Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, February 18, 2011

Makan cekodok seketul belum sempat habis, dah sampai

Praba pergi opis, bergerak dari rumah dia sebelum pukul 6.

Cepatnya.

Dah dia tinggal nun jauh dekat ngan podeksen. Sampai UM sempat dulu minum-minum.




Mat Acim masa keje kat kl dulu dia berulang alik dari melaka je.

Apasal tak cari rumah dekat-dekat sini.

Ntah, dia kata senang lagi duduk melaka. Sebelum subuh dah keluar rumah. Bas yang dia naik tu nanti berhenti kat rest area untuk penumpang bersolat subuh.






Anak aku ni hujung bulan dua ni dah habis chambering. Rezki dia murah sebab 1 mac dah mula kerja di satu law firm di Ampang. Aku kata rezki murah sebab ada orang berbulan-bulan cari kerja dan ada sampai bertahun tak dapat juga kerja yang diidam-idamkan.

Aku repeat ek, kerja kat AMPANG je tapi dah berura-ura nak cari rumah dekat-dekat dengan ampang konon nak dekat dengan tempat kerja. Tempat kerja dekat satu hal tapi kena kira beberapa perkara:
-Duit makan
-Duit sewa
-Duit letrik
-Duit air
-Duit petrol

Kalau duduk kat rumah ni yang jauhnya hanya sepelaung je;
-Makan free
-Tempat tinggal free
-Api air tak payah bayar
-Duit petrol pun kadang-kadang pow mak ngan ayah


Tak paham betullah aku dengan bebudak ni.
Kalau boleh kan, aku nak diorang ni duduk bawak ketiak aku je.  Senang nak aku kepit-kepit.

32 comments:

AZANI said...

alhamduliillah,berkat doa mak ayahnya

salam hajjah

JunAina said...

salam...

macam tulah anak2 sekarang lebih senang cuba hidup berdikari dan kita sebagai ibu tentunya masih menganggap masih belum tiba masanya utk berpisah dengan anak2...

kak long said...

tah hai bukan eh jauh na bangi mo ampang tu....sok dah ado jodoh..poie la duk mano pun...kan kak?

kucingorengemok said...

umur 20-an memang nak berdikari (kononnya), bila dah 30-an mesti rasa nak duduk kat ketiak mak semula, hehe

Hamizah said...

saya pon suka berkepit celah ketiak mak..tp xdptlah pula..

anymz said...

hehe..nak berdikari lah tu kakpah.anak bujang sey yg belajar di MMU tu dulu berulang dr rembau.dio dah congak sewo appt di cyberjaya tu mahal sungguh.itu bolum dgn culture shock bagai.last2 dio dok umah.ala klas pun seminggu 3 kali yo..sonang hati omak..hehe

Kakzakie said...

Lebih risau/sesih kalau kena berpisah dgn si Fariz montel tu.

Oh.... baru kakak tahu Fariz tu ikut muka mummy dia. Comel....

kakngah said...

biar la deh kak..
ngaso camno duk sndr. susah ko sonang.. pandai ko tak nak urus hidup eh.. kok tocungap sok.. pepandai la deh cr induk eh blk.. hihihi!!!

go imah go!

DrSinga said...

tidak berkaitan entry hari ini..
.
minat Kak!!
(kursus DSLR tu..)
DrHanie tu pun macam minatt gak..

kakcik said...

Alhamdulillah - murah rezeki anak Kakpah. Dia nak belajar susah senang duduk sendiri tu - biarlah dia rasa dulu... :)

Aku said...

Aku sokong komen KOG tu.

Aku sekarang ni macam nak bawak emak duduk dengan aku je. Tapi dia org tak suka, tak nampak pokok, tak nampak sungai, ayam, ikan...

Chik Att said...

ibu mana ... mau berjauhan dengan anaknya ...

atty's said...

Sebut pasal ank2 nak duk asing ni..aty pun risau..kot oneday anak2 nak duk asing..

kalo dah kawin takpe..huhuuhuh..nanti akan sampai juga saat itu.

rezeki said...

salam kak pah

nak rasa hidup sendiri kak, tapi mau 2-3 hari sekali dia balik bangi hehe

mcm juga org tua, tak nak dia tinggal dgn kita , kalau datang je kejap psl risau dia kat rumah yg ditinggalkan hehe

julietchun said...

dia dah jemu bau ketiak maknya tu yg nak tukar environment,kekekeke.

Ms.Lilies said...

anak2 ada pendapat dia kan...kita as mak2 ada pendapat lain plak..ni anak den nak pi camping bln 6 ni den dah comeh dr skrg ha

hahahaha

SeKunTum LaVenDer said...

Semua ibu pun berfikiran begitu...nak semua anak duk bawah ketiak mereka. Tapi kalau ayah plak, semuanya relaks & tak kisah. Hehe.

kakpah said...

azani,
berkat doa dan rezki dr DIA juga.


