Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, February 9, 2011

Nama pun tak sengaja kan!

Nama pun tak sengaja.  Takkan nak marah.

Misalnya kita tengah mendorong trolley di tesco. Tak semena-mena trolley yang kita dorong melanggar kaki orang di depan kita. Dia mengadui dan mencenggelangkan biji  mata kepada kita. Releklah kak.  Nama pun tak sengaja.  Takkan nak marah.

atau pun

Kita tengah terkial-kial memotong daging steak di dalam pinggan. Makan dalam restoren hebat takkan nak makan dengan tangan. Alih-alih daging itu melayang termasuk dalam pinggan member depan kita dan dia melenting woit!!  Releklah kak.  Nama pun tak sengaja.  Takkan nak marah.

ataupun

Kita nak baling tisu ke dalam bakul sampah.  Kononnya tangan kita yang emak kata berbedung semasa kecil itu dapat membuat lemparan tepat. Tetapi lemparan tersasar dan terkena orang berdekatan. Mendengus dia.  Releklah kak. Nama pun tak sengaja.  Takkan nak marah.

.
.
.
.
Tengahari tadi aku ke ekonsef buat menambah sayur yang dah kian lengang di peti ais. Pillih timun, masukkan dalam plastik, masuk ke trolley.  Pilih cili merah, masukkan ke dalam plastik, masuk trolley. Pilih kubis yang telah sedia dibungkus dalam plastik, masuk trolley. Pilih limau kasturi.  Sama-sama berebut memasukkan limau kasturi ke dalam plastik dengan seorang perempuan. Aku siap dulu dan masukkan ke dalam trolley.

Aku beli lagi dua tiga jenis sayur dan beratur di kaunter penimbang. Panjang berbaris.  Lama aku menunggu. Bila sampai di kaunter aku keluarkan sayur.

Eh.. kenapa timun ni dua biji je.  Tadi aku ambil 6 biji.
Eh.. kenapa cili merah ni banyak sangat. Tadi aku ambil dalam sepuluh biji je.  Ni penuh satu plastik.
Eh.. siapa pula yang letak tomato di sini.  Aku tak ada ambil tomato pun.
Eh... mana cotton ball yang aku beli kat farmasi tadi.
Eh.. ni bukan trolley aku ni.

Aku buat kona baring dah pergi semula ke tempat aku bungkus limau kasturi tadi.  Sah.. trolley aku ada di situ. Yang aku  hayak ke hulu ke hilir ni entah siapa yang punya. Mesti tuan dia geram bila trolleynya hilang. Entah-entah dia carutkan aku.

Releklah kak.  Nama pun tak sengaja.  Takkan nak marah.

39 comments:

Tijah said...

lenkali lotak bodyguard akak dlm trolley tu. baru tak salah amek pok org. kehkehkehhh

cikmanggis said...

hehe apa agaknya yang kakpah dok pikir time sorong troli orang lain tu:)

Kakcik Seroja said...

Dah namanya tak sengaja - nak buat cemana, kan? :)

ibuintan said...

hehehe... tak marah doh, dah kakpah tak songajo

anymz said...

relek lah kak namo pun tak sengaja..hahaha..apo kono kak..teringat kek cucu ko?..

kasihibu said...

heheheh..kak sya pun pornah jadi gini

erppp siapa pulak punya trolli nih..kesian orang tu, tp taksengaja kan? ;p

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak kita tak marah pun.relaxlah.simpati gak pada siempunya troley.cian dia.kwang kwang

Kakzakie Purvit said...

Salam kakpah,

Kesian juga kat kakpah ni sampai trolley org lain pun dibawa sampai ke cashier. Nasib patah balik ada lagi trolley kakpah...

iina said...

Hehehehe. tulah kak.. lainkali ambik troli pandang2 jeling2 kak.. kan dah tak sengaja.. ahaks ;) mesti tensen tuan punya troli tuh.. troli dia leh hilang lak

kakngah said...

sebbaik tak bayar laei...

Anonymous said...

Uwaaaa...... kelakor la Kakpah ni. Sakit perut kita ketawa tau!

Ms.Lilies said...

sib baik perasan...
kot tak?
hihihi

kak long said...

namo pun tak sengajo...pepaham dah la...
tapi musti org tu pun tak sengajo gelabah gilo cari trolly eh...
heheheh...!!!

secangkir madu merah said...

pernah berlaku kak, bulan puasa haritu, shopping kat giant, dah siap beli barang dan bayar, Mr hubby ku tolak trolley, lepas tu singgah2 lak tengok mcm2 benda yg jual kat kedai2 kecik kat luar giant, dah habis tu menonong tolak trolley. Bila sampai kat kereta, nak masukkan barang2 kedalam bonet...alangkah terkojutnya den kak..trolley yg Mr hubby ku tolak itu rupa2nya trolley kosong...arrrrgh..aku rasa cam nak nangis..kelam kabut dia pergi balik kat gerai yg last skali singgah..rupa2nya trolley tu duduk diam je kat situ..ya Allah, tak tau nak marah ke ketawa ke, kita yg tolak sama2 trolley tu pon boleh tak perasan....

Nizam.Ariff said...

