Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, February 16, 2011

Kesempatan itu

Banyak memori yang tersimpan di situ. Tidak berdaya aku mengutipnya satu-satu,  Tapi setiap ruang, setiap sudut, setiap ceruk ada cerita tersendiri. Cerita-cerita itu ditayang di kotak mindaku.

Emak berdiri di sebelah aku semasa berimamkan abah. Berdirinya sedikit membongkok dan gegar bahunya akibat parkinson bergetar di bahu aku. Emak yang dulunya kuat mencangkul menanam padi, kuat menimba air kolam di tepi sawah untuk menangguk ikan, kuat memijak lesung untuk membuat emping, akhirnya tersungkur kalah oleh penyakit yang datang memamah dirinya sedikit demi sedikit.

Kemudian emak tidak lagi berdiri di sebelah aku ketika berimamkan abah. Berbelas tahun emak bersolat di atas kerusi roda. Dan memandang kerusi roda emak terperuk di tepi dinding membuat air mata aku berlinang. Rindu aku pada emak tidak pernah padam.

Setengah tahun selepas emak pergi, abah tinggal bersama aku.  Tinggallah rumah itu.  Rumah emak.  Rumah abah. Rumah aku. Namun sesekali kami pulang menjenguk dan kesempatan untuk pulang ke kampung kali ini kami ambil semasa cuti maulidurrasul.


Teringat aku pada zaman mengejar pepatung




 dan mengumpul kupu-kupu di dalam botol.





Juga zaman memanjat pokok dan masih terngiang-ngiang pekikan emak menyuruh aku turun.



Balik kali ini bukan sahaja mengembalikan masa silam tetapi mengeratkan lagi rasa kasih sayang kami sekeluarga.







 Seronoknya berpiknik di bawah pokok!!!!


 sambil melayan kerenah faris.



Dan ada yang mengambil kesempatan mengutip buah ciku.




Kami pulang semula selepas solat maghrib setelah bermalam semalaman.  Izan pulang ke Gemas lebih awal. Terima kasih pada kak Wati dan ambong ujang kerana menjaga rumah dengan baik.

kakpah

34 comments:

JunAina said...

itulah perjalanan kehidupan yang harus kita tempuhi dan lalui, saat suka saat duka tak kurang juga saat-saat yang boleh membuatkan hati kita goyah...

kesabaran dan doa yang terbaik...sesungguhnya hidup ini tanpa ibu akan menjadi hambar. dialah idola terbaik supaya kita juga menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak.

aza ni said...

salam hajjah
tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kita dibesarkan.......

kak long said...

ado gak orang yang sudi menjago rumah pusako tu kan...kalau tak, banyak yg kaklong tgk sepanjang jalan pilah-jouseh ado tu rumah tinggal..yg suram yo ghroman ea....

Nizam.Ariff said...

Tenteram sungguh tempat tu...

Amacam photo shoot, cantik nampak... hahaha. Tak sesia beli kamera mahal ye kak...

rohaizahabas said...

kak

semalam pun saya balik jenguk abah..saya dapat lihat kegembiraan wajah nya bila nampak saya ...

dan saya pun mengambil kesempatan membawak lari mangkuk pyrex arwah mak saya....antik tu kak..dah 40 tahun lobih..dari duduk jer dalam lemari tu, baik saya pakai..dapat pahala arwah mak tu....

Mariah Binti Abd Rahim said...

ibulah satu-satunya insan yang bila kehilangannya, sangat-sangat dirasai....

bujal X said...

pikinik kat sebelah rumah je kah? hebat~haha~

Insyirah said...

Gambar dah semakin mantap! :)

Seronok if sekali sekala ber-barbeque ramai2..

Ms.Lilies said...

syoknya makan ramai2 camtu kak....lagik2 piknik gitu huhu

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum kakpah,

Menjenguk rumah kita membesar sesungguhnya megguris hati bila terkenang dengan memori yg dtg kembali.

Seronok makan kat luar rumah. Kakak terbayang Faris berlari bebas masa org makan. Syoknya tengok dia...

aNIe said...

Kak... rumah peninggalan arwah mak atau abah pasti meninggalkan banyak nostalgia dan memori indah...

Beruntung jika ada yg dpt menjaganya dengan baik...

Zaitun said...

Kalau kakpah balik kampung ada rumah untuk di singgah dan bermalam,saya pula kalau balik kampung hanya datang untuk ziarah sebab rumah dah semakin buruk.

