Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, February 6, 2011

Hari itu, Kelmarin Dan Semalam

Haritu

Sedang aku duduk-duduk menanti nombor dipanggil, aku teringatkan sesuatu. Lantas tercari-cari di kerusi sebelah, di bawah kerusi, di belakang kerusi..

Fail mana.. fail

Fail apa!!

Aku tak jawab tapi terus meluru keluar.  Otak aku ligat memikirkan di mana aku sebelum aku duduk di depan kaunter itu.  Aku terjah kamar kecil sebab aku pasti aku tertinggalkan ia di situ.  Tak ada.

Jangan panik.. jangan panik.. aku memujuk hati.

Aku pergi semula ke perancangan, tempat aku berurusan sebelum ke kamar kecil.

Ada fail tertinggal tak dik.

Ada.

Dan aku menarik nafas lega.  Aku masih memikir-mikir samaada aku perlu menebuk fail, mengikatnya dengan tali dan menggantungnya di leher.


Kelmarin dan semalam

Aku sama-sama membuat lebuh raya sesak.  Mula-mula ke negeri hang tuah.  Angan-angan Ke Umbai untuk menikmati ikan bakar tidak kesampaian.  Jadual teramat ketat seketat perut yang langsung tidak ada ruang untuk ikan bakar dan nasi lemak bungkus daun pisang. Jawabnya, sang hasben terpaksa mengulang jadual ke melaka untuk melaksanakan agenda yang terbantut ini.

Kemudian ke Pilah menjenguk rumah kampung yang banyak menghimpun memori. Dari pagi mengemas rumah, membuang mana yang patut dan membaiki mana yang perlu.  Di mata minda aku terbayang ringit berkepak-kepak melayang ditiup angin.  Kami pulang dengan azam kembali semula pada cuti maulidurrasul untuk pesta barbeque ayam.

Dan tentunya bila pulang jalan sesak dengan kenderaan.  Sampai di tol Senawang palang tol sudah sedia terangkat untuk memberi laluan. Hasben mengangkat-angkat smart tag. Palang tak turun.  Angkat-angkat, sua-sua.  Tak turun juga.  Smart tag tak berbunyi juga.  Kereta belakang sudah menyondol-nyondol. Maka sang hasben lalu redah saja.  Sampai tol bangi, tet... 52.00 lebih.  Ambek kau.


Sekian untuk melaporkan kenapa gambar limau FREE itu lama terpampang di situ tidak berubah tempat. Ada sesiapa merasa rindu?

34 comments:

Kakcik Seroja said...

Kita sentiasa dihambat masa dan natijahnya - kita semakin tua (eh! ada kena mengena ke dengan catatan kakpah?) :)

indahhouse said...

salam kak pah,
seronoknya dengar nak barbeque. bagus juga ya, dibuat masa maulidurrasul. ada berkah

hentian said...

untung IM. kerja di utara balik kg ke selatan. belum pernah kena jem teruk .

kasihibu said...

salam kak
banyak betul hala tujuan ..
cuti kan?

Tijah said...

dio cas dr JB ko tu kak?

ibundo said...

kakcik,
ada kena mengena la kakcik. Semakin banyak benda tertinggal. semakin banyak benda yang tidak sengaja dilupakan. masa sentiasa menghambat kita yang rasanya semakin suntuk.

ibundo said...

indahouse,
lama tak berkumpul di kampung. dulu masa mak ada dan sekarang masa mak dah tak ada .... banyak sangat kelainannya.
sesekali perlu mengutip balik langkah-langkah yang tertinggal.
bbq anak beranak sambil duduk2 bawah pokok rambutan yang tak berbuah..

ibundo said...

IM,
kalau nak kena time jem teruk pun kena gak IM. Mungkin Im lalu orang dah tak berapa ramai dah..

ibundo said...

sayangsayangibu,
salam. Cuti yang tak cuti. kalau bercuti mestilah duduk di tempat peranginan sambil lepak-lepak makan tidur makan tidur saja haha..

ibundo said...

Tijah,
iyo tekau. Sampai tol bangi carik staff tol sorang takdo. Agak e takdo yang kojo malam. Nak kono komplen gak tu. Untung2 dipulangkan balik duit yang terover charged.

Cik Ina Do Do Cheng said...

patutlah dah lama tak bersiaran makan angin rupanya.

kakngah said...

smlm gerak dr kmpung dlm 9 sengah naik ikut simpang ampat. dgr info traffik koba hiway sosak. nyosa pulak tk ikut lokeh. tawakal yo. nk patah ikut pilah dh sampai hutan percha. sebbaik masih boleh gerak dgn lancar lagi.. kok tak.. komatu vontot duk dlm keto..

