Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, February 17, 2011

Tangisan

Suami mencuit-cuit belakang aku. 'Tu..nangis tu..'  Dan dengan tidur yang terganggu, aku buat-buat bodoh, membiarkan tangis itu bertukar menjadi satu jeritan nyaring. Kononnya untuk mengajar ibu muda menguruskan anaknya sendiri. Apabila jeritan itu berlarutan, naluri keibuan aku tersentuh dan aku keluar mengambil Maryam dari tangan ibunya.

Dah minum?

Dah.




Aku mengetuk-ngetuk lembut perutnya, mengambil minyak angin dan menyapu perut, belakang dan tapak kaki. Aku sandarkan Maryam di bahu, menepuk-nepuk lembut belakangnya dan mendodoikannya dengan selawat nabi.  Raungan Maryam bertukar menjadi tangisan, sendu dan terus senyap sehingga tertidur dalam dakapan aku.

Aku letakkannya di tempat tidur dan aku kembali ke pembaringan, terkebil-kebil susah untuk melelapkan mata semula.





Aku membuka bungkusan kiriman emak.  Ada rendang daging, jamu mustika ratu dan kain bengkung panjang berjela. Nota yang diselitkan dicelah kiriman itu aku buka dan baca. Antaranya; lepas bersalin jangan lupa makan jamu ini dan pakai bengkung semasa dalam pantang.

Aku melahirkan anak sulung jauh dari mata emak dan aku sungguh merasa keseorangan. Walaupun suami ada membantu serba sedikit tetapi dia juga sibuk dengan kuliah. Aku, seorang anak bongsu yang tidak pernah memegang anak kecil akhirnya pandai sendiri. Nasib aku baik kerana anak sulung aku tidak banyak kerenah dan ragam. Aku 'hidup' walaupun di tempat orang.



Belum sempat aku melelapkan mata aku mendengar tangisan Maryam semula. Dan aku memekakkan telinga. Terdengar ibunya mendodoikannya dengan bahasa yang aku saja yang paham.

Sehingga hampir subuh Maryam tidur di antara lena dan tidak, di antara tangis dan senyap. Aku melihat ibunya sudah berada di pinggir gangguan emosi. Mungkin malam tadi dia dapat tidur beberapa picing sahaja. Bukan aku tak kesian tetapi aku mahu dia tahu bahawa bukan senang menjaga anak kecil. Bukan senang menjadi ibu.



Apasal kau menangis dik.

Penatlah ngah.

Emak kau dah balik ke.

Dah ngah.  Dah dua minggu mak di sini. Kesian abah tinggal sorang kat kampung.

Aku baru saja selesai menyidai baju bila sepupu aku ngah ngonit datang bersama anaknya Nida. Ketika itu baru dua tiga minggu aku melahirkan anak yang kelima dan anak-anak yang lain masih kecil-kecil serta perlukan perhatian aku. Pembantu rumah tidak ada.  Semuanya aku kena buat sendiri.

Aku tersungkur dengan kepenatan dan tekanan perasaan.  Menggogoi-gogoi aku menangis dan puas ngah ngonit memujuk aku.  Akhirnya dia meninggalkan anaknya Nida untuk membantu aku sementara aku mendapat pembantu rumah yang baru.



Belum sempat aku solat subuh kedengaran tangisan Maryam disambut pula dengan raungan siibu.  Berlari aku mendapatkan kedua-duanya. Aku ambil Maryam dan membawanya turun ke ruang solat. Aku biarkan ibunya melayan perasaan.



Bukan senang menjadi ibu.
Bukan semua ibu mendapat bayi yang tidak banyak meragam.
Bukan semua bayi berjaga siang dan tidur sebelah malam.
Maryam berjaga malam dan tidur lena di siang  hari.
Berjaga malam sahaja kalau tidak menangis masih boleh diterima ibunya.

Kadangkala aku terlupa bahawa ibunya bukan seorang yang normal seperti aku.

31 comments:

Mamarempit said...

sekurang2nya dia dapat merasa menjadi ibu....dari mengandung...melahirkan hingga membesarkan anaknya....:(

kak long said...

pun dah merasa menjaga anak sediri maso dlm pantang,dari anak sulong lagi..mak cuma jaga selama seminggu jer...yg lain uruskan sdri...
lagi pun maleh nak nyusahan dio yg dah ponek2 jago kami adik beradik.
anak yg last ni pun suami kaklong yg jago selamo seminggu..peh tu pandai2 sdri la kan...

kakngah said...

tingat camne kngah stress masa dlm pantang ank sulung sbb adam sama cam maryam. siang mengantuk.. mlm berjaga..