Sedih tengok tapi apakan daya sebab tak ada siapa yang menguruskannya.

rezeki said...

kak pah

seronoknya makan reramai bawah pokok

ibundo said...

aina, salam buat aina yang pertama kali meninggalkan jejak di sini.
Ibu yang baik akan sentiasa menjadi ratu hati kita. Kita jadikan dia sebagai teladan supaya kita juga dapat menjadi baik sepertinya. Maka kita beruntung mendapat ibu seperti itu.
Kasihanilah ibu sepertimana mereka mengasihani kita. Dan bagi mereka yang kurang beruntung, jadikanlah kekurangan ibu sebagai pedoman untuk kita menjadi lebih baik.

ibundo said...

azani,
memang tidak dapat melupakannya.


kaklong,
memang ado yang monjago e. Antaro terurus dongan tak terurus yo. Alhamdulillah sokarang ni buleh lah kitorang balik bokampung kek kampung macam dulu2 somaso omak masih ado.

ibundo said...

nizam,
itulah kampung tempat akak main kejar2 dengan aruah mak haha..
sebenarnya banyak benda nak diambek gambar tapi sibuk ke dapur.


ezza,
memang.. mangkuk yang antik2 banyak. sayang kalau tak dipakai. akak bawak balik dah banyak dah. daripada simpan, baik digunakan ek?

ibundo said...

mariah,
sayangilah ibu sementara dia masih ada.


bujal,
ye bujal.. makcik anak beranak piknik kat tepi rumah je.


syirah,
seronok.. dan dah berjanji mahu pulang lagi bila ada masa tereluang


lilies,
makan rebut2 macam tu tak sedar dah terlebih load..

ibundo said...

kakzakie,
bayang2 emak masih terasa di rumah itu.

memang seronok... dari tugas menyalakan api, membakar, membentang tikar, makan... berkemas.... seronoknya...


anie,
di lorong rumah akak tu sudah banyak rumah terbiar dan ada yang dah hampir menyembah bumi. Sayang. Alhamdulillah rumah kami masih berbela dan sekali sekali bawa abah balik untuk melihatnya. Sekurang2nya hati abah gembira dan senang tengok rumah yang banyak memori itu masih utuh.

ibundo said...

zaitun,
rumah kalau terbiar tanpa ada orang yang menunggunya, selalu macam tu lah. Dah tak ada jiwa dan roh. Lama-lama dia buruk dan runtuh. Sayang kan?

pak itam,
memanggggg seronok.

Acik Erna said...

as salam kak pah..memang sentiasa merasa sedih dan mengimbau kenangan..setiap kali balik kerumah peninggalan orang tua kita..

ibundo said...

erna,
ya lah erna.. rasa macam baru semalam tapak-tapak kecik kita memenuhi setiap ruang rumah itu..

secangkir madu merah said...

kelmarin yg berlalu penuh dengan kenangan, tersenyum mengenangkan yg manis dan menangis mengingatkan yg pahit, hidup dan kenangan adalah lumrah kehidupan, kakpah biarlah semuanya berlalu menjadi kenangan yg paling indah, abadikan segalanya agar menjadi nostalgia yg tak mudah luput dari minda...andai dapat ku undurkan masa...aaarrrggghhh

Al-Fatihah buat aruah ibumu kakpah..

ibundo said...

smm,
kalaulah masa dapat diundurkan...
pastilah sejarah akan turut berubah.
kenangan indah akan tetap tepahat di minda.

Cik Ina Do Do Cheng said...

seronoknya kak pah sesekali berkumpul dan makan bersama family. Masa tu mesti semua tengah duk bercerita cerita silam zaman kecik atau kenangan indah masa lampau..

julietchun said...

bolehlah kakpah turunkan ilmu panjat memanjat kat faris :D

ckLah @xiiinam said...

Tenok gambor-gambor kakPah...buat ckLah malu nak upload gambor kat blog dah..hahahahahah.


Tak kira...tak kira....dapatt duit kutu sok, mesti pi beli jugak..Hihi

tasekM said...

bukan senang nk kumpul semua2 kan kak...? dah masing2 ada komitmen masing2...



.

ibundo said...

ciina,
sungguh bahagia.. sesekali dapat duduk2 makan macam tu.


juliet,
haha.. ilmu yangitu tak boleh diturunkan.
weh.. mana ko pegi lama tak nampak.


cklah,
ala..cklah, buat kakpah ni tersipu2 je tau..hik..
cklah, tak payah tunggu duit kutu. dah tebal dah dalam purse tu. Kembong je kpah nampak..

tM, betul cakap ko.

ibuintan said...

kak pah, kat mana kg ni.. rasa macam pernah tengok la rumah tu..

Anonymous said...

Alaaa.....

Kita teringin benor nak piknik macam tu....

ibundo said...

ibuintan,
kampung kita kat juasseh. Kalau dari kuala pilah, boleh masuk simpang jemapoh(lorong tepi surau) menghala ke juassseh. rumah kampung kakpah kat lorong tu lah.. sebelum sampai pekan juasseh.

ibundo said...

tie,
kalau musim durian atau rambutan, lagi best..

h4ni3 said...

bestnya kakpah
piknik depan rumah :)

Cik Azz said...

Uiii...

Sodap ehh ciku kak... Tingat maso kocik maghin, potik ciku pehtu cuci dgn sabut bg bersih pehtu simpan dalam bokeh bogheh kek ateh poghan...

Skang ni smuo ehh dah takdo dah... tomasuk la dgn ghumah pusako tu skali.. Untung ghumah akak masih ado oghang jago... Kampong akak kek mano kak..? Tanyo yoo, bukan nak poie pon... hehhee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...