Zaitun said...

Mula ke Umbai lepas tu BBQ lepas tu ke mana pulak? minggu makan2 ya.

Acik Erna said...

kak pah..he he..saya dah terbayang dah..sonang nak konal kak pah nanti..kalau nampak ado orang gantung fail kek leher tu..kak pah la tu..

ibundo said...

cikina,
makan angin sampai naik kembung dah ni.

kakngah,
ikut pilah jem. kpah pukul 6 suku dari pilah, azan maghrib kek bukit putuih. kono singgah somayang kek sonawang dulu.
sebbaiklah highway tak berapo sosak. kakpah dah siap2 lotak kusyen buek aleh duduk haha..

ibundo said...

zaitun,
makan makan makan .. macamano tak gomok kan?


erna,
hahaha.. tobayang pulak kek profesor serba tahu yang pakai seluar senteng sebolah, pakai setokin sebolah lain sebolah lain...

anymz said...

rindu kakpah kemain lagi nih..oo balik pilah komeh2 yo kakpah.eloklah tu..best wo sesekali berkumpul di kg dan buek bbq sambil2 konang nostalgia silam..dan mesti ranap gak poket sebab nak membaik pulih rumah lamo tu kan?..

iina said...

tak angkat2.. terus kena rm52 uihh kak.. leh beli limau byk kotak tuh ;)

ibundo said...

anim,
ekau sorang yo yang rindu kek kakpah hahaha...
osah boto bopoluh kotiak ngomeh rumah.. banyak nak kono botokan.
kok musim dughian sok bulehlah ekau datang makan dughian kek kobun kpah hii..

ibundo said...

iina,
tak usah kau sobut lagi pasal limau. ni tokak ni.. kemain poghit lagi ni kek batuk.

aza ni said...

salam hajjah
dengar beita tadi jem teruj di hiway..

kak long said...

kaklong semalam balik ikut jelobu...takut kek bkt putuih jem...masuk ikut lokeh...!

samapi kek tol ampangan,ado keto kan main smart!
tapi smart tag ea tak bebaki....kuikuikui!!!

Kakzakie Purvit said...

Salam Kakpah,

Sama je ramai yg tinggal blog dgn N3 tu hingga kembali semula. Nasib guna smart tag. Kakak yg guna T & G lagi dahsyat.

Guru said...

kak pah

assalammualaikum

pelupa... samalah kita.

Mak Su said...

bestnyer bbq kelak , dah terbayang2 makanan2 yang ada sikit hangus di sana sini tapi tetap sedap untuk dicecah air asam dll :)

azieazah said...

Salam Kak PAH.

membaca Kak Pah, balik ke Pilah saya pula yg teruja.
Kerana cuti CNY ritu, hubby saya yang balik Pilah, saya tidak.

Kalu tidak harus skodeng di mana rumah kg Kak Pah. hehehe

Btw, rumah kg (suami) saya di Jemapoh, rumah tepi jalan jer, sepelaung dari R&R Pilah (yg tak siap2 tu) :)

Makan Sakan-Sakan: Aku Puas Hati Benda Lain...

ibundo said...

Azani,
memanh jem


kaklong,
hahaha.. sodap yo ekau golakkan orang yo


kak zakie,
cuti panjang2 blog tinggal lepas tu nak dapat momentum balik, aduyai.. susahnya

ibundo said...

cikgu nomah,
umo2 macam ni haih.. biasalah tu.


maksu,
orang cakap yang hangus2 tu tak elok dimakan.

ibundo said...

aziezah,
ooo.. orang kampung den rupo e. Ontah2 kona ni.
Rumah kakpah masuk kat simpang jemapoh tu, lorong kat topi surau jemapoh. Suami tu anak sapo. Sedara ramai kat situ. ada kena mengena dengan yb tu ke.

rezeki said...

salam kak pah

kesesakkan di mana2 jalan raya dan lebuhraya

limau tu hehehe

saya punya tinggal 10 biji je kak hehe

Dr Singa said...

52 hinggit??!!
boleh 5 pinggan meat ball kat kedai omputeh tu...

ibundo said...

pak itam,
limau kakpah pun masih ada yang tegolek2 dalaam peti ais.


dr. singa,
dikira dari jb uhuuu..

Kaktiny said...

nak join BBQ!!...

hihihi...

ibundo said...

tiny,
meh..meh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...