Misalnya kita tengah mendorong trolley di tesco. Tak semena-mena trolley yang kita dorong melanggar kaki orang di depan kita. Dia mengadui dan mencenggelangkan biji mata kepada kita. Releklah kak. Nama pun tak sengaja. Takkan nak marah.
atau pun
Kita tengah terkial-kial memotong daging steak di dalam pinggan. Makan dalam restoren hebat takkan nak makan dengan tangan. Alih-alih daging itu melayang termasuk dalam pinggan member depan kita dan dia melenting woit!! Releklah kak. Nama pun tak sengaja. Takkan nak marah.
ataupun
Kita nak baling tisu ke dalam bakul sampah. Kononnya tangan kita yang emak kata berbedung semasa kecil itu dapat membuat lemparan tepat. Tetapi lemparan tersasar dan terkena orang berdekatan. Mendengus dia. Releklah kak. Nama pun tak sengaja. Takkan nak marah.
.
.
.
.
Tengahari tadi aku ke ekonsef buat menambah sayur yang dah kian lengang di peti ais. Pillih timun, masukkan dalam plastik, masuk ke trolley. Pilih cili merah, masukkan ke dalam plastik, masuk trolley. Pilih kubis yang telah sedia dibungkus dalam plastik, masuk trolley. Pilih limau kasturi. Sama-sama
Aku beli lagi dua tiga jenis sayur dan beratur di kaunter penimbang. Panjang berbaris. Lama aku menunggu. Bila sampai di kaunter aku keluarkan sayur.
Eh.. kenapa timun ni dua biji je. Tadi aku ambil 6 biji.
Eh.. kenapa cili merah ni banyak sangat. Tadi aku ambil dalam sepuluh biji je. Ni penuh satu plastik.
Eh.. siapa pula yang letak tomato di sini. Aku tak ada ambil tomato pun.
Eh... mana cotton ball yang aku beli kat farmasi tadi.
Eh.. ni bukan trolley aku ni.
Aku buat kona baring dah pergi semula ke tempat aku bungkus limau kasturi tadi. Sah.. trolley aku ada di situ. Yang aku hayak ke hulu ke hilir ni entah siapa yang punya. Mesti tuan dia geram bila trolleynya hilang. Entah-entah dia carutkan aku.
Releklah kak. Nama pun tak sengaja. Takkan nak marah.
39 comments:
lenkali lotak bodyguard akak dlm trolley tu. baru tak salah amek pok org. kehkehkehhh
hehe apa agaknya yang kakpah dok pikir time sorong troli orang lain tu:)
Dah namanya tak sengaja - nak buat cemana, kan? :)
hehehe... tak marah doh, dah kakpah tak songajo
relek lah kak namo pun tak sengaja..hahaha..apo kono kak..teringat kek cucu ko?..
heheheh..kak sya pun pornah jadi gini
erppp siapa pulak punya trolli nih..kesian orang tu, tp taksengaja kan? ;p
kak kita tak marah pun.relaxlah.simpati gak pada siempunya troley.cian dia.kwang kwang
Salam kakpah,
Kesian juga kat kakpah ni sampai trolley org lain pun dibawa sampai ke cashier. Nasib patah balik ada lagi trolley kakpah...
Hehehehe. tulah kak.. lainkali ambik troli pandang2 jeling2 kak.. kan dah tak sengaja.. ahaks ;) mesti tensen tuan punya troli tuh.. troli dia leh hilang lak
sebbaik tak bayar laei...
Uwaaaa...... kelakor la Kakpah ni. Sakit perut kita ketawa tau!
sib baik perasan...
kot tak?
hihihi
namo pun tak sengajo...pepaham dah la...
tapi musti org tu pun tak sengajo gelabah gilo cari trolly eh...
heheheh...!!!
pernah berlaku kak, bulan puasa haritu, shopping kat giant, dah siap beli barang dan bayar, Mr hubby ku tolak trolley, lepas tu singgah2 lak tengok mcm2 benda yg jual kat kedai2 kecik kat luar giant, dah habis tu menonong tolak trolley. Bila sampai kat kereta, nak masukkan barang2 kedalam bonet...alangkah terkojutnya den kak..trolley yg Mr hubby ku tolak itu rupa2nya trolley kosong...arrrrgh..aku rasa cam nak nangis..kelam kabut dia pergi balik kat gerai yg last skali singgah..rupa2nya trolley tu duduk diam je kat situ..ya Allah, tak tau nak marah ke ketawa ke, kita yg tolak sama2 trolley tu pon boleh tak perasan....
Kak, kalau akak makan potong daging steak sampai masuk pinggan aku, jangan jangan risau. Aku tak akan marah.
