rindu bilo teringat2 kan ;)

ibundo said...

iina, masih terbayang2.....

Insyirah said...

Kihkihkih.. Geli hati plak rasanya.

Al-Fatihah buat arwah Tonti

Cik Azz said...

Huhuhu....

sadis la cito psl gigi pelesu ni..

al-fatihah gak untuk arwah...

ibundo said...

syirah,

kalau tengok gaya dia ke hulu ke hilir, lagi geli hati.

ibundo said...

azz,

haha.. tu bolum masuk cerito spenda e hilang haha..

ibuintan said...

sabar yo lah..

al -fatihah untuk arwah Tonti, nasib baik tak dibuang dalam mangkuk tandas... mau menangih bibik

ckLah @xiiinam said...

Mduhai tonti.....
Memang menghiburkan anak cucu...


:D



...semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh Tonti...

Ms.Lilies said...

aci x panggil yb jah tu tonti yb jah??
sedap gakkan


alfatihah buat arwah...
senyum2 baca cite akak ni

ibundo said...

ibuintan,
kalau masuk dalam lubang tandas haha.. tak tau lah nak cakap. Kena buat barulah kot.

ibundo said...

cklah,
bila bawa dia datang dari melaka ke bangi dan sejam setengah belum sampai2, dia dah resah. Dia cakap.. ni mana kau bawak aku ni.. Dah sesat ke apa ni.

Dia ingat nak ke bangi ni setengah jem je.

hehe ingat2 balik, memang menghiburkan.

ibundo said...

lilies, rasa-rasa memang aci..haha

anymz said...

hahaahahahaahaha......
tak tahan sakit2 porut golak ni kak.sapo lah nak ambik gigi palsu ee tu..nak marah jadi lawak pulak kan?..

eh!akak nak pi beijing ko?brapo tambang?nak poi bilo?minat jugak tu.baru tadi pakcik rumah ni cakap pi shanghai pun ok gak.

ibundo said...

anim,
kalau bab2 bondo hilang ni memang goli hati dibuek e.

akak dah booking 16 april. 7 hari 6 malam. dokek2 duo ribu ompek. jomlah..kito poi sesamo. ado geng nyoping.

Cik Ina Do Do Cheng said...

kenangan cam tu bila dikenang rasa manis je hidup. anak kita Firdaus tu pun suka sangat menyakat orang yg bergigi palsu.contoh cam mak mertua kita.

Alfatihah buat arwah tonti.

Kaseh said...

hahahha kelaka la kak....aduhaii.. camne leh tercicir gigi palsu tu..

ibundo said...

cik ina,
budak2 memang suka usik orang yang pakai gigi palsu. nak2 pulak orang yang pakai gigi palsu tu sesaja menyakat balik:... now u see and now you dont hahaha.. tanggal dan letak balik.

ibundo said...

kaseh,
sebab gigi tu dah sizen sangat kot haha

Anonymous said...

Uwaaaaa...... hihi...

Geli lak tengok anting-anting tu. Kalau kita pakai mesti terasa-rasa ada orang gigit telinga, kah kah..!!

ibundo said...

tie, geligeleman hehe

Kak Lia said...

hehehe....esok2 Tijah dh jadi moyang...kot cucu2 Cem esok panggil TONTI tak....hehehe...maaf yo Jah..gurau...

AzeedA said...

*tompang menyengih*

al Fatihah buat Tonti.. :)

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

Aduh kak pah, kelakar.

Besok kita dah baya TONTI tu macam manalah pulak.

Wansteddy Tales said...

adoi! tak pasal2 kena tegur member ketawa sorg2 petang ni hahaha... mesti nenek k.pah tu original kelakar orgnya walaupn xmelawak. kekeke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...