Dua tiga minggu lepas aku terjumpa kawan di tesco. Pekenan sungguh aku akan dia tetapi baru semalam kami sempat bersembang-sembang di dapur aku.
Ini bukan kawan aku. Aku skodeng dia semasa dia sibuk membaling bata di rumah depan ni. Kesian dia terpaksa berkerja tengahari panas semalam. Muka pun dah naik lebam.
Masuk seorang anak aku di dapur;
Mak masak apa ni. Sedapnya bau.
Masak inti. Nak buat inti puff tu.
Yea!!!!
Masuk lagi seorang anak aku di dapur;
Sedapnya bauuuuuuuuu!!! Mak masak apa ni.
Masak inti. Nak buat inti puff tu.
Dah masak panggil ek.
Masuk lagi seorang anak aku di dapur;
Masak apa ni mak. Dari tadi kat dapur.
Masak inti. Nak buat inti puff tu.
Sedapnya...
Aku yang menjawab ni pun dah macam tape rosak. Masuk lima enam orang ke dapur dan bertanya soalan yang sama, mau tak meroyan.
Akhirnya siap juga puff aku dan aku berterima kasih pada kawan aku kerana anak-anak aku sukakannya.
Ada sebungkus lagi pastri KAWAN dalam peti ais dan inti pun ada lagi. Bolehlah aku buat lagi petang karang.
33 comments:
yay~makcik masak inti puff~~
*nak sikit~
Kak... dulu aku pun ada kawan macam tu gak..
Nama dia Brahim's... lama dah tak jumpa, sejak dah kawin ni...
Assalamu'alaikum kakpah,
KAWAN mamang sedap product dia. Mudah lagi kalau nak sediakan buat org macam kakak ni.
kok,kek nogori,'kawan' ni org koba,laki atau bini....hahaha!!
"mano kawan kauuuu...?"
Memang best pastri kawan tu. Tapi dah banyak kali kita ke Giant, tak jumpa lak, leceh betul. Tersangkut lak mood nak buat puff.
air tangan emak lagi berkat untuk anak-anak...apa pun aina nak kena tr jugak le berKAWAN...
kasi tgk la gambar puff tu kak...
.
kak.....bangi ngan kj xjauh mana pun kan??
mehla bg sini sepiring dua
;)
salam hajjah
mujur cucu tak tanya sama...kalau tak mau banyak lagi ulangan..
bujal,
jangan harap.
nizam,
brahim pun aku jumpa gak haritu.
kakzakie,
kalau takat nak buat puff sepuluh bijik, malaslah nak menguli. leceh. beli je kan senang.
kaklong,
osah botul
tie,
kalau jumpa beli lebih2 pun tak pe. simpan buat stok.
junaina,
tak ada ruginya berkawan dengan KAWAN
TM,
erk.. nak gambar ke ape. Semua dah lebur..
lilies,
haah.. cantik la ekau. pegi cari kawan kat giant tu.
azani,
hahaha.. jenuhlah nak jawab.
ka pah..kawan tu ado lagi lam poti ais..
nak tunggu kak pah tulihkan resepi bau yang wangi tu..nak buek pulak.he he..
Ajar makcik cam mana nak buat puff. teringin plak nak buat, asyik buat karipap je.jemu plak.
sompekla acik dtg nak merasa petang ni...hehe..
kak..gambar tu cantik..dpt menyetopkan batu bata tu.tentu menggunakan setting speed yg tinggi..macam nak amek gambar terbang tu kan...hehe..acik bajar cipot..nnt akak ajar la ye. Finjam DSLR akak tu.
ish kakpah ni asyik nak meroyan jek...cuba bawak bertenang..istighfar istighfar...hehehehe
cuba senyum sikit..
assalamualaikom kakpah :)
teman pon ade juge Kawan dlm peti es ghomah tuuu.. ciyan dia bekuuuuu huhuhuhuuu
"dah masak panggil ek"
.
.
macam biasa kuguna ayat ini
hahaha
makin "besar" la budak2 tu ye dah omaknya masak sedap manjang :D
Emak adam tak pernah cuba KAWAN tu lagi sebab kat sini takde jual rasanya. Terpaksa cari kawan yg lain hehehe
ceh!
mati2 ingt kwn ygbaling batu tu.. hihihi!!!
betuah kan bebudak tu.. spotcek yo.. bukan nk nolong....
kak pah kawan yang baling bata tu, ngaso tak puff tu...sian dio dapek bau yo!
Kak itu mmg kawan yang baik... hehehe ok.. next time p bbb leh jumpa kawan tuh bersama semangkuk mee kari ;)
KAWAN??
Takdo la jonih tu kek sini... Tak ponah donga pun... huhu...
Tak jumpo KAWAN lg agak eh... hehe...
kawan baik saya skrg nama dia ALIF. kitorang suka kuah sambal tumis dia :D
Tersenyum saya baca n3 kakpah,bab meroyan tu...lain kali buat recording.
Pastry KAWAN rupanya...
erna,
kawan tu tak banyak songeh. inti apo bagi kek dio pun dio balun jo haha..
cikina,
senang je. cari KAWAN di pasaraya. Lepastu masuk je inti karipap tu. Tanggung beres.
acik,
takdo sompek mano e do.
Haah.. pakai speed tinggi. pandai pun acik..
smm,
ontah.. sejak dua menjak ni memang asek nak meroyan je ha.
azeeda
wkslm. La... apasal biarkan dia beku lama sangat.
kts,
adakah semua anak dara serooopa?
juliet,
besar dan mengembang.
YB,
salah tempat cari kawan kot.
kakngah,
memanggggg betuah. asal ado baau, datang spotcek..
ibuintan,
tak sompek nak bagi nah habih..
iina,
ekau dah jumpo gak ko mo kawan ni.. roti canai pun dio ado gak.
azz,
kok ekau poi tesco kek somban, cubo kau carik.
hanie,
ye ke... tak penah terai pulak.
zaitun,
haha.. betul. malas nak jawab, tekan je butang.
tape rosak?hehe cam pernah dgr je..kakpah tunjuklah puff kawan yang dah siap tu:)kakpah..tolong sikit ya..Cm dok kesan dok cari kak Zainah Mansur...jika tahu kat mana kasitahu Cm ya...batch kak pah tu.
cm,
soorii.. tak sempat amek gambar.
zainah? nickname adik? havent heard from her since we left school. lama dah tu.
u batch sape ? mce tahun?
kak pah,
laen kali kak pah kene pakai hp yg ada voice recorder..
agak² byk kali sgt org nak datang tanye, akak play je jawapan tu... hakhakhak..
takpun, kat pintu dapur akak letak white board..
tulis siap² apa yg akak buat kat dapur time tu.. jadiknyer diorang tak yah tanye... baca je..
takde la meroyan lagik... ehehehe..
ita,
betullah.. lenkali kena letak whiteboard besar2 haha..
Post a Comment