@e_da said...

sama mcm ragam anak sy masa pantang.. tak mau tidur malam.. siang kemain lena.. mmg kalau tak tahan menggangu emosi.. tp itulah kenangan menjadi ibu yg sngt berharga.. semoga kak ngah tabah menjadi ibu

tasekM said...

betul la kak...
aku dulu menjaga MC masa kecik2. mmg ada masa rasa nk menangis...




.

Tijah said...

sekarang saya plak rasa nak nangis baca cito akak.

Kakzakie said...

Kakak salute kakpah. Anak bongsu yg tabah diperantauan. Semua ini membuat kakpah menjadi insan yg berwibawa dan kakak dpat bayangkan kakpah mahu anak kakpah sama tapi tidak semudah itu kakpah. Anak yg dilahirkan serba mewah menjadi ibu anak sulung. Berilah dia belajar menjadi ibu terbaik juga....

kakcik said...

Masa dalam pantangkan Along dulu, kakcik pernah tidur dalam keadaan duduk dengan bersandar pada katil. Along pula atas ribaan - maknya terlelap sambil mendodoikan Along yang tidak lena sepanjang malam...

secangkir madu merah said...

anak2 saya semuanya memng kuat melalak tengah malam semasa dlm pantang, nasib baik aku ada emak yg menjaga ku selama dlm pantang, emaklah yg akan berjaga hingga ke 2 3 pagi mendodoikan cucunya, aku rasa sedeh dan menangis kak, apatah lagi melihat kesungguhan mak aku berjaga kerana kasihankan aku yg masih dlm berpantang, sebab itu bila emak tidak sehat aku rasa sedeh kerana tidak dpt menjaga dia spertimana dia menjaga aku kerana aku juga ada tanggungjawab lain, aku menangis ni kak...huaarrrggghhh

JunAina said...

bukan senang menjadi ibu...alhamdulillah...sekurang2nya kita masih ada kesempatan untuk merasa nikmatnya mengandung, melahir dan membesarkan anak berbanding orang yg tiada zuriat...

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Melihatkan kepayahan ibu menjaga anak memanglah rasa kesihan sangat.
alhamdulillah, anak-anak Kak Yan tak banyak kerana masa diorang kecik-kecik mau pun semasa bayi...siang tido, malam pun tido...ha, maknya pun apa lagi...tido jugaklah...:-)

Ms.Lilies said...

terbayang2 lagik time jaga zara...macam tu la kak...siang malam nangis..genap 2 bulan baru dia ok...dah free ai kurus kak hahaha

Ena said...

sama mcm anak2 sy masa dalam pantang dulu... siang mengantuk malam berjaga.. kalo setakat berjaga dimalam hari tak pe la.. ini meangis setiap malam dan merengek2 sampai pagi.. dah pagi baru tido semula.. Tapi Alhamdulillah.. dapat atasi dengan penuh kesabaran..

Aku said...

kadang-kadang bapa pun menangis gak kak, tengok anak dan isterinya dalam pantang...

Ku Tak Sempurna said...

tak sabar nak merasa semua ni


.
.

.
.
.

hakhakhak

.
.
ooopsss.. den dah raso. masa kak ipar den bersalin, den yg jago. (eksen kejap.) :D kul 1 smpi kul 4 pagi baby tu mesti jago. setiap malam. nak main2. hah! hambik ko. tak larat omak eh. makcik eh nak main.

maryam baik2 tau. sian kat bonda. kat nenda. eh. buli nenda takpe.hihihi

julietchun said...

Untuk jadi seorang ibu kena kuat mental dan juga fizikal kan.

ashley said...

Aku tak tahu samada nak rasa simpati atau nak senyum sendiri..
.
.
.
Time TENSI TENSI gini, nenda pun boleh melompat sana sini!!
hehe
.
.
.
pada angah,
semoga hari hari mendatang dilalui dengan tabah!

kayteeze said...

Kita pun dah laluinya. Tapi kita menumpang rumah mentua masa first child.

Mujurlah anak tak banyak meragam, cuma kuat kencing (masa tu guna lampin biasa je), jadi kita jaga sejam sekali tukar lampin.

Mentua marah kerana tak kejutkannya. Kita pulak tak sampai hati, tengok dia tidur berdengkur kerana keletihan.

Zaitun said...

