Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, March 28, 2011

Nasi Briyani Arab

Sekiranya menaiki bas dari kota Mekah ke Madinah atau pun dari Madinah ke kota Mekah, selalunya bas akan berhenti di satu tempat di tengah-tengah padang pasir untuk berehat, makan-makan ataupun menyahut panggilan alam.  Kesempatan juga diambil untuk bersolat di musolla yang disediakan.

Apa yang mahu aku sentuh di sini ialah tentang nasi briyaninya yang sedap.  Teramat sedap.  Berasnya panjang dan lembut. Dan walaupun sepinggannya terlalu banyak untuk dimakan seorang, tapi oleh kerana sedapnya membuat kita tidak sedar yang kita terus menyuap dan menyuap sehingga habis.

Lauknya simple.  Cuma ayam roast dan kadang-kadang kalau nasib baik ada juga ikan goreng yang digoreng gitu-gitu saja tanpa lumuran kunyit atau garam.

Bila berada di rumah sendiri, kadang-kadang aku teringat-ingat akan kelazatan nasi briyani itu. Dan membuat air liur berkecuran.


Tengahari tadi aku dan suami makan nasi briyani arab di seksyen 9.  Baru kali ini kami mencuba.


Walaupun rasanya tidak sama seperti nasi briyani yang aku katakan tadi, tapi nasinya yang panjang dan lembut dan rasa yang tidak pula mengecewakan, sekurang-kurang dapat melepaskan rindu.

Ceritanya:
Ibuk tak makan di rumah?
Tak.. ada kenduri.

Dan dalam kereta beberapa minit selepas meninggalkan rumah menuju ke dewan di Putrajaya;
Haji Ramli ni baru tahun lepas mengahwinkan anaknya kan. 

Haah.

Ni anak yang mana.

Suami menghulurkan kad undangan. Cuba tengok nama pengantin.

Aku tengok dan tak kenal.  Aku tengok alamat rumah.  Dia dah pindah duduk di bandar baru bangi ke.

Suami tidak menjawab tetapi tertoleh-toleh. Kemudian dia memberhentikan kereta di tepi jalan.  Mengambil kad dari tangan aku serta membelek-belek.

Ni haji ramli mana ni.  Bukan kawan abang ni.

Haji ramli yang ini abang kenal ke.

Tak kenal.  Habis camno?

Seganlah nak pergi kalau tak kenal tuan rumah.

Kalau macam tu jom belanja ai makan lah.  Ni dah pakai lawa-lawa takkan nak balik makan kat rumah.


Begitulah ceritanya bagaimana aku makan nasi briyani arab tanpa dirancang dan membuatkan aku teringat-ingat akan nasi briyani di tengah-tengah padang pasir itu.
(teringat juga nasi briyani yang dimasak oleh isteri Abu Ahmad yang menjamu kami ketika kami bertandang ke rumahnya di Mekah)


kakpah

29 comments:

kak long said...

kak,tak dapek nasi briyani kenduri kahwin pu tak po la...dapek yo makan nasi briyani kek restorant...heheheh!!!


nampak selero la kak....

AZANI said...

salam hajjah
Saya kadang kadang musykil,yang orang kata briani gam ni ikut style mana ya? ada yang BP ada yang Muar,itu belum masuk Beriani mamak...
Tapi saya tak kisah musykil musykilpun saya bedal, janji ada gajus...he he he

azwandengkil said...

Rasanya kita sebut Nasi Arab je. Orang melayu pandai2 tambah nabi beriani arab.

rezeki said...

kak pah

kira salam kaut dgn towkey kedai le hehehe

lupekanje said...

acik makan yang hotel sediakan je kak pah....
ontah...tk raso amek nikmat eh pun..janji pewot den konyang..
Acik bukan apo kak...riso kan kok kolestrol naik yo...huhu..

adol ihsan said...

Salam :

Alahai sedap nya, tak pernah rasa..

kakcik said...

Oh gara2 tak kenal bapa pengantin (entah2 kenal mak pengantin, tak?), terus ke restoran nasi beriyani, ya? :)

kakngah said...

dah tu.. camno atok buleh dapek kad jemputan tu??

kucingorengemok said...

dah kira status artis tu kak, orang tak kenal pun jemput gi kerja kawin!

aNIe said...

Kak pah... anie kalau nak makan nasi arab... pegi kat Seksyen 7..belakang Unisel tu... pernah makan kat situ sekali pastu tak pernah pun tukar2 pegi makan tempat lain...

