Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, March 29, 2011

BENTENG HANYA TINGGAL BEKAS

Tun Perak tidak seperti yang aku kenal dulu-dulu. Hutan batu yang memayunginya merimaskan aku. Manusia yang berbondong-bondong, jeritan dan pekikan enjin yang tidak berhenti-henti menambah ketidak-selesaan. Aku bayangkan langkah-langkah aku bertahun-tahun di Tun Perak dan kini bekas tapak itu berterbangan ditiup zaman.

Jalan Tun Perak.  Aku melaluinya pagi tadi dan imbasan-imbasan lalu datang menerjah minda. Datang dan pergi.





Kemudian di sungai wang;
Sewaktu aku di Subway menggigit roti italian yang membungkus hirisan turkey dan sayuran serta sos berbagai rasa, aku terpandang sepasang manusia pelik yang masuk menuju ke kaunter. Pandangan aku sukar untuk dialihkan. Sesungguhnya kecantikan itu begitu sabjektif dan hanya dinilai oleh mata yang memandang. Tapi tolonglah aku untuk memahami dari sudut mana penilaian itu sekiranya pipi yang halus mulus ditebuk kiri dan kanan untuk dicucuk dengan subang.  Kaki kanan yang gebu di warna warnikan dengan ukiran ukiran dari pangkal peha sehingga ke hujung kaki. Lengan kanan juga di ukir sebegitu rupa.

Begitu juga dengan yang lelaki. Badan penuh dengan ukiran.  Telinganya ditebuk dan berlubang besar. Dibubuh pula cincin yang boleh muatkan ibu jari untuk memantapkan lubang itu. Sungguh biadab mereka mengubah ciptaan Ilahi.




Aku rindukan kuala lumpur seperti dulu. Kini aku berasa sungguh terasing apabila berada di situ.


 kakpah

27 comments:

kakngah said...

geli tgk org yg taksub bersubang tak kira tempat. bila makin di tengok, makin pelik rasanya...

Ms.Lilies said...

kdg tattoo dgn baju pun dah x nampak beza kak...sama je ghupo eh

Kak Ezza@makcik blogger said...

kak
saya di besar kan di KL..bersekolah pun di sana...masa saya remaja dulu...kl ni tempat saya bermain...balik sekolah,pasti singgah chowkit untuk ambik bas balik...
bukit bintang tu cuma berjalan kaki saja ..kini saya tak sanggup nak kesana....udara dan pandangan yang menjolok mata banyak kat sana...apalagi nak bwak anak2 kesana...mual dan sedih dengan masalah sosial anak anak muda apa lagi bila malam menjelang....orang melayu pun bertatoo....sapa yg patut di salah kan?

S..U..D..@..I..S said...

manusia dizaman terlampau canggih melukis dimana2....

iina said...

Uihhh.. itu adalah anak bangsa melayu atau bangsa asing?? emmm udah berubah rupanya fesyen masa kini..

Itulah namanya ikut kebaratan.. yelah kak.. dulu2 walaupun ramai tidak bertudung masih lagi jaga sopan santun dan budi bahasa.. nowadays.. people change because the culture and life style change ;)

pak long said...

salam kak pah...
geram nengok hero dalam gambaq tu....

aNIe said...

Kak... terlalu mudah anak2 muda kita mengikut budaya asing yg dibawa masuk ke negara kit... kadang kita jadi keliru yang mereka tu ntah anak bangsa kita ntah serani...

Paling anie seriau tengok mereka yang menindik lidah tu...eiii...meremang bulu roma anie...

zino said...

kadang2 rasa nak pegi tarik2 je telinga mamat yg bertindik tu.. hehe

Cik Ina minat Do do Cheng said...

makcik pun dah rasa terasa di bumi sendiri semenjak beberapa tahun kebelakangan ni.makcik semakin takut arus kemodenan ini semakin membuat manusia alpa ngan asal usul.

ummu said...

assalamualaikum kak pah,
membaca entry akak ni,mengingatkan kenangan saya dulu2,kawasan Lembah Pantai, Sungai wang..dan semua yang akak ceritakan di sini.rasa nak KL macam dulu2,kan kak

lupekanje said...