Saya diduga Allah SWT masa anak yang keempat,semasa lahir sihat tapi bila berumur 6 bulan tak pernah sihat dan sentiasa menangis.Akhirnya operation dilakukan dan alhamdulillah dah ok walaupun sampai sekarang masih dalam rawatan.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam k.pah, lama tak bersua..dekat tp jauh gitu..dah pernah jadi ibu dan dah merasa segala ragam membesarkan bayi..memang mencabar, cam no la suatu masa nanti dikurniakan cucu, masih larat lagikah menghadap anak kecil melalak meragam sepanjang malam...hu..hu..

akhirnya segala susah payah membesarkan anak2 menjadi kenangan paling manis dalam hidup...

kakpah said...

mamarempit,
ramai yang tak berpeluang dan sentiasa termimpi2kan gelaran ibu.


kaklong,
iyo kaklong... Omak lamo manolah nak suruh dio jago kito. Dio pun ado kojo lain. Pandai2 lah sondiri.


kakngah,
kok sengsiang osah botul leno e. Nangih nak minum, lopeh tu lolap balik.

kakpah said...

eda,
kakngah ni dari segi emosi memang tak stabil. Dari kecik lagi macam tu. Maklumlah.. dia anak 'istimewa' yang sangat sensitif.


TM,
Kalau kau sorang dah rasa stress, imagin aku ni yang ada 8 orang.. semuanya rapat-rapat. Mau tak menangis..


tijah,
ekau janganlah...

kakpah said...

kak zakie,
dia tengah belajar sebenarnya. Sejak melahirkan haritu kalau maryam meragam waktu malam, kakpah akan menjaganya sampai ke pagi. Memandangkan waktu berpantang pun hampir habis, kakpah sekarang biarkan dia uruskan sendiri supaya dia tahu bahawa menjaga anak bukan tugas yang mudah.

kakpah said...

kakcik,
masing-masing ada pengalaman sendiri kan?



smm,
emak mana pun takkan sampai hati melihat anaknya tak keruan menjaga sikecil. Kakpah pun tak sampai hati juga tapi saja keraskan hati kadang-kadang tu supaya ibunya belajar.


Aina,
betul. Ada orang tak berpeluang langsung merasa itu semua.

kakpah said...

Yan,
ekaulah antara orang yang beruntung hahaha..



lilies,
dua bulan macam tu sengsiang kau tak jadi zombi ke.


Ena,
kalau semua baik-baik je masa kecik, takde la nanti cerita nak bagitau diorang masa diorang dah besar hehe..

kakpah said...

nizam,
iye ke.. Setahu akak, bapalah yang paling penyabar semasa anak2 kecik ni. Kalau menangis waktu malam, bapa relek je sambil berkeruh-keruh.. kroh..kreh..


kts,
weh.. mano ekau poi lamo tak nampak. Sokarang ekau cakap eksen la kan? Dah kono sok..haha..

~ Cik Azz ~ said...

Yo la kak... sy ponah tgk akak ipar maso dlm pantang anak sulong kek ghumah ni dulu.. Dio hrpkan omak sy la sobab omak dio dah moninggal.. Kdg2 sian tgk dio tak cukup tido..

Sy ni kok budak tu masih dlm pantang, takut nak pogang... Bukan apo, takut topole'ot yoo anak org... Sy ni kan kasar sikit org ehh... huhu..

kakpah said...

juliet,
aku doakan kau akan jadi ibu yang baik


ashley,
kehkeh.. ekau tak tau aku ni tak cukup ketiak nak bepeluh. Ambek maryam, si faris melalak. amek faris maryam melalak. aduyai...


tie,
pengalaman yang manis untuk diingat2. Bertuah tie dapat mertua yang prihatin.


zaitun,
tu lah yang nak dirisaukan. Anak2 kecik menangis kita kena agak2 sebabnya. Kalau dah dibagi susu masih menangis, mungkin sebab lain..
Alhamdulillah anak zai sudah shat.


yati,
salam. Maaplah sebab tak dapt menjenguk. Hari-hari macam ni lah.. bila dapat sedikit ruang, tu yang baru sempat untuk diri sendiri.

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Menjaga bayi kecil memang duguan yang besar.bila fikiran serabut tu yang bertambah haru. Nasib baik kak pah ada tolong membantu, ringanlah beban dia sikit.

kucingorengemok said...

dah try kasi makan ubat batuk...? hihihi, lariiiiiii

ibu-ibu memang insan yang hebat!

kakpah said...

cik ina,
memang kena banyak bersabar. Tu yang kakpah selalu cakap.


kog,
ko ni takde ingat lain kan? maaaaakan je..hiii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...