Kak, kalau akak makan potong daging steak sampai masuk pinggan aku, jangan jangan risau. Aku tak akan marah.

Aku ucap " Alhamdulillah... "




seyes... bila nak ajak aku makan steak nih?

Cik Azz said...

Hahaha...

Ni mmg osah songajo nak dapek hamun free ni kak...

Mencenggelangkan = mencerlangkan = moncolang-an.. Mano satu yg boto ehh kak... hehehe..

ibundo said...

tijah,
harini banyak tompek nak nyinggah. sobab tu bodyguard tak bawak walaupun dio molalak nak ikut.

ibundo said...

cik manggis,
camana nak pikir sebab tak terpikir lngsung kahkah..


kakcik, haha tu lah pasal. bukannya sengaja.


ibuintan,
seb baik tak kono marah kan?

ibundo said...

anim,
asik mikir apo nak masak kehkeh..


sayang sayangibu,
sejuuuuukk hati kakpah dengar yang bukan kakpah sorang je yang terkena.


cikina,
hah..golak.. nanti kena kat ko baru tau hiii..


kakzakie,
belum sempat sampai cashier lagi. baru nak timbang sayur nak tau harga. kalau dah sampai cashier lagilah termalu besar..

ibundo said...

iina,
troli akak isik sayur. Troli yang aku hayak tu pun isi sayur gak. Serupa tapi tak sama. Tu yang buat keliru sikit tu haha..

ibundo said...

kakngah,
sebbaik tul.



tie,
sengsorang pun boleh buat lawak lagi tu.


lilies,
kalau sampai rumah baru perasan, mahu ngutuk2 diri sendiri.


kaklong,
akak boleh imajinlah camano gilo e dio moncari barang e. aduyai..

ibundo said...

Yati,
ekau biar betul. Lagi hebat daripada kakpah ni.Tegolak besar kakpah baca komen kau. Boleh ke dua-dua tolak troli kosong sorang pun tak sedar.
Kalau akak lah kan dalam situasi tu.. akak takkan marah de. Lagi tebahak-bahak ketawa ada la.
Nasib baik barang kau tak hilang...

ibundo said...

Aku,
Ala.. setakat belanja stek takde hal punya. Kau pegi je la mana-mana restoren yang ada stek. Oder, makan, bayar... akak belanja pakai duit ekau.


Azz,
Ontah banyak mano kono hamun gak e.
Akak solalu cakap cenggolang. contoh e kan.. dicenggolang e bijik mato e. Ha.. tu bahaso pilah. Bahaso tampin, eh.. kau duk tampin kan? tak tau lak.

aza ni said...

salam hajjah
nak kata apa hajjah
nama pun tak sengaja.....yang pasti ada hikmah disebalik kejadian....

ibundo said...

azani,
bukan sengaja sengaja ye tak...

Zaitun said...

Pernah terjadi pada saya masa membeli ikan dan sayur dipasar.Tukang ambik barang saya tapi masa bayar tugas hubby,bila masuk kereta dia tanya kenapa beli ikan banyak2 dalam satu jenis sedangkan kita tak ramai?

Saya buka boot kereta tengok isi plastik sah bukan saya punya.Pergi balik kat kedai tu memang masa tu orang yang empunya tengah mecari2 bakul ikannya.Nama pun tak sengaja kihkihkih...

Acik Erna said...

ha ha ha..ka pah..kak pah..saya memang tak ponah tolak troley sendiri..takut jadi cam tu lah.
tak kan troley pun nak gantung macam fail tu kak pah..he he..he.

ibundo said...

Zaitun,
Kalau cerita pasal beli barang kat pasar memang macam-macam terjadi. Kadang-kadang barang kita tertinggal. bayar tapi tak ambek. Sampai rumah tercari-cari.
Cerita zai tu penah jugak terjadi pada kakpah. Cuma kakpah dah bawak balik ke rumah.

ibundo said...

erna,
haha.. bagus gak idea ko tu. Kali ni tak payah gantung. tapi ikek tangn ngan tali dan sambung kek troli tu. Amacam...

tasekM said...

ko ni kelakar la kak... ha ha.



.

AzeedA said...

erkk.. kakpah.. tisu tu bkeh lap apenye? byknye beli stok timunnn.. heheh

ibundo said...

tasek.
aku rasa aku ni pun klakar gak hahaha..

azeeda,
tisu apekemenda pulak. ish kau ni...
Timun tu sayur lah yang.. elok buat ulam.

ASH said...

TERRRRRRRRR...
.
.
.

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

Tuan troley tu kena fahamlahkan. Sapa nak ambik troley orang, mesti tak sengaja.

ibundo said...

Ashley, ggrrrrrr..

kunang-kunang,
alhamdulillah kalau tuan troli tu ani yang maha understanding hiii..

pak long said...

salam kak pah...
banyak nor pikirnyer kak oi sampai jadi gitu

en_me said...

ooops, me sengaja komen kat sinih oke.. ehehe

CikSembang said...

salam konal kak pah..
entri buat sy gelak sorang2.. ada strategi

ibundo said...

paklong, tak pikir apa pun.


enme, haah.. lama tak sampai sini ek.

ciksembang, salam konal gak. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...