udaah kolumpo tu jadik tumpuan pelancong2 asing, yang bawak pelbagai budaya kehidupan kat masyarakat kita...
takpun, dik sebab masyarakat kita, yang dan berminat mengikut budya tompek lain, yg mereka saksikan melalui tv dan internet..payah la...
Mender yang baik, payah nak jadi ikutan.
yang tak baik, copek & goma je orang ikut..apo nk dikatoannnn...

kak long said...

rambut ea tepacak-pacak tak kak?

rezeki said...

salam kak pah

semalam saya ada baca satu artikel berkaitan malapetaka dan bencana.

Jika negara jepun sedang dilanda bencana dan malapetaka tsunami dan gempa bumi, negara kita sebenarnya juga sedang mengalami malapetaka dan bencana keruntuhan moral , itu lebih dahsyat krn malapetaka dan bencana keruntuhan moral ini akan terus berlaku tanpa kita sedari jika tiada langkah2 proaktif dan pencegahan tidak diambil . Takut atas nama kebebasan dan demokrasi, semua ini dihalalkan dan jangan sampai Allah S.W.T menurunkan bala bencana yang akan menimpa semua org tak kira sama ada beriman atau tidak.

kakpah said...

Salam semua.
Suka baca komen-komen kamu semua. Semuga kita semua dihindarkan daripada musibah.

terima kasih kerana sudi menitipkan komen yang bernas.

Kaktiny said...

.... dah berangan-angan dan tinggalkan kota kuala lumpur dan bercita-cita nak pindah ke bangi lepas habis study nanti.. :)

...pada hati ini, terasa ada kedamaian di bangi setiap kali kaki menapak di sana.... terbayang satu harapan dan impian yang bakal berlaku di daerah di mana para ibuan, ilmuan serta agamawan yg ku kenali dan ingin ku dekati bersatu di situ.. (tulus dari kaca mata seorang aku!..)

hihihihi...

pB said...

dunia sekarang


mintak jauh lah anak anak kita terkena "sumpahan".

Ena said...

sakit menanggugn kesakitan semata2 nak berfesyen yg entah apa2..

~ Cik Azz ~ said...

Goli la tengok org yang ado tattoo ni kak.. Kalau dah ponuh satu badan tu, ghaso macam nak muntah kek situ gak... huhu...

Makin kombang si Faris akak tu.. hehe...

Aku said...

ooo.. akak selalu lepak kat benteng ek dulu duu?

tasekM said...

dak nizam ni mmg nk kena balun!



.

AZANI said...

salam hajjah
payah kan ikut ikutan ni....

mati sok ,,ikut sama dgn yang diikut..

halau ikut yang baik takpalah..ada peluang ke taman , kalau ikut yang tak sesonoh ada peluang ke ketuhar.

ibuintan said...

comelnya hero tu kak pah..

benda yg jelek itu juga yg suka diikut oleh anak2 muda kita

kakpah said...

tiny,
meh duduk bangi ni. boleh sembang kat kedai kopi selalu haha..

pb,
mintak dijauhkan

ena,
itulah gilanya diorang

azz,
memang goli geloman. kok cantik pulak tu.

aku,
tempat akak lepak2 makan kerang rebus dan laicikang

kakpah said...

tasek,
nanti aku balun

azani,
janganlah hendaknya ikut yang ke ketuhar tu

ibuintan,
macam tu lah kalau tak ada pendinding

kucingorengemok said...

orang kl ni bukan menjolok mata lagi kak, merodok mata terus... lagi la kalau kita dok bangi, kontrast abis!

kakpah said...

nasib baik kita dok bangi.
memang takleh hidup di kl nih.

miloais said...

tu baru urban kak...

kalo tak de tindik2 kat telinga mau pun lubang hidung [dah macam lembu pulakkk!]
nanti orang kata - kampung mari...

termasuklah bab conteng2 kat badan
lagi banyak contengan ngan lukis cam hapa ntah tu
lagi urban dan lagi up-to-date
kalo tak de semua tu - kampungan katanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...