Aina,
Uhu.. sapa la nak temankan akak masak-masak nanti.


kaklong,
osah botul e. Lap u kaklong sobab menyokong.


kog,
kengkunun la kan. Kok ado masalah omak yo yang dicarik.

kakpah said...

hamizah,
haha.. kau pun sua kena kepit ek.


anim,
kok ado dopan mato, sonang nak dibebelkan apo-apo yang tak kono di hati tu. duduk sondiri sesodap ati yo nak buek apo.


kak zakie,
faris ni kalau tak datang sehari pun dah tertinjau-tinjau dah kat gate tu ha..
ish..ish.. kak zakie, tu gambar imah emak sedara faris, anak yang kpah citer dalam n3 ni. Mak faris ni lagi montel hehehe..

kakpah said...

kakngah,
ekau jadik batu api lak ek. bahayo ni hiii..


dr singa,
minat? bagi nama ek.


kakcik,
nak lepaskan belajar sendiri ni yang tak senang duduk ni kakcik.


nizam,
la.. mana sama. emak bapak ni tak de tahannya duduk lama-lama ngan anak de.


chik att,
yes!! betul cakap ko. Kakpah lap u.


aty,
masa ko akan tiba gak. Siap jer la..

pak itam,
kakpah rasa kan.. memang camtu gak la. Dua tiga hari balik hantar baju kotor hahaha...

kakpah said...

juliet,
wargkahkah... tosonyum den baco komen ekau.



lilies,
tu lah pasal. Kadang-kadang tepikir gak, eden ni kolot bona ko.


syirah,
pasal tu lah kalau ada apa-apa permintaan, dorang lebih suka cakap pada ayah sebab ayah pasti bagi green light. Dengan emak? siap kau!!! haha..

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Biarlah kak pah dia nak berdikari. anak makcik dari umur 20 tahun dah duk sendiri. nampaklah dia punya kematangan tu. baru dia tahu bukan semua benda free. bukan nak zalim, saja nak ajar, esok kalau kita tak de, at least dia boleh berdikari, lagilah kita ni kan sebatang kara.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Tahniah untuk si Loyar muda tu.

Kita, kalau boleh nak kan semua anak depan mata kita sonang nak memantau ;-). Tapi, sampai bila kan??
Itulah kenkadang bila balik kerja lalu lalang kat rumah besau-besau, terdetik jugak dihati, gamaknya, berapa oranglah kat dalam rumah tu.
Anak-anak bila dah kerja, apa lagi kalau dah kawin, dah takmo duduk dengan family, akhirnya tinggallah mak pak saja...kesunyian , kesepian...alahaiiiii!

h4ni3 said...

bagi jer dia dok rumah sewa..
esok2 bila dia tau susah senang, balik la semula kat bawah 'tekiak' (bak kato anak daro den) mak dia :D

Ku Tak Sempurna said...

sari bape kali ekao mandi kakpah? nak kepit2 ni

ahahaha

KAKTINY said...

Kata mak-mak :
'Tak paham betullah aku dengan bebudak ni. Duduk aje la bawah ketiak mak, semua mak dah bagi free. Kan senang!'

Kata anak-anak:
'Tak paham betullah dengan mak ni. Asyik nak suruh duduk bawah ketiak dia aje. Orang nak duduk asing pun tak buleh. Bagi la orang rasa berdikari!'

.. hahahaha ..

Ibu dan anak.. di mana zaman sekalipun, akan ada di satu detik, garis 'ketidaksepakatan' itu wujud..

Si Ibu.. kerana telah dahulu mengenal dunia..
Si anak.. kerana baru hendak meneroka dunia..

.. tapi, titik sayang itu tetap di situ.. abadi.. selamanya..

:)

iina said...

Kalau den... kak memang duk umah sewa sendiri hehehe.. dulu maso den keje kat shah alam.. mmg cari umah sewa sendiri.. walaupun umah mak ayah xdelah jauh sgt.. sebab dah terbiasa berdikari camtu.. setidak2nya tahu susah senang sebab kat situ kita belajar camna nak hidup susah..

Jangan jadi cam adik den... start keje mmg duk ngan mak ayah.. buat rumah mak cam umah sewa.. basuh xbasuh.. bilik xkemas.. lagik haru kak.. baik jelah dia duk sewa sendiri.. susah senang.. tanggung sendiri.. takpe kak.. tak rugi belajar berdikari nie.. saya dah lalui masa saya bujang dulu ;)

Zaitun said...

Apalagi anak perempuan ya kakpah susah nak lepaskan hehehe....

kakpah said...

cikina,
hehe.. suka dia baca komen ko ni.


yan,
sampai masa nanti memang tinggal bedua je.. itu pun kalau umo panjang. kalau umo tak panjang, duduk sengsorang je kat bawah nun..

kakpah said...

hanie,
haha.. ko pun sama jadi batu api ek.


kts,
aku mandi setengah jam sekali kikkik..


tiny,
dulu..dulu..dulu..
bila aku nak tapi mak aku tak bagi aku kata mak aku old pesyen. nak tu tak boleh, nak ni tak boleh.
Bila aku dah jadi mak yang setua mak aku masa aku kata mak aku old pesyen dulu, baru aku paham kenapa mak aku selalu kata tak boleh.
Hah.. tunggulah.. akan sampai masa dan ketika juga nanti anbak-anak akan paham perasaan aku.

kakpah said...

iina,
tiap bondo tu ado bad side dan ado good side kan.
Kalau den sughuh anak den listkan semuo kobaikan e, tontu bojelo-jelo senarai e ..
anyway, kono tanyo diri sondiri la. Dah sampai maso e yang cakap den banyak yang dah tak laku lagi.


zaitun, tu la pasal..

ashley said...

Aku sokong kakTiny..
.
.
.
Imah, ko sabor je laaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...