Aku ucap " Alhamdulillah... "
seyes... bila nak ajak aku makan steak nih?
Hahaha...
Ni mmg osah songajo nak dapek hamun free ni kak...
Mencenggelangkan = mencerlangkan = moncolang-an.. Mano satu yg boto ehh kak... hehehe..
tijah,
harini banyak tompek nak nyinggah. sobab tu bodyguard tak bawak walaupun dio molalak nak ikut.
cik manggis,
camana nak pikir sebab tak terpikir lngsung kahkah..
kakcik, haha tu lah pasal. bukannya sengaja.
ibuintan,
seb baik tak kono marah kan?
anim,
asik mikir apo nak masak kehkeh..
sayang sayangibu,
sejuuuuukk hati kakpah dengar yang bukan kakpah sorang je yang terkena.
cikina,
hah..golak.. nanti kena kat ko baru tau hiii..
kakzakie,
belum sempat sampai cashier lagi. baru nak timbang sayur nak tau harga. kalau dah sampai cashier lagilah termalu besar..
iina,
troli akak isik sayur. Troli yang aku hayak tu pun isi sayur gak. Serupa tapi tak sama. Tu yang buat keliru sikit tu haha..
kakngah,
sebbaik tul.
tie,
sengsorang pun boleh buat lawak lagi tu.
lilies,
kalau sampai rumah baru perasan, mahu ngutuk2 diri sendiri.
kaklong,
akak boleh imajinlah camano gilo e dio moncari barang e. aduyai..
Yati,
ekau biar betul. Lagi hebat daripada kakpah ni.Tegolak besar kakpah baca komen kau. Boleh ke dua-dua tolak troli kosong sorang pun tak sedar.
Kalau akak lah kan dalam situasi tu.. akak takkan marah de. Lagi tebahak-bahak ketawa ada la.
Nasib baik barang kau tak hilang...
Aku,
Ala.. setakat belanja stek takde hal punya. Kau pegi je la mana-mana restoren yang ada stek. Oder, makan, bayar... akak belanja pakai duit ekau.
Azz,
Ontah banyak mano kono hamun gak e.
Akak solalu cakap cenggolang. contoh e kan.. dicenggolang e bijik mato e. Ha.. tu bahaso pilah. Bahaso tampin, eh.. kau duk tampin kan? tak tau lak.
salam hajjah
nak kata apa hajjah
nama pun tak sengaja.....yang pasti ada hikmah disebalik kejadian....
azani,
bukan sengaja sengaja ye tak...
Pernah terjadi pada saya masa membeli ikan dan sayur dipasar.Tukang ambik barang saya tapi masa bayar tugas hubby,bila masuk kereta dia tanya kenapa beli ikan banyak2 dalam satu jenis sedangkan kita tak ramai?
Saya buka boot kereta tengok isi plastik sah bukan saya punya.Pergi balik kat kedai tu memang masa tu orang yang empunya tengah mecari2 bakul ikannya.Nama pun tak sengaja kihkihkih...
ha ha ha..ka pah..kak pah..saya memang tak ponah tolak troley sendiri..takut jadi cam tu lah.
tak kan troley pun nak gantung macam fail tu kak pah..he he..he.
Zaitun,
Kalau cerita pasal beli barang kat pasar memang macam-macam terjadi. Kadang-kadang barang kita tertinggal. bayar tapi tak ambek. Sampai rumah tercari-cari.
Cerita zai tu penah jugak terjadi pada kakpah. Cuma kakpah dah bawak balik ke rumah.
erna,
haha.. bagus gak idea ko tu. Kali ni tak payah gantung. tapi ikek tangn ngan tali dan sambung kek troli tu. Amacam...
ko ni kelakar la kak... ha ha.
.
erkk.. kakpah.. tisu tu bkeh lap apenye? byknye beli stok timunnn.. heheh
tasek.
aku rasa aku ni pun klakar gak hahaha..
azeeda,
tisu apekemenda pulak. ish kau ni...
Timun tu sayur lah yang.. elok buat ulam.
TERRRRRRRRR...
.
.
.
Salam Kak Pah,
Tuan troley tu kena fahamlahkan. Sapa nak ambik troley orang, mesti tak sengaja.
Ashley, ggrrrrrr..
kunang-kunang,
alhamdulillah kalau tuan troli tu ani yang maha understanding hiii..
salam kak pah...
banyak nor pikirnyer kak oi sampai jadi gitu
ooops, me sengaja komen kat sinih oke.. ehehe
salam konal kak pah..
entri buat sy gelak sorang2.. ada strategi
paklong, tak pikir apa pun.
enme, haah.. lama tak sampai sini ek.
ciksembang, salam konal gak. hehe
Post a Comment