Ms.Lilies said...

terbyg2 lagi makan sedap kat kenduri akak dulu....bilo nak jmpt lg kak


:)

Kak Ezza@makcik blogger said...

saya pun macam anie..pi makan kat sek 7 belakang unisel tu..murah lak tu

secangkir madu merah said...

tak dapat makan nasi beriani org kawin pun takpe, dapat makan nasi beriani arab lagi ya kakpah... cuba tengok kad tu betol2 ramli ke si Jamil yg kata butang baju melayu aku mana Pah..? hehehehe...

Tijah said...

hehehe. nasib baik check dulu kan. tapi takpe la bangi byk tempat makan2. tak penah lagi try briyani gam tepi hway tu. org koba pokat ya amat sampai poning makan eh. nak try la skali sok...

julietchun said...

kadang2 sesuatu yg tak dirancang tu yg jadi kenangan manis :D

Kaktiny said...

nasik arab kat seksyen 5 jalan reko sebelah kedai perabot bangunan kedai tepi jalan tu, katanya sangat BANYAAAAK.. sepinggan leh makan 2 org.. rega RM12.. nak try le.. (tapi.. NASI?.. addduuuhh... gimana mau diet nih buk??... huhuhuhu)

Ena said...

tak pernah rasa lagi ler nampaknya.. huhuhu.. bila lah gamaknya.. adeiiii

kakpah said...

kaklong,
malu lah kaklong nak poi. Kakpah ni jonih pemalu sikit..

azani,
kakpah lagi mosykel. Briyani gam tu dia taruk gam apa haha..

azwan,
ikut sedap mulut menyebut.

rezeki,
eh.. macam pandai-pandai je pak itam ni. memang toke tu semalam bila kakpah datang dia hulur tangan salam. Perempuan ..

kakpah said...

acik,
maso poi madinah tu bas tak beronti ko cik.. Biaso e beronti.

adol,
nanti2 ko rasalah tu..

kakcik,
dua-dua tak kenal. Tak tau tersalah hantar kad ke..

kakpah said...

kakngah,
Ambik dalam poti surat. Agaknya main hantar je.

kog,
up sikit daripda artis

anie,
jauh nye nak pegi makan nasi arab. Kalau2 terterjah ke sana mau jugak nak menerai.

kakpah said...

lilies,
ontah. tanyo si kirin dengan si imah tu bilo nak kawin. Asek pegi kenduri kawin kawan je haha..

ezza,
kalau terpergi nanti nak terai la jugak

smm, wargkahkahkah.. lawak lah ekau. Kalau betul sijamil yang tanya mana butang baju melayu aku pah yang itu.. mau kena pelangkung dia hidup hidup.

kakpah said...

tijah,
dah terai briyani gam yang itu dulu... takdo mano sodap e. ayam e kogheh..

juliet,
yes.. sampai menjilat jari.

tiny,
iye ke..
akak semalam makan sepinggan. Kenyangnya sampai ke malam. Kalau dah siang makan nasi, malam kena makan rengan-rengan je atau tak makan langsung.

ena,
ala.. nanti rasa la tu.

miloais said...

salam kakpah :
peberet lah makan nasik beriani ni...

ada beza ye.. nasi beriani biasa - nasi beriani gam ngan nasi beriani arab ni????

kakpah said...

salam miloais.
bagi yang lidah sensitif, memang terasa bezanya. bagi yang hantamsajalah.. semuanya sama je.

Mak Su said...

sy mnat jugok nasik briyani

iina said...

den baru yo makan nasi briyani pakistan sabtu lopeh kak ;)

kakpah said...

maksu,
sesekali makan boleh lah. selalu jangan.

iina,
briyani pakistan best gak kan?

~ Cik Azz ~ said...

Uisshhh... nampak sobutir2 nasi ehh...

Nasi briyani dgn nasi minyak dengan nasi hujan paneh tu tak samo ke kakk..? Tengok kaler mcm lebih kurang yoo..

Sey ni ghaso ehh bolum ponah makan yang beriyani2 ni... yang ado gam2 tu lagi la tak ponah makan.. makan chewing gum yoo... kihh3..

cahya indah said...

saya pun teringat2 nasi briyani kat tengah2 padang pasir antara Mekah dan Madinah tu..memang sedap. nak pergi lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...