Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, March 1, 2011

Cerita boring jangan baca

Hajat besar.  Cita-cita tinggi.  Tapi terlupa untuk mengukur dengan kemampuan diri sendiri. Sudahnya aku keletihan dalam bilik 18 degreesC yang bukan sahaja menyebabkan aku kejap kejap terlari ke kamar kecil malah menahan punggung daripada berkematu kerana duduk dari pagi hingga ke petang. Mata berpinau memandang screen berjam-jam dan merangkak ke petang otak juga sudah jam tahap kritikal.

Aku mohon pulang sebelum selesai dan tidak berkesempatan bergambar-gambar. Dan dalam cuaca yang memberi amaran hujan akan turun, aku meredah keluar dari situ dan terus menyusur ke highway.  Disambut pula dengan arus kenderaan yang tersekat-sekat.

Jangan tanya aku ambil kursus apa. Aku tengah gila berkursus. Tapi mengenangkan daya tahan fizikal dan mental aku yang kian berkurangan aku sudah  mula berpikir sepuluh kali sebelum aku meneruskan niat aku untuk mendalami 'special needs children'.  Rasa macam aku tak mampu.

Sampai di rumah, terkejar-kejar pula bersiap untuk wedding anak kawan aku di taman Tun.  Selesai maghrib di rumah, kami bertolak dan setelah sesat barat kami sampai juga di majlis. Tetamu baru selesai makan dan kami menyambung.  Keletihan aku terubat juga bila dapat bertemu beberapa orang kawan sekolah.

Begitulah sabtu aku.
Dan ahadnya aku melayan sengal penat seluruh badan.
Semalam, isnin, aku bertambah sengal bila tanaman murid aku banyak kena baham oleh arnab jiran. Ada yang gondol terus.



Nanti tak pasal-pasal pula aku buat rendang arnab dan bagi jiran aku makan. Tentu bawang putih mengangguk-angguk bersetuju.

28 comments:

Aku said...

Kak, buat macam gaye Sultan Mahmud dulu.

Gi belah perut arnah tu hidup-hidup dan keluarkan sayur tu, untuk buktikan benar...

kak long said...

setuju-setuju...!








*kunun-kunun,jadi bawang putih..heheheh!!!

kakcik said...

Jangan sembelih sendiri arnab tu - tapi kalau dah direndang, meh pos semangkuk kat kakcik. :)

julietchun said...

panggang la kak kurang kalori sket,hahahahaha

Kak Nora said...

Hajah,
Lagi kata 'jangan' lagi itulah hendak tau!. Pasal kes arnab "Memang dah makanan aku"

kakngah said...

kuang asam punyer arnab...
harus direndangkan tuh!

tasekM said...

sate arnab pun sedap juga kak...




.

AZANI said...

salam hajjah

sedap juga arnab ni...agaknyalah.....saya genyir...macam makan kucing...gamaknya.

h4ni3 said...

kakpah..
nanti dah siap rendang arnab tu,
pass sket kat klinik yg sebelah jabatan penerangan ni ye
hehehe

Ena said...

Kakpah,
tadi mai tak sempat nak leave comment sbb gambo tu tak kuar.. haa.. skrg baru kuar... baru nampak gambonya.. :D

secangkir madu merah said...

kakpah, jom kita buat sate arnab..

kayteeze said...

Kita tak pernah makan arnab. Sedap ke kakpah ??

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

alahai k.pah... sempat ke pokok terung, bende, kacang botor kita tu berbuah..

tak sabor cikgu dan anak murid nak menuai hasil projek tani kita, tak pasal2 arnab sekor buat kacau..klu tuan punya arnab dah tak nak bela arnab dia, bak sini kitaorang bawak balik rumah..nak bela ke, rendangkan ke..

bujal X said...

jaatnya arnab itu~

~ Cik Azz ~ said...

Akak poie kursus photography ke kak...

Sy punyo bungo okid patah di kojo an dek kogho sosek kak... Gowam mek amek dibuek ehh.. Dah la okid tu payah nak kuar bungo...

Kok buek ghondang kogho pon okay gak kannn.... kihkihkih...

iina said...

Rendang arnab belum penah makan..leh ahh nak try.. kalau bwg putih setuju.. camna lak ngan bawang merah?? hehe ;)

kakpah said...

nizam,
ye.. akan ku belah perut arnab itu. lepas tu buat rendang.
tak payah bukti lagi dah. taik yang bertaburan dah sah haaha

kaklong,
ekau setuju manjang.

kakpah said...

kakcik,
erk.. sama-sama tanggung ek hiii..


juliet,
tak lalu nak makan.


kaknora,
er.. mungkin tuan dia yang nak direndang kot hehe


kakngah,
kena taruk asam jawa banyak2.

TM,
ye ke.. ada jual sate arnab ke


azani,
kita tak penah makan. geli gak..

kakpah said...

hanie,
okay.. bagi no tipun. Dah siap nanti kakpah roger..

ckLah said...

Tak baca, kakPah!

:D

kakpah said...

ena,
oo ye ke.. gamba lambat kuar ek.

TM, kita buat ko makan ek. kakpah tak lalu..


tie,
hehe.. tak tau la. kakpah tak penah makan.


yati,
lenkali dia datang, korang tangkap je. kita buat kenduri..

bujal,
betul!!!


azz,
kan kpah dah kobaan jangan tanyo kehkeh..


iina,
bawang merah dah kenyang makan ikan kaloi..


cklah,
hehehe...

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Amboi pandainya arnab ni menggondolkan pokok.Tak pernah makan arnab lagi.seramnlah tengok badan dia yang putih tu.comel sangat

kakpah said...

cik ina,
kita pun tak penah makan daging arnab. kesian nak makan.

Ku Tak Sempurna said...

*ANGGUK-ANGGUK*

Eh. nape den plak yg terangguk2 ni. Hihihi. Den bawang merah. Chop! bawang merah tu yg dpt kawin ngan anak raja kaaan? kan? :D


.
.

agi idup agi ngelaban.
chaiyok chaiyok kakpah!

Kakzakie said...

Tangkap je kakpah arnab tu buat rendang kasi budak-budak tadika tu makan. Kesian kan penat menanam hilang cam tu je....hampa budak-budak.

kakpah said...

kts,
yee..betul..
bawang merah akhirnya berkahwin dengan raja.
RAJAGOPAL.


kaakzakie,
hehe.. nanti sakit perut aku gak nak kena tanggung..

Hanniza said...

salam...
just found your blog when i was bloghopping - my kids go to your kindy and they were verrrry excited bab bercucuk tanam ni.... my 5 yo came back from school, insisted i pegi beli pokok lada sebab dia kata teacher nak pokok lada... yes, i saw the arnab a few days ago when i dropped off my kids... i thot the arnab was cute .. :)

-hb-

azieazah said...

Nanti penat berganda lak nak mengejar arnab melompat semata-mata nak buat rendang.. hehehehe

Jangan buat pasal Kak Pah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...